. - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

at Khamis, 4 Februari 2016[7:55 PG]

 
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mungkin bukan lagi menteri besar Kedah, tetapi rakyat masih menyayanginya.

Penghargaan mereka terhadapnya ditunjukkan apabila lebih 200 orang, terdiri daripada ahli Umno, bekas kakitangan di Wisma Darul Aman dan penyokong, hadir menghantar beliau di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Alor Setar petang ini.

Ramai yang sudah pun menunggu ketibaannya di luar lounge VIP di Kompleks Bunga Raya apabila beliau tiba pada kira-kira jam 3.35 petang bersama isterinya Datin Seri Norzieta Zakaria.

Mukhriz, 52, yang baru sahaja meletak jawatan pagi ini, selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN), disambut orang ramai seperti mana beliau sering menerima kedatangan rakyat – dengan senyuman, berjabat salam dan juga pelukan.

Beliau bergurau senda dengan mereka yang hadir dan apabila menghampiri lounge VIP, beliau berkata: "Okay. Bye bye."

Ada antara bekas kakitangannya dilihat menitiskan air mata.

Ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bertemu dengannya sebentar sebelum berlepas meninggalkan lapangan terbang itu menaiki jet peribadi.

Sementara menunggu untuk menaiki penerbangan beliau menggunakan Firefly ke Subang, Mukhriz berbual-bual dengan tetamu yang hadir.

Sebelum menaiki pesawat itu kira-kira jam 4.15 petang, beliau sempat beramah mesra dengan sekumpulan ahli Umno yang menunggu di sebalik pagar untuk mengucapkan selamat tinggal.

Beliau juga berhenti untuk bergambar secara 'selfie' dengan mereka yang hadir, termasuk beberapa wakil media Kedah.

"Semua orang sedih sangat dengan apa yang berlaku kepadanya," kata seorang penduduk Jerlun yang melambai kepada Mukhriz dari belakang pagar.

Wanita yang berumur itu berkata Mukhriz ibarat "mutiara Kedah" dan kini kerajaan negeri kehilangan seorang pemimpin yang baik.

"Semua orang Kedah sayangkan dia. Tiada siapa yang tidak sayangkannya."

Shukri Taha, 66, dari Jerlun, kawasan Parlimen diwakili Mukhriz sebelum ini, berkata Kedah dan rakyatnya menanggung kerugian yang besar.

"Kami berdoa selama ini beliau akan berjaya mengharungi ujian ini dan meneruskan kerja-kerja dan rancangannya. Beliau baru separuh penggal. Semua ini sangat memilukan dan menyedihkan," katanya.

Anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, katanya, "berjiwa rakyat" dan walaupun beliau menteri besar, beliau tidak pedulikan protokol apabila bersama rakyat.

Mukhriz berdepan pemberontakan daripada pemimpin Umno Kedah yang mahu beliau disingkirkan sebagai menteri besar sejak dua minggu lalu.

Kemelut itu berakhir hari ini apabila beliau meletakkan jawatan selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang beliau kini tiada lagi sokongan majoriti di dalam DUN.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

hadiah abel 2025 disandang oleh kashiwara

penjaja belon bertindak agresif tolak anggota peng...

nak bantu pun sanusi marah akai tak dak

is vr and ar the next big thing in gaming

along bakal mati syawal ini

preparing your home for hari raya a guide to multi...

hael husaini nadeera meriah lain macam

bagaimanakah biodiversiti dapat menjana ekonomi

mercun terbakar kereta hangus

di sana tolak ansur di sini tolak tersungkur dr ma...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...