. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Perjalanan Terakhir

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:

"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan:

"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".

"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

||Read More »

Risiko Perokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

||Read More »

Keluarga Wira Negara di’HINA’

Orang kuat Mustapa Mohamed aka Tok Pa telah menghina keluarga arwah wira negara dengan menyatakan “baso bodo ore Pas ni” kerana sebuah bendera PAS tergantung di situ.
Mengapa perlu mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa sedangkan keluarga si arwah sedang bersedih. Dan apakah salahnya bendera tersebut. Difahamkan ayah kepada arwah memang orang Pas dan memang kampung tersebut adalah kampung Pas. Maka kenapa orang kuat Tok Pa ini mengeluarkan komen yang sedemikian ketika keluarga sedang bersedih.
Jika tidak boleh tengok bendera, tidak boleh bergaul dengan orang PAS, usah duduk dalam masyarakat. Duduk seorang diri dalam hutan. Setiap orang ada kepercayaan dan parti yang mereka sokong. Sekarang sudah masuk 5 tahun dan memang mood sekarang mood pilihanraya. Maka apabila masuk ke kampung kuat PAS, perkara itu adalah biasa. Kenapa nak diperbesar dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Sebelum ini kecoh kononnya Yb Tian Chua menghina keluarga arwah polis yang telah meninggal dunia di Lahad Datu Tempoh hari. Pelbagai tuduhan yang mereka lempar. Ini apabila orang kuat Tok Pa mengeluarkan kenyataan yang jelas menghina keluarga ini kenapa dibisukan. Di mana Perkasa?
Aku berharap Tok Pa dapat menasihati anak buahnya yang kini giat melancarkan gerakan TUKAR Kerajaan Islam Pas di Kelantan ini berbudi bahasa dan menghormati keluarga arwah.
Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah moga-moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang syahid.

||Read More »

Nurul Izzah

PETALING JAYA, 26 Mac — Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah (gambar), ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.
Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.
“Ia adalah amaran, ugutan politik… sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.
“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.Saifuddin tidak menyatakan permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan menuju pilihan raya umum.
Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.
“Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa,” katanya, sambil menambah jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah.
Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan terdesak.
“PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit.
“Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan,” katanya. “Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan.”
Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh “trio Datuk T” tahun lepas.
Dalam serangan terbarunya, penulis blog pro Umno mengeluarkan gambar seorang lelaki menyerupai Anwar bercumbu dengan seorang lelaki dan menyiarkan sebahagian daripada videonya berbual dengan seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun yang dituduh melakukan hubungan seks dengannya kemudian.
Anwar baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog pro Umno Papagomo selepas tuduhan video seks tersebut, mendakwa imej yang dikeluarkan palsu dan bertujuan untuk merosakkan imejnya.

||Read More »

Permohonan Biasiswa Tajaan JPA 2013 Lepasan SPM

Permohonan biasiswa tajaan JPA 2013 bagi lepasan SPM. Untuk makluman kepada semula pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, pihak JPA menawarkan biasiswa dibawah program khas Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea. Menerusi laman rasmi JPA, tarikh permohonan akan diumumkan tidak lama lagi.
biasiswa jpa 2013
Syarat Permohonan Biasiswa JPA 2013 Lepasan SPM
  •     Pelajar lepasan SPM tahun 2012
  •     Warganegara Malaysia
  •     Berumur kurang 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan)
  •     Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Program Yang Ditawarkan
  •     Program Khas Jerman
  •     Program Khas Perancis
  •     Program Khas Jepun
  •     Program Khas Korea
Cara Permohonan Biasiswa JPA 2013
Permohonan boleh dibuat di laman http://esilav2.jpa.gov.my/
Tarikh Permohonan Dibuka (Pengumuman Dari Laman JPA)
Tarikh rasmi permohonan dibuka bagi Biasiswa sesi 2013 akan diumumkan kelak dan akan diumumkan pada masa yang terdekat.
biasiswa 2013

||Read More »

Dimanakah anda?

Assalamualaikum, tepuk dada tanya iman, agaknya ‘nafsu’ kita berada di peringkat ke berapa?

||Read More »

Kekasih Pemarah

Setiap pasangan memiliki karakter yg berbeza. Mungkin ada yang penyabar dan pemarah. Apabila seseorang memiliki pasangan yang penyabar dia dikatakan beruntung tetapi bagaimana jika sebaliknya? Jika kamu kebetulan memiliki pasangan yang pemarah, mungkin tips ini boleh membantu.

Kenali  sifat pasangan.

Jika pasangan kamu seorang yang pemarah, ada baiknya kamu berusaha mengenali dengan baik sifat pasangan kamu ini. Jika kamu saling memahami antara satu sama lain, kamu akan lebih mudah menghadapainya. Dengan demikian, kemungkinan pasangan kamu akan jarang menunjukkan sifat marahnya.

Hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka.

Setelah kamu benar-benar memahami sifat dan watak pasangan kamu, cubalah hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Tetapi apabila hal tersebut terpaksa juga dilaksanakan, lakukan tanpa pengetahuan pasangan kamu. Namun perkara itu mestilah perkara yang baik sahaja.

Jangan campuri urusannya.

Jika kamu tidak diminta, jangan sekali mencampuri urusannya. Belum tentu pasangan kamu suka pada bantuan kamu. Sekiranyakamu masih ingin berbuat demikian walaupun dilarang, maka hal ini boleh menimbulkan kemarahannnya.

Jangan suka menasihati.

Mungkin banyak maksud baik terselit di dalamnya. Akan tetapi jika hal tersebut tidak penting untuk dinasihati, lebih baik elakkan. Hal ini perlu dilakukan untuk menghindari terjadinya salah faham sekaligus membuat pasangan kamu marah.

Bersifat terbuka.

Apabila si dia member pandangan yang agak keras, kamu perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk kamu. Ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri kamu. Jangan beremosi dengan kata-kata si dia. Jadi terima sahaja dengan hati terbuka.

Berterus – terang.

Si dia yang pemarah lebih suka berteru – terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada si dia yang panas baran ataupun pemarah ialah sikap berterus – terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cuma mereka mengungkapkan dengan kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti merahsikan sesuatu daripadanya.

||Read More »

loading...