. Virus Zika, Ini 9 Fakta Rakyat Malaysia Perlu Tahu! - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Virus Zika, Ini 9 Fakta Rakyat Malaysia Perlu Tahu!

at Khamis, 4 Februari 2016[2:43 PTG]

 
Seluruh dunia, terutamanya di Amerika Latin digemparkan dengan kehadiran Virus Zika. Sehingga kini amaran ke beberapa negara di sana telah dikeluarkan dalam memastikan virus tersebut tidak menjangkiti dan menular secara meluar ke negara lain secara meluas.

Aedes aegypti vektor virus Zika
Apa itu Virus Zika, Virus Zika merupakan sejenis virus daripada keluarga Flaviviridae  dan genus Flavivirus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau penyakit Zika, dimana penyakit tersebut mula diketahui berlaku di kawasan khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an. Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi, dimana ia dirawat melalui rehat dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Penyakit Zika mempunyai kaitan dengan demam kuning dan virus Nil Barat yang dibawa oleh flavivirus bawaan artropod yang lain.

Kementerian Kesihatan memandang serius kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Chan, seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, bahawa jangkitan virus Zika telah merebak dengan begitu pantas sekali di benua Amerika. Ini adalah kerana Kementerian berpandangan risiko bagi penularan jangkitan ini ke Malaysia adalah tinggi di atas sebab-sebab berikut (9 perkara yang perlu anda tahu tentang Virus Zika):
  1. Ianya disebarkan oleh nyamuk dan Malaysia mempunyai nyamuk pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes. Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama. (ada kajian yang menyiasat samada ianya boleh dijangkiti melalui hubungan seksual - namun ianya masih diperingkat kajian dan belum disahkan sebara rasmi, tetapi sebagai langkah selamat)
  2. WHO mengakui bahawa virus ini membawa gejala ringan bagi seorang yang normal, tiada perbezaan daripada Denggi dan simptom-simtomnya seperti demam panas, ruam, sakit mata dan sakit sendi akan berlarutan selam 2 hingga 3 hari.
  3. 80% pesakit yang dijangkiti tidak menyedarinya langsung, dan kebanyakan mereka pulih dengan sendirinya. Walaupun ianya melegakan namun saintis tidak memandang ringan akan kehadiran virus ini kerana mungkin mereka terlepas pandang bahaya akan perkara ini.
  4. Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas.Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes.
  5. Namun begitu, menghalang kemasukan virus ini ke Malaysia adalah sesuatu yang sukar. Ujian saringan kesihatan umum di pintu masuk adalah tidak praktikal kerana gejalanya yang ringan dan sukar dikesan di samping ketiadaan ujian cepat (point of care test) yang boleh digunakan. Walaubagaimana pun, Kementerian akan mengambil dan mencadangkan langkah-langkah berikut:
    • Semua pelawat dari benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik hendaklah melaporkan diri ke Pusat Kuarantin Kesihatan atau Pejabat Kesihatan berhampiran semasa tiba di Malaysia. Buat masa ini terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika virus dari rantau Amerika Latin iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.
    • Mengedarkan Nasihat Kesihatan (Health Advisory) kepada pelancong dan rakyat Malaysia berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil jika gejala sedemikian berlaku. Seterusnya, mereka hendaklah segera ke Klinik Kesihatan berhampiran.
    • Menasihatkan rakyat Malaysia yang mengandung untuk tidak melakukan lawatan ke negara-negara terlibat.
    • Rakyat Malaysia lain yang melakukan perjalanan ke negara terlibat hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap.
    • Mengeluarkan “Health Alert” kepada semua fasiliti Kesihatan kerajaan dan swasta.
    • Meningkatkan pemantauan di klinik dan hospital bagi kes yang mempunyai tanda-tanda Zika dan mempunyai sejarah perjalanan ke 22 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika virus. Di samping itu, pemantauan bagi kes “microcephaly” juga ditingkatkan di hospital-hospital. 
Daripada pemantauan berterusan oleh KKM, sebanyak 288 sampel dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan telah diuji dan keputusannya semua adalah negatif untuk zika virus. Kriteria sampel yang diuji ialah bagi kes-kes yang negatif untuk ujian denggi.

Kementerian Kesihatan sedang dan akan terus meningkatkan usaha mengawal denggi dan nyamuk Aedes. Namun rakyat Malaysia juga perlu memberi perhatian yang serius dengan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemusnahan tempat pembiakan secara tetap dan berkala. Segala usaha masyarakat bagi mencegah denggi hendaklah dipertingkatkan kerana ia juga akan mengurangkan risiko penularan Zika.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...