. Penyeludupan. - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Penyeludupan.

at Isnin, 11 April 2016[3:21 PTG]

Penyeludupan dari segi istilah bermaksud, kegiatan/perlakuan/tindakan/aktiviti/usaha membolosi/merentasi sempadan (benua/wilayah/negara/negeri/daerah/jajahan/kawasan) - manusia atau barangan, tanpa mengikuti prosedur-prosedur peraturan yang diakui oleh phak berkuasan sesuatu kawasan yang mempunyai sempadan (sebagai contoh imigresen/kastam dan sebagainya).

Beberapa persoalan yang harus dikupas oleh pihak berkuasa sesuatu kawasan dalam menangai isu penyeludupan ini. Pada hari ini pihak berkuasa hanya menekankan aspek hukuman dan penguatkuasaan sedangkan ianya adalah cara terakhir (paling akhir dalam turutan mengikut rasional) bagi membenteras aktiviti ini berlaku. Seharusnya pihak berkuasa memikirkan kenapa ianya berlaku, YA! kenapa bukannya hukuman yang bakal dikenakan kepada pelaku.

Hukuman dan tindakan undang-undang akan dilaksanakan setelah proses penangkapan (pelaku ditangkap) dan perbicaraan dijalankan. Mengikut statistik tidak sampai 20% penangkapan berjaya menangkap pelaku manakala proses perundangan yang melibatkan perbicaraan dan hukuman dijatuhkan adalah lebih kecil lagi daripada itu. Oleh itu hukuman adalah satu konsep "bersalah apabila ditangkap dan disabitkan salah" mengikut perspektif pelaku jenayah. itu belum lagi mengambil kira proses melaksanakan hukuman yang melibatkan beberapa rundingan dan rayuan dan kadangkala kerana kesilapan teknikal maka pelaku yang telah ditangkap tadi dilepaskan dan dibebaskan dari hukuman. Oleh itu selagimana pelaku jenayah tidak ditangkap maka hukuman tidak dapat dijalankan melainkan hukuman itu berlaku secara sendiri kepada pelaku yang melakukan kesalahan dalam konsep ini penyeludupan. Ianya adalah suatu proses yang panjang dan lama, kadangkala mengambil masa bertahun-tahun dan melibatkan kos yang tinggi kepada pihak berkuasa.

Untuk mengelakkan penyeludupan berlaku kita harus berfikir sebagaimana seorang peniaga berfikir. Apa yang peniaga fikirkan, ya UNTUNG... Setiap peniaga tidak kira Syarikat multinasional mahupun peniaga kecil-kecilan di tepi jalan sekalipun memikirkan untung sedari awal sebelum memulakan perniagaan (ini dilakukan sebelum menetapkan produk yang hendak diniagakan).

Untuk membendung gejala penyeludupan ini berleluasa, pihak berkuasa seharusnya mengurangkan keuntungan mereka supaya kos operasi mereka menjadi beban kepada operasi mereka. Bermakna pihak berkuasa menyekat permintaan terhadap produk(hasil seludup) mereka. Ini boleh dilakukan dengan mengurangkan kadar cukai yang ditetapkan untuk produk yang diseludup. Dengan demikian permintaan terhadap produk mereka akan berkurangan dan secara langsung menurunkan kadar keuntungan mereka.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...