. Bersediakan Anda? - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Bersediakan Anda?

at Khamis, 5 April 2012[5:47 PTG]

Dalam kehidupan ini, kita sering melalui dan menempuhi perkara-perkara atau kejadian sebagai seorang hamba mengikut skrip yang telah ditetapkan di Loh Mahfuz, dimana setiap hamba Allah telah ditentukan Qada’ dan Qadarnya oleh Allah sebelum nyawa ditiupkan kedalam jasad… Kita merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah adalah lebih baik dan mengatasi segala perancangan kita hambanya.
Begitulah kehidupan ini, kita mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara-perkara yang dirancang supaya jalan cerita iaitu kehidupan yang bakal dilalui lebih mudah dan senang tanpa banyak halangan dan rintangan. Supaya setiap keputusan dan persimpangan yang bakal ditempuhi kurang rintangan dan onak duri.
Setiap kali menghadapi peperiksaan, pertandingan, sekatan dan sebagainya tentulah kita membuat persediaan dengan Gambar Hiasanmembaca, mengulangkaji, kerja rumah dan juga latihan agar rintangan dan ujian yang ditempuhi itu menjadi mudah dan senang. Disamping itu, bagi menghilangkan gementar dan rasa takut. Itu adalah kerana kita mengetahui perincian setiap ujian berkenaan kita tahu bila, dimana, apa yang bakal kita tempuhi.
Tetapi untuk satu saat yang paling penting, yang terakhir dalam kehidupan ini, adakah kita bersedia untuk menghadapinya? Adakah persediaan yang dibuat mencukupi? Adakah sudah cukup bekalan dan usaha kita selama ini? Mungkinkah kita sudah bersedia atau mungkin juga kita alpha dan langsung tidak mengingatinya, malahan tidak terlintas dihati dan minda kita.
Persediaan perlu kita mulakan dari sekarang untuk mengelakkan kita terlambat membuat persediaan. Tidak ada istilah last kopek  untuk menghadapi ujian yang terakhir dalam kehidupan ini. Malahan untuk berinteraksi dengan setiap benda dan perkara dalam kehidupan ini sudah terputus kecuali 3 perkara… iaitu anak yang soleh; ilmu kebaikan yang diajarkan dan diamalkan; sedekah jariah yang pernah kita berikan semasa masih hidup. Hanya 3 perkara itu sahaja yang dapat membantu kita menempuhi perjalanan selepasa ujian yang terakhir itu yang akan menolong kita melalui perjalanan dengan lebih mudah dan senang. Adakah telah kita adakan setiap perkara yang berkenaan sewaktu kita masih hidup.
Saya akan menghuraikan setiap perkara yang berkenaan dalam post yang akan datang samalah kita tunggu, mungkin besok, mungkin minggu depan, bulan depan, tahun depan, dekad depan ataupun diizinkan oleh Allah yang Maha mengetahui. Mungkin juga saya tidak akan berkesempatan untuk menyudahkannya.. mungkin juga akan tiada lagi penyudahnya dan sambungannya.. siapa yang tahu.. Hanya Allah mengetahuinya.. Sedarilah kita dikunjungi oleh Malaikat Maut hampir 70 kali setiap hari.. untuk menyemak adakah kita tersenarai dalam senarai nama yang telah ditetapkan untuk menemui kematian.. Siapa tahu.. mungkin kita, mungkin saya, mungkin kamu, mungkin anak-anak kamu, mungkin anak-anak saya dan mungkin juga saudara-saudara kita yang lain.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

hadiah abel 2025 disandang oleh kashiwara

penjaja belon bertindak agresif tolak anggota peng...

nak bantu pun sanusi marah akai tak dak

is vr and ar the next big thing in gaming

along bakal mati syawal ini

preparing your home for hari raya a guide to multi...

hael husaini nadeera meriah lain macam

bagaimanakah biodiversiti dapat menjana ekonomi

mercun terbakar kereta hangus

di sana tolak ansur di sini tolak tersungkur dr ma...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...