. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Shaklee Effect: Shaklee Bisnes Berkongsi Kegembiraan



Shaklee Effect
Shaklee Bisnes Berkongsi Kegembiraan

Shaklee bukanlah bisnes untuk mengejar duit dan keuntungan semata-mata. Jika duit yang anda kejar, anda akan merasa kecewa jika anda gagal mendapatkan keuntungan yang besar. 


Shaklee adalah bisnes berkongsi kegembiraan bila anda mampu untuk membuatkan wajah yang sedih dan bermuram dahulunya kini kembali ceria. Badan yang sakit dahulunya, kini semakin pulih. Sakit yang dahulunya tiada penawar, tetapi boleh pulih semula. Kaki dan pinggang yang sakit dan tidak boleh berjalan dahulunya, kini sudah boleh bersolat dan beribadah macam orang lain dengan sempurna tanpa kerusi, kembali berlari dan turun naik tangga tanpa tongkat. Itulah kegembiraan bila berShaklee yang Diana rasai.





Bayangkanlah jika yang sakit itu adalah mak dan ayah kita. Mesti rasa sedih dan risau kan? Tapi bila kita mampu untuk beri mereka dengan suplemen yang boleh bantu mereka untuk kembali sihat dan boleh bermain dengan cucu-cucu, tidakkah itu satu rahmat yang amat besar ertinya buat kita.



" Bismillahirahmanirrahim
Ya Allah, dengan rahmat Mu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Luas Kasih Sayang Mu, aku mohon kepada Mu, ampunkanlah dosa-dosa kami serta kedua ibu bapa kami, lapangkanlah rezeki kami sebagaimana engkau lapangkan rezeki hamba-hamba Mu yang soleh dan terdahulu daripada kami, sihatkanlah kami dengan suplemen Shaklee sebagai asbab kepada kesembuhan kami sebagaimana engkau sembuhkan hamba-hamba Mu yang soleh dan terdahulu daripada kami, berikanlah kesabaran kepada kami untuk menerima ujian Mu sebagaimana sabarnya Nabi Ayub a.s ketika baginda diuji dengan sakit dan harta-hartanya, sesungguhnya Engkau amat kaya dengan kasih Mu, perkenankanlah doa ku ini, dan semoga Allah menempatkan kedua ibu bapa kami ke dalam syurga Mu. Selawat dan salam yang sempurna dipanjatkan ke atas Nabi Muhammad SAW ke atas ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.
Aamin Ya Rabbal Alamin"



Diana tinggalkan anda dengan secebis bingkisan dari seorang sahabat dan video untuk anda hayati apa itu kesihatan pada anda. Enjoy The Video ;)

" Kesihatan nikmat terindah. Nampak sihat tak semestinya dalam pun sihat. Adat kita dah sakit baru nak cari ubat sedangkan mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Siapa kita 10-20 tahun dari sekarang bergantung kepada sejauh mana kita menjaga tubuh badan kita yg merupakan harta Allah pinjamkan pada kita. Sejauh mana kita nak jaga kesihatan kita supaya boleh beribadat dengan sempurna? "

||Read More »

10 Tip Mudah Penjagaan Rambut

Vitamin Untuk Rambut
Rambut Mahkota Bagi Wanita dan Lelaki
Walaupun sudah ramai wanita mula bertudung sekarang ini, rambut tetap mahkota wanita yang sering menjadi kebanggaan. Rambut yang cantik dan bersinar pastinya menjadi kebanggaan wanita terutamanya untuk tatapan suami orang yang kita sayang. Lantas tidak hairanlah sebilangan besar wanita sanggup berhabisan wang ringgit mendapatkan rawatan rambut di salon.

Jadi hari ini, Diana nak berkongsi tip membantu wanita mendapatkan rambut yang bukan sahaja cantik, bersinar dan sihat bahkan mudah untuk diurus.
Vitamin Untuk Rambut
Penjagaan rambut dari bahan semulajadi
1 Untuk lebih mudah diurus, rambut memerlukan pelembap. Oleh itu, rajin-rajinlah minum air putih. Elakkan mengambil kopi, teh, minuman berkafein apatah lagi alkohol kerana minuman-minuman ini menghalang badan dari menyerap zat nutrisi dari makanan yang kita ambil terutama sekali jika anda mengambil suplemen. Banyakkan mengambil buah-buahan kerana ia elok untuk mengekalkan kelembapan rambut.

2 Jangan biarkan diri berada dalam ketegangan dan tekanan. Ia turut memberi kesan negatif kepada rambut. Bagi mengatasinya, bersenamlah bila anda lapang.

3 Minyak bijan boleh membantu merawat rambut kering. Sapukan ia pada seluruh kulit kepala serta rambut, kemudian bungkus dengan kertas aluminium dan balut dengan tuala hangat.

4 Jangan sesekali menyikat rambut ketika masih basah, memadailah sisir dengan menggunakan jari atau sikat bermata jarang. ini kerana serat rambut mudah gugur atau putus.

5 Udara persekitaran dengan asap yang datangnya dari kereta dan rokok, membuatkan rambut terdedah kepada habuk. Oleh itu digalakkan untuk mencuci rambut setiap hari.

6 Ketika mencuci rambut, jangan mengaru atau mengosok dengan kasar. Ia bukan sahaja menyakitkan bahkan menyebabkan rambut mudah rosak. Belailah rambut dan basuh ia dengan lembut dan berhati-hati.

7 Penggunaan perapi amat penting kerana ia memudahkan rambut untuk diurus dan tidak mudah kusut. Pada masa yang sama, sudah tentulah ia akan membuatkan rambut lebih bersinar dan nampak sihat.

8 Jangan keliru. Sebenarnya perapi hanya boleh disapu pada pertengahan sehingga hujung rambut sahaja. Jangan menyapu di kulit kepala kerana ia akan menyebabkan rambut jadi berminyak.

9 Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, gunakan pengering rambut dengan cara yang betul. Caranya ialah memulakan pengeringan rambut dari bahagian bawah ke atas.

10 Gunakan perapi dan syampu yang kaya kolagen, protein serta lipid. Dengan itu rambut anda akan lebih mudah diuruskan tanpa banyak masalah.

Selain dari penjagaan luaran, Diana amat suka sarankan penjagaan dari dalaman kerana kecantikan bermula dari badan yang sihat. Badan yang sihat akan pancarkan seri di wajah secara tidak langsung.

" Tahukah anda bahawa badan kita terdiri daripada berjuta-juta sel yang perlukan zat nutrisi sebagai makanan sel. Bila sel kita mendapat makanan secukupnya, kita akan memilki kulit yang cantik, rambut yang sihat dan bersinar. Oleh itu amat penting bagi wanita untuk mengenalpasti apa yang mereka makan. "

Sudah semestinya kalau minta pendapat Diana, vitamin Shaklee yang menjadi pilihan. Inilah suplemen yang Diana sekeluarga ambil sejak 2012 untuk penjagaan kesihatan.

Suplemen yang Diana paling suka cadangkan untuk penjagaan rambut ialah ESP untuk penjagaan sel-sel rambut yang sihat, Zinc Complex untuk menguatkan akar rambut, Vitamin E untuk meningkatkan penyerapan oksigen, Vitamin C untuk meningkatkan peredaran darah di kulit kepala, Lecithin untuk melembabkan dan menghitamkan rambut, Collagen Powder mengalakkan pertumbuhan rambut baru yang sihat, melembabkan serta menghalang perpecahan rambut.

Kesemua vitamin-vitamin ini adalah kesukaan Diana dan menjadi kewajipan untuk Diana mengambilnya setiap hari mengikut kadar dan cara pengambilan yang betul. Barulah akan dapat rambut yang cantik, sihat dan bersinar.
Vitamin Untuk Rambut
Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee
Shaklee juga ada menyediakan rangkaian produk penjagaan rambut PROSANTE. Produk PROSANTE ini terdiri daripada Nourishing Scalp Treatment, Revitalizing Shampoo dan Purifying Shampoo, Lightweight Conditioner dan Replenishing Conditioner dan akhir sekali Long Lasting Finishing Spray. Apa yang menariknya, tiada bahan kimia, tiada bahan pengawet, tiada bahan pewarna, tidak diuji ke atas haiwan dan ia diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi iaitu pakar dalam bidang kulit. Diana akan ceritakan dengan lebih terperinci di posting yang akan datang.

||Read More »

Diabetes: Soya dan Buah Pinggang





Buah pinggang memainkan peranan penting dalam memecahkan protein kepada struktur yang mudah sama ada untuk penyerapan badan mahupun dikeluarkan melalui sistem pencernaan. apabila seseorang itu mempunyai penyakit berkaitan buah pinggang, sebahagian mereka mempunyai masalah untuk memecahkan protein dengan lancar. menguruskan penyakit buah pinggang adalah termasuk menukar kepada diet yang khusus, iaitu mengawal pemakanan protein dalam badan. kajian menunjukkan makan berasaskan protein soya membantu pesakit buah pinggang.

Kepentingan mendapatkan khidmat nasihat professional
walaupun sesetengah protein seperti protein soya mungkin tidak mempunyai kesan negatif kepada buah pinggang jika dibandingkan dengan protien yang lain, anda seharusnya mengawal pengambilan semua jenis protein sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang. Disebabkan diet memainkan peranan yang sangat penting untuk mengurus keadaan ini, anda seharusnya perlu selalu mendapatkan khidmat nasihat dari doktor anda atau dietitian sebelum menukar secara drastik cara pemakanan anda, terutamanya penukaran yang melibatkan pengambilan protein. tidak ada cadangan untuk pengambilan setiap hari dan had pengambilan sehari adalah bergantung kepada kapasiti buah pinggang anda termasuk juga faktor faktor individu yang lain.

Keseimbangan asid amino
semua makanan mengandungi protein dimana mempunyai asid amino, iaitu blok binaan untuk tumbesaran badan. badan tidak boleh menghasilkan asid amino yang diperlukan dan perlu diambil hanya melalui diet. jumlah asid amino dalam sesuatu makanan menentukan sama ada berada dikedudukan pada paras protein yang berkualiti tinggi atau rendah. makanan dari haiwan berada dikedudukan tinggi, manakala banyak makanan dari sayur sayuran berada di senarai bawah kerana kesemua tumbuh tumbuhan secara tipikal tidak mempunyai keseimbangan yang bagus. Dietitian berdaftar Joan Brookhyser menulis kepada American Association of Kidney Patient mengatakan bahawa prottin soya mengandungi protein berkualiti tinggi kerana keseimbangan yang ada pada kesemua asid amino yang penting.

Anda memerlukan protein berkualiti tinggi untuk kesihatan yang normal dan berfungsi tetapi protein dari haiwan boleh merosakkan lagi buah pinggang. anda tidak seharusnya menyekat pengambilan protein dari haiwan, protein dari soya boleh memberikan asid amino yang secukupnya dan mengurangkan stress kepada buah pinggang dan membolehkan anda mengurangkan protein dari haiwan dengan risiko yang rendah terhadap kesihatan.
Kajian
sebuah artikel ditulis oleh Dr James W. Anderson dari Universiti of Kentucky, di terbitkan pada 2008 dalam Asia Pasific Journal of Clinical Nutrition mengatakan dalam penyelidikan kedua dua manusia dan haiwan mendapati pemakanan protein soya membantu fungsi renal dan menurunkan kadar kehilangan protein melalui urine. beliau merujuk secara khusus kepada ujian kepada manusia  berkaitan penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes iaitu punca umum kerosakkan buah pinggang. dia juga mengatakan perkaitan ini perlu lebih banyak lagi kajian dan bukan semua penyelidikan mendatang hasil yang konklusif.

Kajian terbitan tahun 2005 dalam Clinical Nephrology melihat kepada kesan pengambilan soya ke atas fungsi renal pada remaja yang menghidapi type 1 diabetes. kesemua subjek makan soya selama 8 mminggu dan kemudian 8 minggu diet tanpa soya. Penyelidikan tersebut menunjukkan memakan soya dapan membantu fungsi renal. Dan tambahan ia dapat merendahkan kolestrol merbahaya sehingga 7-9 peratus.

Amaran
banyak produk soya mengandungi sodium, fosforus dan potassium. 3 khasiat ini perlu dikawal jika dibawah diet untuk renal. soya banyak dalam bentuk dan berkemungkinan memberi kesan buruk kepada pesakit buah pinggang. Antara bentuk soya adalah seperti miso, natto, tepung soya, kacang soya, keju soya dan lain lain lagi.

anda tidak perlu menjauhi makanan soya yang ada sodium, potassium dan fosforus yang tinggi, tetapi anda perlu menghadkan saiz hidangan. contohnya untuk keju soya, hadkan sehingga 3 oz, kacang soya, 1/4 cawan, dan daging palsu dibawah 500mg seperti diterangkan oleh Brookhyser.

Produk soya yang mempunyai kebaikan
soya terbaik adalah seperti tofu, tempeh dan susu soya. Brookhyser mengatakan susu soya mengandungi separuh amount fosforus dalam susu biasa.

Energizing Soy Protein (ESP)
Apakah beza ESP dengan Soya? ESP adalah susu tepung berasaskan soya yang non GMO. (kurang potassium, fosforus dan sodium). Kandungan glisemik yang rendah adalah sgt sesuai untuk pesakit yang mempunyai masalah diabetes. ESP mengandungi asid amino yang seimbang iaitu 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. ESP merupakan makanan yang boleh mengenyangkan untuk aktiviti sepanjang hari. Protein soya dalam ESP merupakan sumber aternatif tenaga selain dari karbohidrat dan membuatkan diri anda lebih bertenaga sepanjang hari.


Rujukan
American Association of Kidney Patients: Soy -- A Protein Option
Asian Pacific Journal of Clinical Nutrition: Benefiical Effects of Soy Protein for Renal Function
PubMed.gov: Effect of Soy Protein-rich Diet on Renal Function in Young Adults with Insulin-Dependent Diabetes Mellitus
http://www.livestrong.com/article/281681-soy-protein-kidney-function/#ixzz2I3WeJih7

||Read More »

Apa itu Lecithin?

Lecithin juga dikenali sebagai phosphatidylcholine. Ia adalah lemak, atau bahan yang terdapat dalam membran semua sel hidup dan fungsi untuk mengawal keluar masuk nutrien sel. Walaupun lesitin ditemui dalam banyak makanan , sama ada secara semulajadi atau sebagai bahan tambahan makanan , ia juga dijual sebagai tambahan diet. Walau bagaimanapun, lesitin cecair dalam bentuk makanan tambahan tidak semestinya hanya phosphatidylcholine, ia juga selalunya campuran inositol, choline, phosphatide, phosphatidylcholine, serta sebatian lain.

KIMIA lesitin
Lesitin tulen terdiri daripada phosphatidylcholine. Phosphatidylcholines adalah kumpulan phosopholipids yang juga mengandungi choline. Phospholipid terlibat dalam bilayer lipid sel-sel , mengawal selia nutrien yang boleh masuk dan keluar sel. Di samping itu, choline yang terlibat dalam pembuatan asetilkolina, neurotransmitter . Inositol adalah karbohidrat yang juga terlibat dalam isyarat sel , khususnya insulin isyarat transduksi dan boleh juga terlibat dalam gen .

Lecithin biasanya phospholipid yang paling banyak di kedua-dua tumbuhan dan sel haiwan. Ia boleh membentuk hampir 50 peratus daripada kandungan phospholipid keseluruhan. Pada manusia , lesitin adalah phospholipid utama beredar dalam plasma , yang merupakan komponen penting dalam kolesterol HDL.

SUMBER Lecithin
Lecithin didapati dalam pelbagai makanan termasuk kuning telur, kacang soya, bijirin, gandum , ikan, kekacang , yis dan kacang , serta hati, kembang kol, jus anggur dan kubis.

Di samping itu, Lecithin digunakan sebagai bahan tambahan makanan, berfungsi sebagai pengemulsi, pemekat, penstabil, dan pengawet pelembap ringan. Ia ditambah kepada barangan dibakar seperti roti, kek dan adunan cookies sebagai anti-caking, melepaskan pan dan pelembab ejen, dan sebagai pengemulsi bagi produk seperti mayonis, marjerin, lelemak, sos, kuah, sup dan kuah salad. Untuk mengelakkan penghabluran, serta bertindak sebagai pengemulsi, lesitin ditambah kepada coklat dan caramels, dan sebagai membasahkan, bersurai dan mengemulsi ejen, ia ditambah dengan produk-produk serbuk seperti campuran kek, serbuk koko dan campuran puding segera.

Sebagai diet tambahan , lesitin boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan kandungan, termasuk cecair, kapsul dan bentuk berbutir. Selalunya diperoleh daripada kacang soya organik, makanan tambahan lesitin amat ditapis dan biasanya mengandungi kurang daripada 35 % phosphatidylcholine .

TUNTUTAN tambahan lesitin
Lesitin cecair sebagai tambahan diet yang diiklankan sebagai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan termasuk kehilangan berat badan, peningkatan memori dan fungsi kognitif, meningkatkan selera makan dan anemia, kencing manis, gangguan neurologi, kesihatan kardiovaskular, peningkatan dalam tenaga dan prestasi fizikal, bantuan dengan Vitamin A, D , E, dan K penyerapan, psoriasis, batu karang, mengurangkan pencernaan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Malangnya, ada benar-benar ada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini. Teori di sebalik tuntutan ialah kerana lesitin adalah ejen mengemulsi, ia boleh memecahkan lemak dan bersurai dalam aliran darah membantu untuk mengepam keluar dari badan. Malah, lesitin boleh meningkatkan berat badan kerana ia adalah asid lemak dan sangat kalori.

Fungsi Saraf
Lecithin terlibat dalam menghasilkan asetilkolina. Asetilkolina adalah neurotransmitter yang terlibat dalam isyarat sel antara sel-sel otak. Pengeluaran asetilkolina dikompromi pada pesakit Alzheimer. Menurut Universiti Vanderbilt , banyak kajian telah ditadbir untuk menguji kesan lesitin pada penyakit Alzheimer, dengan jangkaan bahawa lesitin akan membantu menghasilkan lebih banyak asetilkolina dan dengan itu meningkatkan daya ingatan. Walau bagaimanapun, manakala kedua-dua lesitin dan choline sendiri telah diuji, mereka tidak kelihatan mempunyai kesan ini.

MANFAAT
Suplemen Lecithin telah menunjukkan untuk menjadi sangat berjaya dalam merawat kekurangan choline. Pesakit yang mengambil asid nikotinik atau niasin untuk merawat kolesterol tinggi pengalaman sering kekurangan choline . Makanan tambahan lesitin, dan atau meningkatkan lesitin dalam diet telah terbukti untuk memperbaiki isu ini.

KESAN SAMPINGAN
Dos rendah 10 hingga 30 gram setiap hari makanan tambahan lesitin nampaknya tidak menyebabkan apa-apa kesan sampingan yang utama, mengikut Universiti Vanderbilt. Walau bagaimanapun, dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan masalah penghadaman, cirit-birit, berat badan, ruam dan sakit kepala, loya, muntah, pening dan bau badan hanyir. Kesan-kesan ini tidak dilihat dengan penambahan phosphatidylcholine, yang menunjukkan bahawa bahan-bahan lain makanan tambahan lesitin menyumbang kepada kesan-kesan sampingan.

Suplemen Lecithin boleh membawa kepada tahap asetilkolina meningkat, yang boleh memburukkan lagi gejala kemurungan.

Shaklee Difference

LECITHIN
• Sumber terbaik – kacang soya
• Mengandungi Cholin & Inositol
• Cholin (kolina) membantu kecerdasan minda
• Inositol membantu ‘even distribution of body fat’
• Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin

RUJUKAN
Vanderbilt University: Lecithin Tambahan Gunung Rose Herba: Liquid Organic Lecithin PSP Maklumat: Lecithin / Phosphatidyl Choline Pub Med : D- Chiro - Inositol - Its Peranan Fungsi Insulin dalam Tindakan Sains: Peraturan pembentukan semula chromatin oleh Polyphosphates Inositol
Read more: http://www.livestrong.com/article/159295-what-is-liquid-lecithin/ # ixzz2eMbxrJMf

||Read More »

Sentuhan Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan ?





Perasaan kasih sayang dan kebahagiaan dapat di terjemahkan melalui sentuhan mesra antara sesama ahli keluarga. Sentuhan lembut seorang ibu dan ayah kepada anak-anak dengan belaian kasih sayang, membina keutuhan hubungan mesra antara ibu bapa dan anak-anak. Sentuhan mesra suami dan isteri memberi ketenangan dan kegembiraan kepada seluruh isi keluarga.

" Sentuhan merupakan penyataan kasih sayang antara seorang individu dengan individu yang lain yang diterjemahkan melalui sentuhan fizikal dan sentuhan hati. Semakin kerap sentuhan berlaku, maka hubungan kasih sayang antara individu menjadi semakin kukuh dan mendalam."
Anak-anak yang kerap menerima sentuhan mesra ibu bapa akan merasa diri mereka disayangi kedua ibu bapa. Sebaliknya anak-anak yang jarang menerima sentuhan ibu bapa, berasa diri mereka kurang di pedulikan atau tidak disayangi ibu bapa mereka. Begitu juga hubungan suami isteri, semakin kerap sentuhan fizikal dan emosi, akan menambah keintiman dan kemesraan.
Anak-anak yang tidak mendengar kata merupakan anak yang telah lama tidak mendapat sentuhan emosi dan fizikal daripada ibu bapa. Keretakan hubungan suami isteri semakin terasa bahangnya kepanasannya apabila masing-masing sering menjauhkan diri, tanpa sentuhan fizikal mahupun pandangan mata.

Sentuhan Beri Ketenangan

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh lain akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh badan. Semakin lama sentuhan dan pergeseran ini berlaku, semakin seimbanglah cas dalam tubuh manusia.
Keseimbangan cas dalam tubuh memberi ketenangan kepada fikiran dan emosi kita. Semakin banyak sentuhan berlaku, maka semakin kuatlah tenaga elektro magnetik yang mengalir dalam tubuh kita. Ketenangan inilah yang di perlukan dalam hubungan kekeluargaan sebagai asas memebina kemesraan dan kebahagiaan keluarga.
" Apabila wujud kerenggangan dalam hubungan sesama ahli keluarga, usahakanlah supaya sentuhan emosi dan fizikal ini dapat berlaku kembali. Dengan kata lain, apabila anak-anak semakin menjauhkan diri dari ibu bapa, maka ibu bapa perlu kerap memeluk anak-anak dan mengembalikan belaian kasih sayang kepada mereka. Dengan ini, apa yang kita ingin sampaikan pada mereka, akan terus sampai ke hati anak-anak. begitu juga dalam hubungan suami isteri. Sentuhan mesra mampu mengembalikan keintiman hidup suami isteri."
Rasulullah SAW Contoh Terbaik

Setiap kali Rasulullah SAW bertemu dengan para sahabat, baginda memulakannya dengan sentuhan secara bersalam. dan memeluk erat mereka. Kadang-kadang baginda mencium dahi mereka sebagai tanda kasih sayang dan kemesraan apabila bersama dengan mereka. Ketika bersalaman, baginda memegang erat tangan sahabat dan baginda tidak melepaskannya sehinggalah para sahabat sendiri yang menariknya.

Begitu juga dengan hubungan kekeluargaan, ibu bapa harus biasakan amalan bersalam atau berjabat tangan dengan anak-anak. Peluklah mereka erat-erat dan bisikkanlah kata-kata positif kepada mereka. Peganglah kepala anak-anak kita terutama pada bahagian dahi sambil berdoa untuk kejayaan dan kecemerlangan mereka.

Kita ambil contoh peristiwa bagaimana Malikat Jibril a.s mengajar Rasulullah semasa turunnya wahyu yang pertama. Apabila Jibril a.s menyebut, "Iqra' ya Muhammad". Lantas Rasulullah menjawab, "Aku tidak tahu membaca". Perkara ini berulang sebanyak tiga kali. Dan pada kali ketiga, malaikat Jibril a.s meminta Rasulullah SAW membaca sambil memeluk Rasulullah dengan erat serta penuh kasih sayang, dengan serta merta fasih lidah Rasulullah membaca ayat-ayat dari surah al-Alaq yang di wahyukan kepada baginda.

Sentuhan dan pelukan Jibril a.s yang penuh kasih sayang telah membuka minda Rasulullah SAW untuk menerima petunjuk dari Allah SWT.
Kuasa Ciuman

Rasulullah SAW menjadikan kuasa sentuhan dalam hubungan dan komunikasi baginda dengan semua orang terutamanya dengan kanak-kanak.

Abu Hurairah r.a pernah mencium cucunya Hassan bin Ali. Seorang sahabat yang melihat peristiwa itu bernama al-Aqra' bin Habish berkata, "Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi saya tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka". Rasulullah SAW bersabda, " Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain maka dia tidak akan dikasihi".

Pada suatu hari seorang Badwi datang bertemu Rasulullah dan berkata, "Apakah kamu mencium anak-anak kamu? Kami tidak mencium mereka". Rasulullah SAW berkata," Apakah kamu mampu sekiranya Allah SWT menarik dari hati kamu rahmat?"

Sayidatina Aisyah r.a pernah menceritakan bahawa apabila Fatimah r.a masuk bertemu Rasulullah, baginda akan bangun untukknya, menyambutnya, menciumnya dan mendudukkannya di tempat duduk baginda. Sebaliknya apabila Rasullulah datang menemui Fatimah, beliau bangun untuk baginda, memegang tangan baginda, menyambut baginda, mencium baginda dan mendudukkan baginda di tempat duduknya.

Pernah suatu ketika Fatimah r.a telah masuk menemui baginda Rasulullah SAW sewaktu baginda sedang sakit yang membawa kepada kewafatan baginda, baginda tetap menyambut Fatimah r.a dan menciumnya.

Banyakkan Sentuhan

Kuasa sentuhan bukan sekadar membahagiakan tetapi yang lebih penting ialah sentuhan kasih sayang ini menjanjikan limpahan kasih sayang dan rahmat dari Allah SWT.

Ikatan kekeluargaan yang dibina untuk mencari keredhaan Allah SWT merupakan nikmat terbesar dalam kehidupan. Firman Allah SWT, " Di antara tanda kebesaran Allah ialah Dia menjadikan bagi kamu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan". (Surah ar-Rum : 21)

Oleh sebab itu, dalam usaha kita nak membina kebahagiaan keluarga, banyakkan sentuhan kasih sayang kepada anak-anak dan pasangan hidup. Kuasa sentuhan meransang emosi dan spiritual untuk kita meghargai ikatan perkahwinan dan zuriat yang Allah SWT anugerah dan amanahkan pada kita. In syaa Allah.

||Read More »

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi - Kevin Zahri.

Assalamualaikum.

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.


7 LANGKAH KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:
  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
    • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
    • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
    • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
    • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
    • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
  7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU

  • Omega Guard kaya dengan asid lemak omega-3 dan omega-6 yang membantu melancarkan peredaran darah dan mengelakkan pembekuan berlaku dalam salur darah. 
  • Garlic membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

||Read More »

How You Can Benefit from Having Your Own Blog

Blogs are only for people who are technically inclined, right? Blogs are nothing more than online diaries where people can vent their feelings, right?
Not at all! In fact, nothing could be further from the truth.
The very concept of blogging has come a very long way since its early days as the online journals of web developers. Whether you are thinking about adding a blog to your company’s overall marketing and public relations plan or you are an entrepreneur looking to improve your reach in the online marketplace, a blog can be a fantastic strategy that comes with a great deal of incredible benefits.
Thanks to incredibly advanced yet remarkably simple blogging software, anyone can have a blog. There’s no need for technical expertise, so anyone can reap the benefits of having their own blog. It’s not necessarily about having a place on the Internet to vent your frustrations; it’s much more about building your brand and marketing yourself accordingly.

So, how can you benefit from having your own blog?

One of the greatest benefits is the ability to have your own voice. You can try to do this 140 characters at a time on Twitter, but it is with a blog that you have much more versatility and adaptability, granting you the extra space you need to say what you need to say. In the context of a business, you can address subject matter that may not warrant a press release. You can talk about more casual topics that don’t belong in the main “product page” area on your site. For an entrepreneur, it’s a more personal way to connect with your colleagues and clients.
Perhaps even more importantly, a blog helps you build a following of loyal fans. When you have a static company website, there really is little motivation for someone to visit your website on a regular basis. The web user will only head in your direction when he or she is looking for a specific piece of information, like your business hours. This kind of web traffic is helpful, to be sure, but it’s sporadic at best.
When you have a blog that is updated regularly and frequently, people will feel compelled to come back time and time again to read your latest updates. They say that content is king and they say this for good reason; if you have compelling content on your blog — and there are all sorts of different blog posts that can draw in the readers — then these people will come back. They’ll become loyal to your brand, you’ll increase your overall site traffic, and you keep your brand at the forefront of their minds.
In the past, companies have had to spend thousands or even millions of dollars in an attempt to increase brand presence. They’d expand their advertising budgets to promote their brand and products in newspapers, on the radio, and on television. Thanks to the Internet, the rise of blogging, and the increasing popularity of social media, companies are much better equipped to take these kinds of matters in their own hands and at a fraction of the cost.
And you know how else you can benefit from blogging? It gives you a personal connection to your customers, business associates, and other contacts. They’re people, just like you, and a blog allows you to make that connection.

||Read More »

loading...