. 13%… Apa nak buat? - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

13%… Apa nak buat?

at Jumaat, 6 April 2012[10:53 PG]

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas setiap sesuatu yang berlaku kepada kita. Terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia di atas pelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 13%. Persoalannya, kemana, dimana, apakah yang akan digunakan dengan kenaikan yang diterima itu?
Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenainya biarlah saya jelaskan mengenai penjawat awam. Setiap penjawat awam yang memasuki perkhidmatan dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan di antara 1 hingga 3 tahun sebelum disahkan dalam perkhidmatan.
Setiap penjawat awam yang memasuki perkhidmatan ditawarkan samada untuk memilih skim KWSP ataupun skim Pencen… untuk melayakkan mereka memilih skim pencen perlulah terlebih dahulu disahkan dalam perkhidmatan dan berkhidmat sekurangnya 3 tahun.
Tips: Pengarah Bahagian Pencen
Sewaktu berada dalam tempoh berkenaan penjawat awam hanya menerima 89% daripada jumlah emolumen bulanannya yang mana 11% lagi disalurkan ke KWSP… mereka masih lagi mampu menyara kehidupan mereka dengan 89% ini. Oleh itu setelah disahkan dalam Skim Pencen 11% yang disumbangkan ke KWSP perlu diteruskan sebagai bekalan dihari tua.
Setelah menerima kenaikan 13% ini, usah disentuh, dibelanjakan tetapi simpanlah dalam mana-mana tabung amanah yang memberikan pulangan kepada anda suatu hari nanti.
Ingatlah untuk menyimpan/ menabung memerlukan komitmen daripada anda, anda perlu menyediakan jumlah (partition/bahagian) daripada pendapatan anda untuk disimpan bukannya menyimpan lebihan daripada apa yang anda belanjakan. Anggaplah simpanan anda itu sebagai hutang yang perlu anda bayar kepada diri anda di hari tua atau apabila anda memerlukan. Gunakan simpanan anda untuk perkara yang lebih baik, sebagai contoh.. pembiayaan pendidikan anak anda suatu hari nanti.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...