. Hari ini atau hari esok - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Hari ini atau hari esok

at Rabu, 25 Mei 2016[11:03 PG]

Dewasa ini kita sering melihat ibu bapa, anak-anak terkejar-kejar kesana kesini mengatur urusan kehidupan seharian dalam menyempurnakan kehidupan harian mereka dan merancang masa depan yang lebih senang untuk anak-anak sehinggakan ada di antara kita terlupa bahawa bukan itu sebenarnya yang diperlukan dalam kehidupan ini. Kita pada hari ini terlalu mementingkan kehidupan meterialistik(kebendaan) semata-mata hingga menekan anak-anak menjalani kehidupan seharian mereka.
Cuba fikirkan kembali, adakah kita sewaktu seusia mereka kehidupa kita dipadatkan dengan pelbagai aktiviti sehingga tiada lagi kehidupan di zaman kanak-kanak (childhood age). Pada hari ini ibu dan bapa masing-masing sibuk berlumba-lumba untuk memberikan/membuktikan bahawa anak kita adalah yang terbaik di antara kawan-kawan mereka, kita membanding-bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Lupakah kita bahawa setiap manusia itu dijadikan untuk melengkapi antara satu sama lain. Ini bermakna setiap manusia yang dijadikan oleh Allah itu tidak sama tahap pemikirannya, kecenderungannya, kemahiran yang diberikan secara natural kepadanya terhadap ilmu dunia ini. Kerana itulah ianya akan menyempurnakan kehidupan ini.
Sebagai contoh tidak semua mampu menerbangkan pesawat aka PILOT, jadi kita perlukan individu yang memiliki keupayaan dan kebolehan untuk menerbangkan pesawat. begitu juga dengan pekerjan-pekerjaan yang lain seperti pemungut sampah, pencuci tangki kumbahan. Jangan sesekali dihina pekerjaan mereka, kerana merekalah yang menjadikan kehidupan kita ini mudah kerana kita tidak perlu melakukan perkara-perkara yang kita sendiri tidak sanggup melakukannya. Pekerjaan mereka itu melengkapi kehidupan kita.
Tidak kira dimana kita berada, walau apa sekalipun pangkat yang kita sandang, jawatan apakah, dan sebanyak mana sekalipun pendapatan yang kita terima setiap bulan ingatlah bahawa mereka yang berada dibawah itulah yang menyokong kita selama ini, sebagai asas kejayaan kita. Tanpa asas yang kukuh puncah menara tidak akan dapat berada di atas, mungkin ianya akan jatuh kebawah. 
Oleh itu biarkan mereka yang di bawah itu melaksanakan tugas-tugas mereka dan kita yang berada di atas hierarki tidak seharusnya bermegah dan sombong serta bongkak dengan pangkat yang kita miliki seperti sesetengah individu yang berada dipuncak atau dilapisan lebih tinggi dalam hierarki sesebuah organisasi.
Berbalik kepada anak-anak yang kita kejarkan kesana-kesini demi memenuhi aspirasi kita supaya mereka berjaya pada hari esok sehinggakan kita lupa akan waktu kanak-kanak mereka telah kita curi tanpa kita sedari. Sedarkah kita kejayaan seseorang itu tidak dapat diukur dengan pencapaian akademik yang mereka miliki, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki kepada setiap orang itu berbeza-beza sejak dari usia mereka 120 hari dalam kandungan ibu lagi. Percayalah bahawa Allah tidak pernah menyusahkan hambaNya dalam soal rezeki.
Tanyakan kepada diri kita tentang masa yang kita luangkan untuk bersama mereka sepanjang kehidupan mereka?
  1. Bilakah kali terakhir kita berlari-lari mengejar anak-anak kita?
  2. Bilakah kali terakhir anak-anak kita memanjat belakang kita?
  3. Bilakah kali terakhir kita menyuapkan anak-anak kita?
  4. Bilakah kali terakhir kita siapkan mereka (mandi/pakai/dandan)?
  5. Bilakah kali terakhir kita mencium mereka?
  6. Bilakah kali terakhir kita tidur bersama-sama mereka?
(mungkin anda mempunyai pembantu yang membantu anda melaksanakan tanggungjawab anda terhadap anak-anak anda, tetapi tertunaikan tanggungjawab anda)
Jika jawabannya melebih sebulan yang lalu, sedarla bahawa anda telah mengabaikan anak-anak anda. Anda telah membiarkan anak-anak anda terabai dan tanggungjawab anda terhadap anak-anak anda telah terabai. Bagaimana ingin anda berani menuntut bahawa anda adalah insan/individu yang merancang/menguruskan pembangunan agama, bangsa dan negara. Kerana andalah negara ini berjaya? Persetankan dengan semua tuntutan anda kerana anda sendiri tidak mampu bertanggungjawab terhadap anak-anak anda yang anda perlu tahu pada suatu hari nanti anda akan dipersoalkan tentang hak anak-anak anda yang telah anda abaikan.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...