. Archive Untuk Jun 2016

Dilanggar dari BELAKANG - Apa nak buat?


1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas dan juga jenayah lain.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah.

||Read More »

Perbezaan Siaran Percuma MYTV Dengan ASTRO


Dendam para warga Malaysia yang menyampah dengan yuran pembayaran ASTRO setiap bulan seakan-akan terbalas dalam sedikit masa lagi.

Namun jangan cepat berpuas hati. Mari saya terangkan bahawa MYTV tidak akan sama sekali menjamin anda mendapat siaran daripada ASTRO secara percuma. Tidak akan dapat!

Falsafah, teknologi dan ekosistem kedua-dua stesen penyaiaran ini juga amat berbeza sama sekali.

MYTV adalah jenama dibawah konglomerat Puncak Semangat (Altel communication) yang dimiliki oleh Tan Tri Syed Bukhari yang telah dianugerahkan kontrak oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 2014 untuk membangunkan infrastuktur pancaran siaran digital atau Digital Terestrial Television di Malaysia. 

DTTV adalah suatu lembah penyiaran yang baru di Malaysia dimana, berlainan dengan ASTRO, DTTV dipancarkan melalui stesen-stesen pemancar yang terdapat diserata Malaysia dan diterima dengan menggunakan alat dekoder dirumah anda. 

Melalui kontrak kerajaan ini, MYTV telah bekerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) untuk membangunkan infrastuktur stesen-stesen pancaran untuk tahun-tahun kedepan. 

Apa itu DTTV?

Sejujurnya, benda ini sudah ada lama di dunia dan mungkin baru sekarang kita menyedarinya. DTTV adalah satu teknologi penyampaian signal televisyen menggunakan spektrum digital berbanding analog sebelum ini yang lazimnya dikhaskan kepada spektrum 300Mhz sehingga 480Mhz. 

Bermula tahun 2007 terutamanya di Amerika Syarikat, kebanyakkan stesen siaran terpaksa beralih daripada signal Analog kepada digital bukan sahaja atas alasan pembangunan teknologi HDTV, namun atas dasar kerajaan yang mahu mengosongkan spektrum analog sedia ada untuk dikhaskan kepada siaran-siaran kecemasan.

Kenapa MYTV berlainan dengan ASTRO?

Falsafah

Astro, penyedia rangkaian siaran dalam termasuk saluran "in-house" dan saluran antarabangsa berdasarkan yuran/pakej langganan yang dicaj ke atas pelanggan.

MYTV adalah stesen penyedia saluran TV Free To Air dan saluran-saluran yang dibayar oleh operator yang menyediakan kandungan (content) siaran kepada penonton. 

Teknologi pemancaran

Seperti yang telah diperkatakan tadi, MYTV menggunakan teknologi transmisi DTTV yang mana spektrum signal dipancarkan oleh menara telekomunikasi darat seperti menara telekom manakala ASTRO pula menggunakan teknologi penghantaran transmisi melalui Satelit. 

Justreru, siaran MYTV tidak akan terganggu oleh elemen-elemen alam seperti hujan, namun MYTV perlu sentiasa bergantung pada stesen pemancar bumi bagi menghantar siarannya. 

Dekoder diperlukan di rumah untuk mengubah signal digital tersebut ke TV anda sama seperti Astro yang juga memerlukan dekoder.

Kandungan Siaran

MYTV telah melaksanakan siaran percubaan (Trial Broadcast) kepada kumpulan sasaran pada suku pertama tahun ini dan kandungan siaran TV pula dipunggah naik daripada siaran Free To Air (FTA) iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, Bernama dan TVALHijrah. MYTV bercadang akan memperluaskan siarannya kepada 30 saluran pada penghujung tahun 2016 akan datang. 

Manakala disuatu sudut lain pula, Astro mempunyai saluran dan rancangan terbitan sendiri iaitu Astro RIA, PRIMA, CITRA, WARNA, MUSTIKA, WAH LAI TOI dan banyak lagi yang hak penyiarannya secara mutlak dipunyai oleh Astro. 

Ekosistem 

Ini adalah faktor ultima dimana kita dapat melihat perbezaan terbesar antara MYTV dan Astro.

Jangan lupakan bahawa MYTV juga syarikat seperti Astro yang perlu menjana keuntungan bagi meneruskan kelangsungan survivalnya dalam kancah perniagaan kini.

Bahasa senangnya adalah, MYTV bertindak sebagai tuan rumah yang akan menyewakan saluran-saluran mengikut pakej mereka kepada sesiapa sahaja, mahupun syarikat atau orang perseorangan yang mahu menceburi industri penyiaran ini dengan modal sebanyak RM12 juta untuk sewaan satu saluran anda boleh menyiarkan kandungan siaran anda.

Oleh yang demikian MYTV bermanafaat kepada orang ramai yakni penonton dan para usahawan/karyawan yang ingin meluaskan empayar penyiaran mereka melalui sewaan siaran di MYTV. 

Fokus utama MYTV dalam industri penyiaran ini bukan sahaja memajukan teknologi untuk memberikan pengalaman menonton TV berdefinisi tinggi kepada rakyat Malaysia, bahkan juga membina satu niche baru dikalangan golongan orang bisnes untuk mengetengahkan produk dan servis mereka melalui sewaan saluran di MYTV. 

MYTV juga akan menggunakan platform interaktif sama seperti Astro dengan aplikasi butang merah dan sebagainya. 

Kesimpulan awalan

Seperti yang ditekankan semenjak dari awal karangan ini digarap, MYTV tidak akan menggantikan Astro kerana model, mekanisma dan falsafah bisnes kedua-dua konglomerat ini tidak sama dan mereka juga tidak berperang dalam satu balapan yang sama.

Oleh yang demikian, persepsi orang ramai mengatakan MYTV akan menggantikan Astro itu berada pada satu garisan subjektif.

Jika anda hanya menonton siaran FTA, YA! mungkin akan menggantikan, namun jika anda menonton siaran-siaran "In-house" terbitan Astro, sila jangan potong Astro anda terlebih dahulu.

||Read More »

loading...