. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Kenapa Aku Menjadi Blogger.

Sepatutnya ini adalah post yang pertama aku, namun sengaja aku tangguhkan sementara menunggu sehingga aku benar-benar yakin untuk menghantar post ini. Tidak terniat dihati aku untuk melukakan mana-mana pihak samada secara sengaja ataupun secara kebetulan, namun jika diimbau setiap post yang aku hantar takkan banyak sangat kebetulannya, maka dengan itu bolehlah ditafsirkan bahawa memang apa yang aku tulis ini sememangnya sengaja aku tuliskan dan coretkan walaupun gaya bahasanya bercampur aduk dan menyalahi peraturan penggunaan kata dan tatabahasa. Aku sedar akan semua itu.
Apa yang ingin aku katakan, aku tidak pernah berniat untuk menyakiti mana-mana pihak ataupun bermegah kerana tidak layak bagi aku untuk berjalan dimuka bumi Allah ini dengan bangga kerana aku hanya insan yang kerdil lagi lemah, dan apa yang aku miliki sekarang ini hanyalah pinjaman dariNya yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Hanya Dialah yang Satu.
“Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah”
Dengan setiap pinjaman dariNya aku mampu untuk mencoretkan beberapa coretan bukan untuk menandingi mana-mana Blogger yang telah dikenali samada didunia mahupun di Malaysia seperti BEN ASHAARI, REDMUMMY ataupun HANIS ZALIKHA yang sememangnya dikenali dan dikunjungi oleh ramai pembaca. Bukan niatku untuk menjadi popular ataupun famous, namun aku mencoret untuk mendidik, membimbing dan berkongsi apa yang aku tahu dan fikirkan.
Bukan niat untuk menyatakan aku tahu semuanya. Apa yang aku coretkan adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang aku lalui dan tempohi. Niatku cuma untuk menigimbangi kuasa bukan untuk berkuasa malahan jauh dari menjadi pemimpin kerana aku tidak sanggup untuk menanggung apa yang berlaku dan aku akan dipersalahkan ke atas setiap orang yang aku pimpin. Aku akan ditanya adakah aku telah melaksanakan tanggungjawab yang tertanggung ke atas diriku, sedangkan untuk diriku sendiri pun tidak tertanggung.
Bukan mudah untuk memimpin, bukan mudah untuk berkuasa, bukan mudah untuk memerintah, bukan sekadar dibayar wang yang banyak malahan berlebihan, tetapi mampukah aku untuk berdepan dengan tuhanku yang satu sekiranya aku gagal. Gagal untuk memimpin, gagal untuk memimpin mereka yang aku pimpin kejalanNya untuk mencari keRedhaanNya.
“Ya Allah, ampunilah hambamu ini, sekiranya ada kata-kataku dan perbuatanku menyinggung dan membuatkan mereka (manusia) terasa. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah, yang tidak memiliki apa-apa kecuali apa yang telah Engkau pinjamkan kepadaku dan akan Engkau tarik balik dariku. ”
Berkuasa, bukannya beerti kita berkuasa. Sedarlah kekuasaan itu adalah pinjaman dariNya yang Maha Esa. Aku disini hanya untuk mengingatkan barangkali ada yang sudah terlupa tentangNya.

||Read More »

Apple Inc

Sudah seminggu, Steve Jobs meninggal dunia meninggalkan kekayaan yang dianggarkan berjumlah USD7 Billion. Jobs seorang penganut Budha yang berfikiran terbuka dan kreatif. Jobs mengatakan mati adalah sebab mengapa beliau tidak takut untuk gagal dalam mencipta sesuatu kerana tiada apa yang hendak dimalukan jika sekiranya menyedari hakikat kematian.

Diharapkan dengan ketiadaan Jobs, Apple Inc akan terus berusaha untuk menyempurnakan ciptaan produk dan gadget untuk kegunaan manusia. Diharapkan usaha kearah penyempurnaan yang diinspirasikan oleh Jobs melalui pengajaran yang dilaluinya sebagai penganut Budha. Ajaran Budha sentiasa mendorong penganutnya untuk mencapai kesempurnaan…

http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/09/apple-product.html

||Read More »

Unbelievable, Papa John's set meals at RM9.90 and Free drinks at Capriciossa!

Unbelievable, Papa John's set meals at RM9.90 and Free drinks at Capriciossa!: Share more moments of laughter with your friends over a tantalising lunch. With Standard Chartered Card, savour your favourite flavours every day and enjoy more of The Good Life™. Find out more about the dining offer choices.

||Read More »

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

||Read More »

Kenaikan Gaji Penjawat Awam.

Salam semua, terima kasih terlebih dahulu diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak sempena pembentangan Belanjawan 2012. Bersama dengan pembentangan Belanjawan itu juga PM telah mengumumkan SBPA untuk menggantikan SSM yang telah digunapakai dari tahun 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan bilangan 4 tahun 2002.
Terima Kasih juga diucapkan kepada Mantan Perdana Menteri ke 5 Pak Lah di atas pelarasan gaji pada Julai 2007. Sehubungan itu terima kasih kepada semua Perdana Menteri yang pernah dan sedang berkhidmat kepada Rakyat selama ini. Dalam pembentangan Belanjawan 2012, PM nejelaskan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM80-320 setahun dan pelarasan sebanyak gaji 7-13% mengikut Gred.
Syukur diucapkan kerana mamahami akan permasalahan yang dihadapi dimana penjawat awam yang telah lama berkhidmat dan telah sampai ke gaji mati dimana tiada lagi kenaikan gaji mula berasa gembira kerana telah lama mereka tidak merasakan pergerakan gaji tahunan. Dengan pengumuman ini juga, akan meningkatkan motovasi untuk terus berkhidmat. Namun apa yang menjadi persoalan adalah kenaikan ini akan turut mengundang kenaikan harga barangan dan kos sara hidup kepada rakyat Malaysia.
Kepa kementerian dan agensi yang bertanggungjawab, agar memantau keadaan ini. Tiada gunanya sekiranya pemberian/ pelarasan gaji cuma 7-13% namun harga barangan keperluan mendadak ke 50-200%. Ini adalah satu yang sentiasa berlaku seperti mana pelarasan gaji tahun 2007. Dimana penjawat awam menerima kenaikan paling maksimun 30%, tetapi harga barangan keperluan mendadak sehingga ke 100%.

||Read More »

This Is Why You Should Apply For A HSBC Credit Card Now.

This Is Why You Should Apply For A HSBC Credit Card Now.: If you are wondering when is the best time to apply for a credit card, this might just be it. Submit your details, you have nothing to lose, but a FREE Yes Go 4G dongle package worth RM249 to gain! Offer is limited to the first 1,500 customers, better hurry!

||Read More »

Jenama.

Jenama adalah satu perkara yang amat penting dalam memasarkan sesuatu produk yang anda hasilkan. Sekiranya pemilihan jenama tidak bertepatan dengan kehendak sasaran maka produk anda tidak akan mendapat perhatian. Di dalam pemilihan jenama pelbagai aspek perlu diambil kira sebagai contoh, etnik/ bangsa pengguan, lokasi pengguna, bahasa pengguan, agama pengguna.
Disamping itu juga untuk membangunkan sesuatu jenama perlu ada pelan pemasaran yang komprehensif seperti pengiklanan dan penerangan kepada setiap pengguna.

||Read More »

loading...