. Gulai Ikan Tongkol - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Gulai Ikan Tongkol

at Khamis, 29 Jun 2017[12:19 PTG]

Image result for gulai ikan tongkol
GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan untuk merebus ikan
2 ekor ikan tongkol sederhana besar, dipotong anggaran 1 inci
5 keping asam gelugur
garam kasar secukup kegunaan
1 sudu teh cuka makan
1 cawan air

Caranya
Ikan tongkol yang dibersihkan disusun ke dalam periuk berselang seli dengan garam kasar dan asam gelugur. tuangkan air dan cuka. jerang di atas api sederhana hingga mendidih. Apabila mendidih, kecilkan api dan renehkan hingga kuah hampir kering. Sedia untuk dibuat gulai.

Bahan-bahan untuk gulai
Santan 2 biji kelapa
5-6 biji belimbing buluh, belah 2 - jika suka (boleh ganti dengan tomato)
5-6 biji lada hidup, dipotong 2
5-6 biji cili padi, biarkan sebiji-sebiji

Bahan-bahan untuk dikisar lumat
5-6 biji bawang merah
5-6 biji cili kering atau secukupnya
3 biji bawang putih
1inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 /2inci halia
1 sudu besar kelapa parut
3-4 sudu besar rempah kari ikan
sedikit gula melaka (nisan kelapa) atau gula pasir

Cara Menyediakannya
Didihkan santan sampai keluar minyak muda. Masukkan bahan-bahan kisar dan renehkan hingga bahan-bahan masak dan naik minyak berwarna kemerah-merahan. Masukkan ikan yang telah direbus bersama-sama kuahnya dan renehkan atas api kecil hingga pekat. Tak perlu dimasukkan garam dan asam kerana ikan rebus telah cukup rasa masin dan masamnya. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, cili hidup dan cili padi tadi. Tutupkan periuk dan padamkan api. Selepas lima minit atau cili dan belimbing buluh telah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nota : boleh juga bahan-bahan kisar ditumis terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan. terpulang kepada cara memasak seseorang.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...