Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah
Pada akhir waktu Asar 14 November 2012 (Rabu), kita akan sama-sama melangkah ke tahun baru Hijrah 1434H. Di sini saya kongsikan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah yang dibaca mengikut waktu tertentu seperti berikut :
Doa Akhir Tahun : dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 14 November 2012 (Rabu).
Doa Awal Tahun : dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama - 14 November 2012 (Rabu)
