Tanda Kiamat Yang Sudah Berlaku
Tanda-tanda Kiamat kecil terbahagi kepada dua: Pertama,
kejadian sudah muncul dan sudah selesai, seperti diutusnya Rasulullah
saw., Terbunuhnya Uthman bin ‘Affan, terjadinya fitnah besar antara dua
kelompok orang beriman. kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum
selesai bahkan semakin bertambah, seperti tersia-siakannya amanah,
terangkatnya ilmu, merebaknya perzinaan dan pembunuhan, banyaknya
wanita.
Diantara tanda-tanda kiamat kecil adalah:
1. Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: “Adalah
Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan
penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda:
“(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian”, beliau melanjutkan: “Aku
diutus dan hari Kiamat seperti ini” Rasulullah saw mengibaratkan
seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)
2. Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw.
berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka
datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah
saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata:
»Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa
yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak
mendengar “. Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau
bertanya: “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badui itu:
“Saya wahai Rasulullah saw. “. Rasul saw. berkata: “Jika amanah
disia-siakan, maka tunggulah kiamat”. Bertanya: “Bagaimana
menyia-nyiakannya?”. Rasul saw. menjawab: “Jika urusan diserahkan kepada
yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat” (HR Bukhari)
3. Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril
tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: “Seorang budak
melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas
kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling
tinggi dalam bangunan” (HR Muslim).
4. Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa
Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai
Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap
seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata:
“Barangkali akulah yang selamat” (Muttafaqun ‘alaihi)
6. Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)
7. Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: “akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di hari kiamat “(HR Bukhari).
8. Banyak Polis dan pembela kezaliman. “Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di malam hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka “(HR At-Tabrani)
9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: “wahai muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi” (HR Muslim)
10. Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).
11. Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki” (HR Bukhari)
12. Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)
13. Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? “(HR Ahmad dan Bukhari).
Ikuti kami melalui RSS 2.0.