. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Persamaan SBPA & Rasionalisasi Skim Perkhidmatan 2016.


Setelah hampir 5 tahun berkuburnya Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011, kini Kerajaan melaksanakan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016. Setelah diteliti dan diperhalusi selain aspek gaji, gred apakah perbezaan yang dapat dilihat berbanding SBPA.

||Read More »

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2017

Salam sejahtera kepada semua, semoga info ini dapat membantu kita dalam menguruskan belanjawan bulanan pada tahun 2017 nanti.

||Read More »

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah SAW

Sekadar Perkongsian untuk semua.

||Read More »

Sultan Muhammad V

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8jxemvrdtVdYImhaVEOsPwspp0f0mKajLPyRGc61K1_pKqcZArAYbuSzqLaxrd56rCYKJmgmGb1fx1GeGpjrmO2Dl19j2c792y7E1EpOhJob8FPRTpB_Fu48greSE0GqHw4lnEnNAA1Y/s640/YDPA.jpg

||Read More »

Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong ke-XV

Image result for allahu akbar
Sultan Muhammad V, Yang Dipertuan Agong ke XV
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan dekat di hati penduduk Kelantan.

Merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Faris Petra, 47, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Sering membahasakan diri baginda sebagai 'kita' ketika bertemu dengan rakyat negeri ini, baginda sering dilihat turun padang bertemu masyarakat termasuk penduduk kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Baginda yang ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985 dilihat lebih gemar mengenakan jubah atau berbaju Melayu atau lebih dikenali di negeri ini sebagai 'baju gumbang', serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat baginda.

Sultan Muhammad V, sebelum ini Timbalan Yang di-Pertuan Agong sejak 12 Dis 2011, turut mencetuskan idea Program Walkathon D'Raja Kelantan sejak 2011 bagi mengeratkan lagi hubungan raja dengan rakyat.

Menerusi Program Walkathon D'Raja Kelantan itu, ribuan rakyat Kelantan daripada pelbagai peringkat umur berpeluang untuk berjalan bersama-sama Sultan Muhammad V dan beberapa kerabat diraja yang lain sejauh 10 km di sekitar bandar Kota Bharu.

Sepanjang laluan, terdapat beberapa 'checkpoint' yang mempersembahkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti dikir barat, paluan kertuk dan rebana ubi.

Pada 2011, program itu diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai penyertaan terbesar Walkathon Diraja Malaysia pada tahun berkenaan selepas berjaya mengumpul sebanyak 21,111 peserta.

Program tersebut adalah program amal anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi bagi mendekatkan baginda dengan rakyat, menggalakkan amalan gaya hidup sihat selain menjadi ikon tarikan pelancongan Kelantan.

Baginda turut tidak ketinggalan menyemai spiritual masyarakat Islam di negeri ini menerusi program 'Qiam With Me' yang diadakan pada setiap Ramadan sejak 2011.

Program tersebut yang diadakan pada pukul 10 malam selepas solat Isyak dan Tarawih, diikuti kuliah agama oleh penceramah jemputan, disusuli Qiamullail sehingga sahur dan solat Subuh berjemaah bersama baginda.

Menerusi program itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada asnaf dan golongan kurang bernasib baik.

Malah, kedua-dua program tersebut - Walkathon D'Raja Kelantan dan Qiam With Me - dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri Kelantan sebagai satu lagi daya tarikan pelancongan yang unik di negeri ini.

Di sebalik populariti baginda sebagai Sultan Kelantan yang sering mendapat liputan meluas pengamal media di negeri itu, kerap kali dalam diam dan tanpa pengetahuan media, baginda berkenan menjengah kehidupan penduduk yang memerlukan pembelaan.

Malah, pernah tersebar sekeping gambar di media sosial baginda membuat rondaan menaiki pacuan empat roda seorang diri selepas bencana banjir besar melanda Kelantan pada 2014.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Okt 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I di sini, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pada masa lapang gemar membaca buku, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda, kejohanan kuda lasak dan menembak.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 38, dan Tengku Amalin A'ishah Putri, 32.

||Read More »

Pemilihan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Malaysia bukanlah kerajaan beraja yang mutlak ataupun yang turun-temurun tetapi Malaysia mempunyai Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam selama 5 tahun, mengikut satu sistem yang unik di dunia. Baginda dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Ciri-ciri kelayakan seorang Raja untuk dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong:-
  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih;
  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh mengundi;
  • Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, Seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi”;
  • Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX;
  • Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:-
  • Raja itu belum dewasa;
  • Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Baginda tidak berhasrat dipilih; atau
  • Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima orang Raja.
Catitan
Raja-raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir sekali dalam senarai pencalonan pada masa itu.

Langkah-Langkah Awal Sebelum Pemilihan
  • Mendapatkan perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan;
  • Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu; dan
  • Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan menyembah syarat kepada setiap Raja bagi memohon perkenan sama ada Baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Prosiding Pemilihan
Apabila Majlis Raja-raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri tidak hadir walaupun mereka anggota Majlis. Pemilihan dibuat secara undi sulit dan Kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama. Kemudiannya dimasukkan dalam peti undi. Kertas undi dimusnahkan di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan. (Dibakar/dirincih)

Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama - sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja - raja. Dalam Mesyuarat Pemilihan itu, hanya Raja - raja, Penyimpan Mohor Besar Raja - raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja - raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.

Proses Pemilihan
Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja membekalkan satu kertas undi setiap Raja dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Baginda. Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun. (Contoh Kertas Undi bagi Pemilihan Yang di-Pertuan Agong)

||Read More »

Doa Masuk Pasar

Indahnya Islam, setiap perbuatan dalam kehidupan seharian kita ada panduannya. Ini termasuklah ketika kita ke pasar

Image result for doa masuk pasar

||Read More »

loading...