. Harga Rumah Akan Turun ? - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Harga Rumah Akan Turun ?

at Rabu, 7 Januari 2015[1:51 PTG]

Di bawah adalah jangkaan ekonomi Malaysia akan turun dalam masa terdekat.
Apa yang menarik minat aku ialah jangkaan harga rumah akan turun disebabkan penawaran melebihi permintaan.
Aku memang menjangkakan harga rumah akan turun bukan sebab penawaran tetapi peningkatan kadar faedah hingga rakyat tidak mampu membayar pinjaman rumah.
Akhirnya ramai rakyat Malaysia akan bangkrap dan kemudian harga rumah akan jatuh mendadak seperti mana yang berlaku di AS.
Simptom jangkaan aku ni setakat ni benar. Harga rumah terlalu mahal dan bayaran bulanan yang tinggi dan kini kadar faedah dah mula naik adalah pemangkin kejatuhan ekonomi kita kelak.
Tak percaya kita tunggu dan lihat. Jom baca teori artikel dibawah.
Ulasan ekonomi Malaysia oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Penganalisis Ekonomi) di rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14)
Negara kita semakin menghampiri krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia semakin menurun, ringgit malaysia semakin tenat
Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutama muda mudi;
1. Berjimat cermat. Berbelanja bila perlu sahaja. Berhati hati dengan YES (YEAR END SALE) sebab pembaziran boleh berlaku di suasana SALE ini.
            
2. Elakkan berhutang kerana di masa akan datang interest dr pihak bank akan naik. Kelak kita MATI untuk membayar interest yg tinggi
3. JGN BELI PROPERTY dlm masa 2-3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun spt yg sudah berlaku di Singapura dan UK kerana 'OVERSUPPLY'
Tambah beliau di sekitar lebuh raya Kesas shaja, sejumlah 20ribu unit property dah mendapat CF namun hanya 20-30% shja yg terisi
Oleh itu rancang untuk memiliki sebuah property apabila hrga rumah turun dan EKONOMI semakin pulih
4. Lakukan investment JANGKA PANJANG utk mengembang wang. Pelbagai peluang investment ada seperti insurans, tabung haji, saham unit amanah, saham, PRS  dll. JANGAN hanya menabung dalam bank.
Selamat Menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini. Selamat Tahun Baru..

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...