TIPS HARI PERTAMA KE SEKOLAH
Sesi persekolahan baharu akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Ibu
bapa yang mempunyai anak pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah
pastinya akan menghadapi sedikit kesukaran di awal-awal persekolahan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu:-
1. Elak ibu menghantar anak ke sekolah Siapa yang paling rapat dengan anak AYAH atau IBU? Lazimnya anak memang susah nak berpisah dengan ibu. Maknanya, elak ibu menghantar anak ke sekolah kerana mereka akan menangis tidak mahu berpisah setelah ditinggalkan.
2. Nasihat dalam perkataan positif Elakkan memberi nasihat dengan perkataan yang negatif, seperti contoh 'jangan takut, jangan menangis, jangan berlari'. Perkataan 'jangan' menggambarkan sesuatu akan berlaku jika dilakukan juga.
3. Beli peralatan sekolah dengan watak kartun Belikan peralatan sekolah dengan watak kartun yang diminati dan pupuk semangat untuk ke sekolah bersama dengan barang-barang milik peribadi mereka.
4. Elak ucap 'bye-bye' Daripada mengucapkan 'bye-bye' mungkin lebih elok mengatakan 'jumpa lagi' supaya mereka tidak merasa seperti ditinggalkan. Apabila hendak meninggalkan anak di sekolah, beredar dengan senyap.
5. Beri kepercayaan kepada guru Sekiranya anak menangis, mereka akan menangis antara 2 hingga 3 minit dan paling lama 10 minit. Guru lebih arif bagaimana memujuk anak tanpa kehadiran ibu bapa.
6. Guna taktik carta bintang Guru atau ibu bapa boleh sediakan carta bintang iaitu pujian dalam bentuk bertulis setelah murid atau anak berjaya buat sesuatuyang positif di bilik darjah dan semasa pembelajaran bersama kawan-kawannya.
7. Lawatan awal ke sekolah Buat lawatan awal ke sekolah yang bakal dihuni oleh anak-anak supaya mereka terbiasa dengan suasana dan persekitaran baru.
8. Berkomunikasi sepanjang perjalanan ke sekolah Banyakkan berkomunikasi sepanjang perjalanan ke sekolah dengan cerita yang seronok tentang sekolah, guru dan kawan-kawan baru.
9. Elak ganjaran berbentuk mainan Elakkan memberi duit atau upah atau ganjaran berbentuk mainan atau apa sahaja untuk membuatkan mereka mahu berada di sekolah. Didik dengan cara motivasi dalaman iaitu suka berada di sekolah dengan rela hati kerana kawan, kerana guru, kerana suasana dan kerana suka belajar.
10. Bawa anak berjumpa atau bermain dengan kawan baru Bawa mereka berjumpa atau bermain dengan kawan baru yang akan berada di sekolah yang sama. Ini boleh memastikan mereka tahu mereka ada kawan-kawan yang dikenali di sekolah baru.
Sumber:
Profesor Madya Dr. Mariani Md Nor
Dekan & Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Ikuti kami melalui RSS 2.0.