. Semak Status Terima BR1M 2015 - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Semak Status Terima BR1M 2015

at Isnin, 12 Januari 2015[3:54 PTG]

Semakan status terima BR1M 2015 ini boleh dilakukan menerusi 4 cara. Bagi yang mahu mengetahui status penerimaan BR1M 2015, bolehlah cuba semak samada nama anda disenaraikan sebagai lulus atau tidak.

Semakan Secara Online

Anda boleh menyemak status terima BR1M 2015 secara online di laman web LHDN atau e-BR1M di pautan berikut - Semakan Status Penerimaan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda, dan status permohonan dan terima BR1M akan dipaparkan.

Semakan Menerusi Telefon

Semakan boleh juga dilakukan dengan menelefon talian hotline yang telah disediakan - Talian Hotline BR1M 2015 - 1-800-88-2716 bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Semakan Menerusi Email

Semakan penerimaan BR1M 2015 juga boleh dilakukan menerusi email br1m@treasury.gov.my. Anda perlu menyatakan nama penuh anda dan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan cepat dan pantas.

Semakan  Di Kaunter Khidmat Pelanggan LHDN

Anda juga boleh membuat semakan status permohonan BR1M 2015 menerusi mana-mana kaunter pertanyaan atau khidmat pelanggan di pejabat-pejabat cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda.

Buat mereka yang telah berjaya lulus dan akan menerima pemberian wang BR1M 2015, satu surat pemberitahuan akan dihantar kepada mereka yang layak. Jika anda dapati tidak layak atau permohonan ditolak, anda masih ada masa lagi untuk membuat rayuan. Tambahan lagi, permohonan dan kemaskini boleh dilakukan sehingga 31 Januari 2015.

Dah dapat duit BR1M, gunakan sebaiknya. Nilai dan jumlah tidak penting, tetapi cara kita manfaatkanya itu yang perlu kita utamakan. :)

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...