. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Soal Jawab Puasa

soal jawab mengenai puasa Soal Jawab Mengenai Puasa Soal Jawab Mengenai Puasa soal jawab mengenai puasa
Bertemu kembali kita dengan bulan Ramadhan. Bulan yang penuh berkah bagi seluruh umat Islam yang diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa. Di Bulan Ramadhan tahun ini semestinya kita lebih baik dari tahun sebelumnya. Setiap rutin seharian harus bermanfaat bagi orang lain.
Mungkin ada yang dah tahu, sekadar ulangan, ingat memperingti. Jom baca Koleksi Soal Jawab Mengenai Puasa:
1. Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?
Tak batal
2. Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?
Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.
3. Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?
Sunat berhias diri pada hari raya.
4. Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?
Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida’ah.
5. Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?
Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.
6. Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?
Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.
7. Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?
Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.
8. Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.
Batal puasa.
9. Kalau menangis batal tak puasa?
Tak batal walaupun sebulan menangis.
10. Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?
Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.
11. Kalau orang hilang akal tak puasa macam mana?
Hilang akal bukan lagi dikira mukallaf. Jadi tak wajib puasa.
12. Solat terawih kat surau atau masjid, mana lagi afdhal?
Masjid.
13. Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?
Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.
14. Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?
Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.
15. Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?
Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.
16. Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?
Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.
17. Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?
Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.
18. Apakah hukum solat sunat terawih dengan 4 rakaat 1 salam?
Sah, tapi menyalahi yang lebih utama?
19. Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?
Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.
20. Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?
Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.
21. Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?
Batal telan yang basi. Yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.
22. Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?
Kena niat puasa ganti baru dikira.
23. Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?
Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.
24. Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?
Harus dan dapat pahala.
25. Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?
Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.
26. Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?
Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.
27. Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?
Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.
28. Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.
Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.
29. Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?
Paling sedikit 8 rakaat.
30. Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?
Tak batal.
31. Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?
Tak batal.
32. Saya mengandung dan tidak boleh berpuasa kerana muntah-muntah serta pening jika berpuasa. Adakah saya kena bayar fidyah atau saya kena qadha puasa sahaja?
Qadha puasa sahaja.
33. Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?
Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.
34. Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di ‘wall’ Facebook?
Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.
35. Apakah hukum berpuasa di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?
Tidak haram puasa pada hari tersebut. Cuma Rasulullah SAW suka kita puasakan Jumaat dengan Sabtu atau Khamis dengan Jumaat atau Isnin dengan Khamis.
36. Betulkah kalau puasa hari Jumaat kena puasa juga hari Sabtu?
Sunat tambah hari Sabtu atau Khamis. Kalau puasa hari Jumaat sahaja kurang afdhal tetapi sah.
37. Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?
Tak batal melainkan ditelannya baru batal.
38. Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?
Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.
39. Betulkah puasa sunat tak boleh dibuat selagi tak ganti puasa fardhu?
Boleh buat.
40. Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?
Boleh.
41. Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?
Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.
42. Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?
Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak ‘pump’ sinki yang tersumbat tu..
43. Betulkah nabi SAW tidak pernah berbuka puasa di rumah, hanya di masjid?
Nabi SAW ada juga berbuka dengan isteri-isterinya di rumah.
44. Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?
Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.
45. Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?
Makruh.
46. Apakah hukum berdoa “Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh”?
Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.
47. Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?
tidak benar.
48. Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?
Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.
49. Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?
Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.
50. Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?
Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.

||Read More »

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015

kadar bayaran zakat fitrah seluruh negeri 2015 Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2015 Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2015 kadar bayaran zakat fitrah seluruh negeri 2015
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah seluruh negeri 2015:
NEGERI KADAR ZAKAT
Perlis RM6.50
Kedah RM7.00
Pulau Pinang RM7.00
Perak RM7.00
Selangor RM7.00
Negeri Sembilan RM6.50
Melaka RM6.70
Johor RM5.00/RM8.00*
Pahang RM7.00
Terengganu RM7.40/RM6.80/RM4.60*
Kelantan RM7.00
Sarawak RM7.00
Sabah RM7.00
Wilayah Persekutuan RM7.00

* Perbezaaan kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan.

||Read More »

Koleksi Doa Harian Pada Bulan Ramadhan - Hari Ke-5

||Read More »

Koleksi Doa Harian Pada Bulan Ramadhan - Hari Ke-4

||Read More »

Lima Cara Optimalkan Ramadhan

Untuk perempuan yang sedang haid, nifas, menyusui, melahirkan, dan mereka yang masih belum bisa bepotensi sepenuhnya melakukan ibadah puasa. Begitu juga dengan profesi seperti dokter yang misalnya dia harus bekerja jangka waktu yang lama dan tidak memungkinkan buat dia melakukan shalat Tarawih dan Tahajud.

Berikut ini ada lima cara untuk mengoptimalkan bulan Ramadhan Anda:

Pertama, Semua hal yang Anda niatkan untuk ibadah maka niat baik Anda sudah dicatat. Sebuah hadits mengatakan, “Allah tidak melihat penampilan Anda ataupun kekayaan Anda, tetapi Allah melihat hati dan tindakan Anda,” (HR Muslim)

Kenyataan bahwa hati Anda terus megingat Allah, Anda berzikir sepanjang malam, ini merupakan perbuatan ibadah yang tetap bisa Anda lakukan dalam keadaan apapun. Selain berzikir, untuk perempuan yang sedang haid sehingga dilarang untuk beribadah dalam bentuk shalat dan berpuasa.

Tentu saja saat perempuan tersebut menjalankan apa-apa yang telah dilarang oleh Allah. Kemudian, perempuan tersebut mematuhinya, ini sudah menjadi nilai ibadah tersendiri.

Kedua, shalat. Allah berfirman, “Berdoalah pada-Ku, niscaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina,” (QS Al-Gafir ayat 60).

Tetap menjalankan shalat lima waktu dalam keadaan apapun (kecuali untuk mereka yang dilarang) dan berada di mana pun. Dengan melakukan shalat artinya Anda berjumpa dengan Allah dan memiliki kesempatan besar untuk meminta apapun kepada-Nya, maka perbanyaklah Anda shalat di malam hari saat orang-orang terlelap tidur. Bahkan saat Anda terjebak di tempat tidur namun anda masih tetapi bisa melakukan solat dan memohon kepadanya.

Ketiga, selalu berzikir (mengingat Allah).  Nabi Muhammad SAW bersabda, “Hauskan saya memberitahukan padamu tentang cara terbaik dari perbuatan yang murni di hadapan Allah, tentang sesuatu dari urutan tertinggi dan lebih baik daripada menghabiskan emas dan perak, dan lebih baik dari pada ketika anda bertemu musuh anda di medan perang?

Sahabat mengatakan: “Ya wahai Rosulullah". Nabi menjawab, “dengan mengingat Allah.” (HR. At-Tirmidzi)

Allah telah membuat pintu untuk Anda, dan Anda harus menggunakannya sebaik mungkin pintu yang terbuka lebar itu. Anda dapat berzikir kapanpun, dan di manapun, tak ada batasan waktu dan tempat untuk memisahkan anda dan Allah SWT. bahkan, untuk perempuan haid dan nifas yang dilarang shalat pun masih bisa melakukan ibadah yang satu ini.

Keempat, senantiasa bersolawat untuk Nabi Muhammad SAW. Allah berfirman dalam Alquran: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersolawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bersholawatlah  kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya,” (QS.  Al-Ahzab ayat 56).

Dengan membiasakan lidah bershalawat untuk Nabi Muhammad SAW, atau hanya sekadar mengulangi ucapan sallallahu ‘alaihi wasallam atau Allahumma salli ‘ala Muhammad sudah dianggap seperti bershalawat atas nabi Muhammad SAW. Akan banyak Anda menemukan manfaat melakukannya.

Kelima, beramal saleh. Beramal sebenarnya bisa kapan saja dan tidak mesti harus menunggu datangnya bulan Ramadhan, akan tetapi bulan Ramadhan adalah bulan terbaik di mana Allah telah melipat gandakan semua pahala saat Anda melakukan ibadah untuk-Nya.

Maka perbanyaklah amal baik di bulan Ramadhan ini. Amal adalah bukti dari iman dan melindungi dari api neraka, meskipun untuk wanita semisalnya dia tidak bisa berpuasa karena sebab haid, maka dia tetap bisa mendapatkan pahala yang berlipat hanya dengan melakukan amal saleh memberikan makan untuk mereka yang berbuka puasa misalnya.

||Read More »

Koleksi Doa Harian Pada Bulan Ramadhan - Hari Ke-3

||Read More »

Koleksi Doa Harian Pada Bulan Ramadhan - Hari Ke-2

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xtf1/v/t1.0-9/11407225_1604800579809779_2762920986058099805_n.jpg?oh=4402924c3826c2cfc7b39ff98ca64b2b&oe=56232953

||Read More »

loading...