. Memulakan Tadika/Taska - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Memulakan Tadika/Taska

at Khamis, 14 Januari 2016[11:25 PG]

LANGKAH 1 - PERSEDIAAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN

Pengusaha tadika perlu membuat persediaan diri yang mantap dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta sikap yang sesuai dengan bidang tadika. Kemahiran ini boleh diperolehi dengan membaca buku-buku dan artikel yang berkaitan dengan tadika dan kanak-kanak. Selain daripada itu, pengusaha tadika juga digalakkan untuk menghadiri seminar-seminar atau bengkel yang berkaitan tadika bagi menambah ilmu pengetahuan.


LANGKAH 2 - MELAKUKAN KAJIAN PASARAN DI LOKASI SASARAN

Kajian pasaran amat penting bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk perniagaan tadika. Setelah lokasi dikenalpasti, lakukan kajian pasaran di kawasan tersebut. Ini amat penting bagi mengenalpasti samada terdapat permintaan di kawasan tersebut atau tidak.

LANGKAH 3 - MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA KEPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

Berikut adalah prosedur di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
  1. Pra permohonan menubuhkan tadika
  2. Penerimaan kertas kerja oleh JPN
  3. Pengeluaran surat pemeriksaan sokongan kepada 3 agensi iaitu Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan Daerah & Pihak Berkuasa Tempatan
  4. Pengeluaran surat tawaran pendaftaran bersyarat
  5. Proses pengeluaran sijil perakuan pendaftaran
LANGKAH 4 - MENDAFTAR LESEN PERNIAGAAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
Bakal pengusaha tadika perlu mengemukakan permohonan pendaftaran lesen perniagaan dengan pihak SSM. Terdapat 3 jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan iaitu perniagaan perseorangan, perkongsian dan syarikat sendirian berhad.

LANGKAH 5 - MEMOHON SURAT SOKONGAN DARIPADA 3 AGENSI
Permohonan surat sokongan adalah daripada agensi-agensi berikut:
  1. Pihak Berkuasa Tempatan
  2. Jabatan Kesihatan Daerah
  3. Jabatan Bomba & Penyelamat
Setiap agensi tersebut akan menetapkan peraturan serta syarat yang berbeza di mana pemohon perlu mematuhi peraturan dan kehendak spesifikasi yang telah ditetapkan oleh ketiga-tiga agensi terbabit

LANGKAH 6 - PENGELURAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN
Setelah mendapat surat sokongan daripada ketiga-tiga agensi di atas, kemukakan surat-surat sokongan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pihak JPN akan meminta anda mengisi beberapa borang seperti berikut :
  1. Borang permohonan pendaftaran tadika
  2. Borang permohonan surat kebenaran mengajar
  3. Borang permohonan pendafataran pengelola
Kemudian pihak JPN akan mengeluarkan permit bagi tadika anda bermakna tadika anda telah sah didaftarkan.

LANGKAH 7 - PENGOPERASIAN PERNIAGAAN TADIKA
Sekarang anda boleh menumpukan perhatian kepada pengoperasian tadika kerana telah mendapat lesen yang sah bagi memulakan perniagaan tadika.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...