. Kesilapan Suami dan Isteri - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Kesilapan Suami dan Isteri

at Khamis, 13 Februari 2014[1:03 PTG]

PERHUBUNGAN sah sebagai suami isteri melalui sebuah perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih, kaum Adam dan Hawa. Namun begitu, melayari bahtera rumahtangga banyak cabaran dan dugaannya terutama ketika proses mencari kesesuaian antara dua individu berbeza untuk berkongsi hidup bersama sepanjang hayat.

6 Kesilapan Lazim Dilakukan Pasangan Baru Berkahwin

Jadi tidak hairanlah apabila pasangan baru mendirikan rumahtangga cenderung melakukan kesilapan² yang kadangkala boleh merosakkan kemanisan hidup yang sedang mereka bina.
Daku Amat Menyintai Mu

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin.

1. Tidak mengurus hutang dengan baik.

Memang bunyinya tidak romantik tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah sendiri dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga sehingga boleh membawa kepada perceraian. Jadi mengurus kewangan dengan bijaksana adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan adalah berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-piutang peribadi yang ada kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab yang pastinya bertambah dari sebelum berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan.

2. Menyingkirkan kawan.

Kawan adalah antara faktor penting kepada kehidupan seharian. Tidak terkecuali, kejayaan kepada sebuah perkahwinan juga ada hubungkait dengan kawan-kawan. Jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan cuba jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat. Kepada isteri pastikan anda telah minta izin dari suami terlebih dahulu sebelum keluar rumah dengan rakan-rakan anda.

3. Tiada kepuasan seksual.

Aktiviti seksualiti juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Berusahalah mencetuskan keghairahan pasangan walaupun anda berasa tidak berminat. Jadikan aktiviti seksualiti satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya. Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

4. Tidak menjaga penampilan diri kerana sudah selesa.

Ini termasuklah membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru berkahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup. Berfikir seperti itu sebenarnya satu kesilapan. Setelah berumahtanggalah, anda seharusnya lebih perihatin dalam soal kecantikan dan menjaga tubuh badan yang menarik untuk pasangan 'halal' anda.

Apa yang perlu anda dilakukan adalah cuba buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas dan mempunyai bentuk badan yang menarik. Saling memberi motivasi, memuji dan elakkan mengkritik.

5. Bergaduh secara tidak adil.

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat jika anda berasa marah? lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan waras dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

6. Terlalu obses tentang anak.

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan adalah fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak. Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi fizikal dan mental serta masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...