. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Hinanya diri ini seandainya...

Hinanya diri seandainya...
  1. Kita bergelar Tan Sri/Dato' Seri/Datuk/Dato' dan sebagainya tetapi hanya dihormati dan dikenali kerana pangkat kita...
  2. Kita makan sendirian di majlis-majlis keraian/keramaian...
  3. Memegang status VVIP/VIP dalam urusan seharian...
  4. Dahulu sewaktu berkhidmat, kita menyusahkan orang bawahan dengan idea-idea yang terkekang oleh dasar-dasar, kini...
  5. Orang mengenali kita kerana hierarki jawatan kita bukannya diri kita...
  6. Orang menyampah melihat kita...
  7. Orang melarikan diri apabila terserempak dengan kita...
  8. Tidak ingin berjalan seiringan dengan kita...

||Read More »

Memulakan Tadika/Taska

LANGKAH 1 - PERSEDIAAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN

Pengusaha tadika perlu membuat persediaan diri yang mantap dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta sikap yang sesuai dengan bidang tadika. Kemahiran ini boleh diperolehi dengan membaca buku-buku dan artikel yang berkaitan dengan tadika dan kanak-kanak. Selain daripada itu, pengusaha tadika juga digalakkan untuk menghadiri seminar-seminar atau bengkel yang berkaitan tadika bagi menambah ilmu pengetahuan.


LANGKAH 2 - MELAKUKAN KAJIAN PASARAN DI LOKASI SASARAN

Kajian pasaran amat penting bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk perniagaan tadika. Setelah lokasi dikenalpasti, lakukan kajian pasaran di kawasan tersebut. Ini amat penting bagi mengenalpasti samada terdapat permintaan di kawasan tersebut atau tidak.

LANGKAH 3 - MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA KEPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

Berikut adalah prosedur di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
  1. Pra permohonan menubuhkan tadika
  2. Penerimaan kertas kerja oleh JPN
  3. Pengeluaran surat pemeriksaan sokongan kepada 3 agensi iaitu Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan Daerah & Pihak Berkuasa Tempatan
  4. Pengeluaran surat tawaran pendaftaran bersyarat
  5. Proses pengeluaran sijil perakuan pendaftaran
LANGKAH 4 - MENDAFTAR LESEN PERNIAGAAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
Bakal pengusaha tadika perlu mengemukakan permohonan pendaftaran lesen perniagaan dengan pihak SSM. Terdapat 3 jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan iaitu perniagaan perseorangan, perkongsian dan syarikat sendirian berhad.

LANGKAH 5 - MEMOHON SURAT SOKONGAN DARIPADA 3 AGENSI
Permohonan surat sokongan adalah daripada agensi-agensi berikut:
  1. Pihak Berkuasa Tempatan
  2. Jabatan Kesihatan Daerah
  3. Jabatan Bomba & Penyelamat
Setiap agensi tersebut akan menetapkan peraturan serta syarat yang berbeza di mana pemohon perlu mematuhi peraturan dan kehendak spesifikasi yang telah ditetapkan oleh ketiga-tiga agensi terbabit

LANGKAH 6 - PENGELURAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN
Setelah mendapat surat sokongan daripada ketiga-tiga agensi di atas, kemukakan surat-surat sokongan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pihak JPN akan meminta anda mengisi beberapa borang seperti berikut :
  1. Borang permohonan pendaftaran tadika
  2. Borang permohonan surat kebenaran mengajar
  3. Borang permohonan pendafataran pengelola
Kemudian pihak JPN akan mengeluarkan permit bagi tadika anda bermakna tadika anda telah sah didaftarkan.

LANGKAH 7 - PENGOPERASIAN PERNIAGAAN TADIKA
Sekarang anda boleh menumpukan perhatian kepada pengoperasian tadika kerana telah mendapat lesen yang sah bagi memulakan perniagaan tadika.

||Read More »

Bauksit...

Bauksit adalah bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Bauksit bukanlah mineral seperti yang difahami sebelum ini.
Bauksit

Ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida seperti gibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anatase atau rutil.

Sejarah Bauksit

Sejarah bauksit pertama kali ditemui oleh ahli geologis Pierre Berthier pada tahun 1821, di Les Baux di selatan Perancis, dalam batuan yang kaya aluminum hidroksida.

Bauksit di Tanah Melayu hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat.

Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan.

Namun kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia II.

Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan.

Selepas Perang Dunia II, industri aluminium atau perlombongan bauksit ini bermula di Teluk Ramunia, Penggerang di Johor sekitar tahun 1955.

Sekarang industri bauksit Teluk Ramunia sudah menjadi sejarah dan kini hanya industri pengambilan pasir silika untuk kegunaan industri tempatan dan juga eksport ke Singapura.

Selain itu terdapat juga industri keluli dan beberapa industri berkaitan petroleum dan gas di sana.(Sumber Wikipedia)

Kegunaan Bauksit

Bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama (mungkin berjuta tahun), dicampur dengan elemen dehidrasi (pengeringan) oleh suhu panas.

Kebiasaannya mineral bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam.

Bauksit ini kebanyakkan digunakan dalam industri penghasilan seramik, penghasilan jentera mesin dan kenderaan terutama badan kapal terbang, industri pembungkusan khususnya pembungkusan makanan dalam tin, serta pembinaan bangunan seperti struktur bumbung dan atap.

Dikatakan bauksit mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu ia juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur.

Mengapa Bauksit Bewarna Merah?

Melalui catatan Facebook Profesor Dr. Hamzah Mohamad, Pakar Geologi yang kini berkhidmat di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM, Pulau Pinang,

“Selain mengandungi mineral gibsit [Al(OH)3], bohmit [AlO(OH)] dan diaspor [HAl2O3] yang diekstrak aluminiumnya untuk kegunaan komersil, tanah bauksit juga mengandungi mineral sampingan seperti kuarza, kaolinit, kalsit, rutil dan mineral-mineral besi, terutama hematit dan goetit“.

Menurut Prof Dr Hamzah, “Jangan terkejut bahawa ketiga-tiga mineral yang kaya Aluminium ini (gibsit, bohmit, diaspor) sebenarnya berwarna PUTIH, seakan-akan kaolin.

Mineral yang menghasilkan warna merah kepada tanah bauksit ialah hematit [Fe2O3] dan goetit [Fe2O3.H2O].

“Apa-apa mineral pun sekiranya tinggi kandungan besi ferik, Fe2O3, ini akan membawa kepada penghasilan warna merah”, ujar beliau.

Beliau menambah, “Saya puratakan kandungan bauksit yang dilombong secara besar-besaran terdapat di lima negara iaitu Greece, Brazil, Australia, India dan Indonesia dan mendapati kandungan hematit ialah 10% dan goetit 5% daripada keseluruhan tanah bauksit yang dilombong”.

Beliau turut menegaskan bahawa, “kita di Malaysia heboh dan bercakap sahaja tentang bauksit, tetapi peratus mineral berbesi ini pun kita tak tahu”.

Beliau turut mempelawa kepada mereka-mereka yang berminat melawat makmal beliau Earth Material Characterization Laboratory (EMCL) di USM yang boleh menentukan peratusan mineral bauksit dalam masa DUA JAM sahaja melalui peralatan Sinar-X dan Scanning Electron Microscopy kami (XRF, XRD, SEM) dan tidak perlu menunggu sehingga dua tiga minggu seperti didakwa.

||Read More »

Ceraikan Isteri Anda Bila...


PENCERAIAN merupakan hal yang pastinya tidak diingini oleh setiap pasangan suami isteri. Keputusan untuk berpisah ini akan meninggalkan kepedihan bagi keluarga terutama anak-anak. Selain itu, hubungan silaturahmi antara dua keluarga boleh terputus kerana perpisahan ini.

Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa perceraian adalah tindakan dibenarkan namun sangat dibenci Allah SWT. Rasulullah SAW pun selalu memberikan teladan yang baik agar umatnya menjaga keharmonian dan keutuhan keluarga mereka. Selain itu, pasangan digalakkan untuk saling memahami agar perceraian boleh dielakkan.
Namun ada masa di mana Rasulullah justru menyuruh suami untuk menceraikan isterinya. Hal ini pasti didasari perilaku isteri yang sudah tidak sesuai dengan syariat dan melanggar norma. Seperti apa ciri wanita yang diperintahkan untuk diceraikan? Berikut maklumatnya.

Ciri wanita yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk diceraikan adalah wanita yang tidak menolak tangan orang lain yang menyentuhnya. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW. 
  • Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhu bahawa ada seorang lelaki yang datang menghadap Rasulullah lalu berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai wanita yang tidak menolak tangan orang yang menyentuh." Maka Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda kepadanya, "Ceraikan dia" (HR. An Nasa'i)

Tidak menolak tangan orang lain yang menyentuhnya merupakan salah satu bentuk cacat moral yang besar. Hal ini dapat diertikan bahawa wanita tersebut tidak boleh menjaga diri dari pergaulan dengan lawan jenis. Ia tidak boleh menjaga dirinya sehingga bebas bergaul dengan siapa saja dan bahkan hingga bersentuhan kulit.

Itulah penyebab mengapa Rasulullah SAW memerintahkan suami dari wanita tersebut untuk menceraikannya. Terutama ketika wanita tersebut tidak boleh dinasihati dan tidak ada harapan untuk berubah setelah diingatkan beberapa kali.

Pada zaman sekarang ini, bersentuhan kulit dengan lelaki yang bukan mahramnya menjadi perkara yang dianggap biasa. Terlebih lagi jika kita lihat di kalangan selebriti yang bebas saja menyentuh wanita atau lelaki yang bukan mahramnya. Padahal hal yang demikian ini sudah termasuk dalam kategori zina tangan.Rasulullah SAW bersabda:
  • "Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh)" (HR. Muslim)
Jika diketahui, sebenarnya begitu besar dosa saling sentuh dan pegang tangan ini dengan orang yang bukan mahramnya. Rasulullah SAW bersabda:
  • "Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum dari besi itu lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya" (HR. Thabrani)
Kerana hal itulah, tidak hairan apabila Rasulullah memerintahkan suami untuk menceraikan isteri yang tidak menolak tangan lelaki lain yang menyentuhnya.

Demikianlah maklumat mengenai ciri wanita yang diperintahkan Rasulullah untuk diceraikan. Bila mengetahui isteri berbuat hal demikian, maka nasihati dan bimbinglah isteri terlebih dahulu. Namun, apabila hal tersebut dilakukan secara berulang-ulang dan ia tidak juga berubah maka laksanakanlah perintah Rasulullah tersebut yakni dengan menceraikannya. (IH)

||Read More »

Hukum Memakai Gelang (Bangle) Bagi Lelaki

Kepada lelaki yang suka pakai gelang tangan @ bangle.
 
Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” (Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan lain-lain. Maka sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
wallhualam.

||Read More »

Urutan keutamaan memberi nafkah.

||Read More »

Adil

Adil dari definisi istilah adalah sama rata, iaitu pembahagian yang sama di antara satu sama lain. Namun begitu definisi adil mengikut syariat adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya sebagaimana kejadian alam ini. Setiap planet di alam semesta ini beredar pada orbitnya sepertimana yang diciptakan oleh yang Maha Esa.

Begitulah juga dengan kehidupan manusia di dunia ini, definisi keadilan seharusnya berpandukan kepada kehendak Maha Pencipta iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya, sebagai contoh kita memakai kasut di kaki. Sekiranya kita memakai kasut di kepala kita adalah zalim. Begitu jugalah dengan pemimpin yang dipilih, dilantik dalam memimpin kehidupan kita.

Kita adalah bertanggungjawab dalam kepada pemimpin yang kita pilih, sekiranya kita memilih seseorang yang bukan dalam sesuatu bidang untuk mengetuai bidang berkenaan maka kita akan dipersoalkan ke atas pilihan kita. Kita bakal menyumbang kepada kehancuran perkembangan tamadun itu sendiri.


||Read More »

loading...