. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Pegawai SPRM cuba persetubuhan haram

SEREMBAN – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasangannya seorang wanita warga Indonesia masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di di Mantin dekat sini Jumaat lalu.

Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Miswandi Samin, 55, dan pasangannya, Dewi Maryanti, 23, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Terdahulu, Pendakwa Syarie, Wan Mohd. Helmi Masran yang mengendalikan kes berkenaan memohon kes tersebut dijalankan secara tertutup dengan alasan mendapat arahan daripada pihak atasan. Bagaimanapun, Hamizan menolak permohonan pihak pendakwaan selepas Wan Mohd. Helmi gagal memberi alasan mengapa kes berkenaan perlu dijalankan secara tertutup. Menurut kertas pertuduhan, Miswandi yang bertugas di Putrajaya dan Dewi yang bekerja di sebuah kilang di Nilai didakwa cuba melakukan persetubuhan haram dengan berkurung di sebuah rumah di Apartmen Sri Palma di Kolej Lagenda, Mantin dekat sini kira-kira pukul 5.15 petang pada 1 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan iaitu berkurung sehingga mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat dengan pasangan yang bukan mahramnya. Jika disabitkan dengan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Hamizan kemudiannya memerintahkan kedua-dua pasangan berkenaan masing-masing dikenakan denda RM1,800 atau satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda. Pasangan berkenaan menjelaskan denda tersebut.

Mengikut fakta kes, sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyerbu rumah berkenaan selepas menerima aduan awam kira-kira pukul 4.40 petang. Ketika pemeriksaan penguat kuasa JHEAINS mendapati pintu apartmen berkenaan berkunci dan mereka terpaksa mengumpil pintu selepas penghuninya enggan memberikan kerjasama. Dalam pemeriksaan itu, pihak JHEAINS menemui Miswandi yang memakai kemeja dan seluar panjang bersembunyi di dalam bilik air di sebuah bilik. Dewi yang memakai baju-T dan seluar paras lutut ketika kejadian dijumpai bersembunyi di bawah katil di sebuah lagi bilik.

Pemeriksaan lanjut mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan bukannya suami isteri.

||Read More »

Lahad Datu - Mission Accomplish

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5USKQ1f9stqA9MQ_T_L9WHfgRU4p_mUyja7E1-yRDXCPgmcv4xcUx_wt4AUfaG5khRYGPSQJrsl7iLqyhkXdGCbx2FyNeXDTMBTbD-rXpt19vJ98SlfeIc1vy0QtJbpIe4F7T95KkKJM/s400/igp.jpgKUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi Selasa.

Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan. Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo. Beliau berkata tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi. Ismail berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan. Ismail berkata sejak serangan ofensif dimulakan, pasukan keselamatan negara mendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan tentera.

Awal pagi ini, wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo turut mendengar beberapa letupan yang menggegarkan perkampungan itu.

Beberapa jet pejuang dan helikopter dilihat turut berlegar di ruang udara kawasan itu dan orang ramai tidak dibenar menghampiri kawasan operasi. Ismail berkata pada masa ini pasukan keselamatan menggerakkan anggota komando, tentera dan Pasukan Gerakan Am (polis) untuk menjalankan tindakan susulan dan penggeledahan di beberapa rumah di kawasan itu. Ketua Polis Negara turut menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlah kematian atau mereka yang cedera.

"Berita-berita yang tidak tepat ini boleh jejaskan operasi yang sedang berjalan,"

katanya yang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana serangan ofensif dalam 'Ops Sulu' itu hanya melibatkan Kampung Tanduo. Beliau turut meminta orang ramai memberi kerjasama dan jangan cuba memasuki kawasan operasi itu serta mematuhi arahan pasukan keselamatan.

"Kawasan operasi lebih kurang 10 kilometer persegi...selamat...kawasan khusus lebih kurang empat kilometer persegi...jangan masuk dalam kawasan ini," katanya

Ismail berkata serangan ofensif itu perlu diambil pasukan keselamatan dalam mempertahan keselamatan negara dan memastikan keamanan dan ketenteraman di Sabah tidak tergugat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan pagi ini berkata kerajaan mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh. Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," kata Najib.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera berkata pasukan tentera menggunakan bahan letupan tertentu dalam serangan ofensif itu untuk menentukan agar keselamatan anggota polis dan tentera terjamin apabila mereka memasuki kawasan berkenaan untuk tindakan susulan dan penggeledahan.

"Memandangkan operasi masih berjalan, saya tidak boleh dedahkan sistem apa yang kami guna," katanya.

||Read More »

Murni & Abu

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).
Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"
Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 4 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of.
It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".
P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan Guru yang mempunyai pemikiran kuning.....

||Read More »

Khas buat Perempuan

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

||Read More »

Cantik secara fitrah

APAKAH erti kecantikan pada tafsiran anda? Mungkin pada sepasang mata hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja, menjadi defi nisi cantik?
Atau boleh jadi pada bibir yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi, ayah, suami dan pipi mungil anak-anak? Mungkinkah kerana suara gemersik dan hilai tawa mempersona atau tubuh badan yang mengiurkan menjadi perspektif cantik kepada anda?
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Jangankan sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefi nisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat TUHAN kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Kedutan-kedutan akan tetap terserlah meskipun kita berusaha me-nyembunyikannya. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk melalui iman dan ibadah yang berterusan yakni istiqamah.
Walaupun usia seorang wanita itu meningkat dari tahun ke tahun, tahukah bahawa kita masih kelihatan cantik dengan kedutan-kedutan yang terpalit di wajah. Kedutan-kedutan itu sebenarnya melambangkan kekuatan dan gambaran betapa kita benar-benar berjuang meneruskan kehidupan. Garis-garis halus di pinggir bibir itu menggambarkan betapa kita tidak pernah lelah untuk tersenyum meskipun badai melanda di sepanjang kehidupan.
Uban yang memutih itu pula sebenarnya sangat cantik parasnya berbanding diwarnakan. Tidak perlulah menutupinya dengan warna yang tidak asli, kerana bukankah putih itu melambangkan kesucian? Anggap sahaja sebelum ini, hitam itu melambangkan dosa yang pernah dilakukan dan semakin memutihnya rambut bererti kita sedang dalam proses membersihkan diri.
Jika ada yang melihat rambut kita memutih dan lantas mengusik, katakan sahaja kita di dalam proses ‘pemutihan’ daripada dosa. Kita sentiasa cantik dan tetap istimewa di setiap detik kehidupan. Hargai kecantikan dengan kesyukuran. Tidak kiralah sama ada sudah berumur 15, 25, 35, 50 atau 70 tahun, kecantikan tidak akan hilang selagi mengenali erti syukur yang ALLAH S.W.T harapkan.



Jika selama ini kita berasa tidak cantik, bagaimanakah cara untuk mengubah diri menjadi lebih cantik? Senang sahaja tetapi harus sabar dan istiqamah melaksanakannya. Caranya begini:
- Jadikanlah ‘Ghadhdul Bashar’ (menundukkan pandangan) sebagai ‘hiasan mata’, nescaya akan semakin bening dan jernihlah penglihatan. Wajah yang sentiasa tunduk mampu menjaga pandangan boleh menumpulkan hati dan ingatan. Sepasang mata yang digunakan untuk pandangan luhur akan jatuh terbenam ke dalam hati lalu menerbitkan mata hati yang bersih lagi menyucikan.
- Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir, nescaya ia akan semakin manis. Ucaplah kata-kata manis dan sopan agar telinga yang mendengar berasa selesa dan nyaman serta dapat mententeramkan hati gundah gulana.
- Gunakanlah ‘pemerah pipi’ dengan kosmetik sifat malu yang datangnya dari ‘salon’ iman. Malu adalah perlu dalam kehidupan seorang wanita. Ia perlu ditonjolkan pada tempat, masa dan situasi yang sesuai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud r.a iaitu:
“Rasa malu terhadap ALLAH itu ialah supaya kamu memelihara kepala dan apa yang diingat oleh kepala itu, memelihara perut dan apa yang dikandung oleh perut itu, juga supaya kamu selalu ingat kepada kematian dan berbagai bencana seperti hancur luluhnya segala anggota badan. Barang siapa yang menginginkan selamat di alam akhirat, hendaknya ia meninggalkan perhiasan atau kemewahan duniawi. Orang yang melakukan semua itu, maka ia telah mempunyai rasa malu terhadap ALLAH dengan sebenar-benar malu.” - Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidzi. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Ditulis oleh Dr. Ahmad Umar Hasyim, m/s 52
- Pakailah ‘sabun istighfar’ yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang dilakukan. Istighfar yang ikhlas mampu menjaga hati dan diri daripada mengulangi dosa yang sama. Ia juga dapat mengharumkan setiap langkah yang dilakukan tidak kira di pelosok mana kita menjejakkan kakiselagi bersandarkan ALLAH semata-mata Rawatlah rambut dengan ‘selendang islami’ yang akan menghilangkan ‘kelemumur’ pandangan lelaki. Hijab yang menutupi rambut membuatkan kita dihormati oleh lelaki yang gemar mengganggu wanita. Ini disarankan juga di dalam al-Quran yakni:
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir. - An-Nur: 31
Maka, perintah ALLAH untuk menutup aurat jika direnung dengan ketulusan hati, sebenarnya untuk me- lindungi daripada ancaman bahaya, juga sebagai tanda ALLAH mengasihi kita supaya tidak diapa-apakan oleh mereka yang berniat serong. Tidaklah terlalu sukar untuk menyempurnakan cara berpakaian kerana kita sendiri tidaklah dilahirkan dengan sifat yang sempurna. Tetapi kita mampu mengubah untuk berpakaian dengan cara yang lebih sempurna. Betulkan?
- Hiasilah kedua tangan dengan ‘gelang tawaduk’ dan jari-jemari dengan cincin ukhuwah. Gunakanlah juga tangan kita itu dengan 100 kebaikan seperti berdoa, menolong orang atau memberi sedekah. Berikut adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mampu menggembirakan setiap hati. Semoga kita akan bertambah yakin dengan kecantikan yang dimiliki.
Daripada Abu Dzar, dia berkata, “Pada suatu malam saya keluar, tiba-tiba saya melihat Rasulullah s.a.w berjalan sendirian, tidak ada seorang pun yang menyertainya. Saya mengira bahawasanya baginda memang tidak senang jikalau ada orang lain yang menyertainya.” Dia meneruskan, “Saya berjalan di bawah naungan rembulan. Rasulullah s.a.w kemudian menoleh dan melihat saya, lalu bertanya, “Siapa ini?” Saya menjawab, “Abu Dzar, semoga ALLAH S.W.T menjadikan saya sebagai tebusan anda.”
Baginda s.a.w bersabda, “Hai Abu Dzar, ke marilah.” Abu Dzar berkata, “Saya lalu berjalan menyertainya sesaat lamanya.” Beliau kemudian berkata, “Sesungguhnya orang yang banyak hartanya itu nanti akan menjadi orang yang paling sedikit pada hari kiamat, kecuali orang yang dikurniai ALLAH S.W.T kebaikan (maksudnya harta) lalu suka meniupkan yakni menafkahkan hartanya itu sebagai sedekah kepada orang yang menghajatkan di sebelah kanannya, di sebelah kirinya, di sebelah mukanya serta di sebelah belakangnya, juga berbuat kebaikan dengan rezekinya itu.” Abu Dzar berkata, “Saya meneruskan perjalanan bersama baginda sesaat lagi.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Duduklah disini.” Baginda menyuruh saya duduk di suatu tanah yang cukup luas dan di sekitarnya itu ada beberapa batu berwarna hitam.
Baginda sekali lagi bersabda, “Duduklah di sini sehingga saya kembali kepada anda nanti.”Rasulullah s.a.w berangkat pergi di celah-celah batu- batuan sehingga saya tidak dapat melihatnya. Lama juga Rasulullah s.a.w meninggalkan saya. Kemudian sesungguhnya saya mendengarnya sedang mendatangi saya dengan mengatakan, “Meskipun dia mencuri dan meskipun dia berzina.” Abu Dzar melanjutkan ceritanya, “Setelah baginda datang, saya sudah tidak bersabar lagi, lalu saya bertanya, “Wahai Nabi ALLAH, semoga ALLAH menjadikan saya sebagai tebusan anda, siapakah yang berbicara di dekat batu-batuan tadi?”
Tiba-tiba ada suara yang mengatakan (dan ini adalah suara Malaikat Jibril a.s memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w), “Berikanlah berita gembira kepada umat tuan, barang siapa yang meninggal dunia, dia tidak mempersekutukan ALLAH S.W.T dengan sesuatu, maka dia pasti dapat masuk syurga.” Saya pun berkata, “Wahai Jibril, sekalipun ia mencuri dan meskipun ia berzina?” Jawabnya, “Ya, sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina. “Masih sekali lagi bertanya, “Sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina?” Dia (malaikat) menjawab, “Ya benar, bahkanmeskipun dia minum minuman keras yakni khamar.” - Riwayat daripada Imam Muslim. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits Rasulullah s.a.w, Ms477
- Bedaklah wajah dengan wuduk bagi menaikkan seri muka. Mohonlah kepada ALLAH S.W.T agar diberi nur pada wajah tatkala menjadikan wuduk sebagai bedak asas.
Daripada Abu Hurairah r.h. dia berkata, aku men- dengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada wuduk.”
Hadis ini menjelaskan fadilat atau kelebihan kepada umat Muhammad s.a.w iaitu mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada berwuduk. Sesungguhnya ALLAH S.W.T jadikan alamat yang akan menyebabkan Rasulullah s.a.w. mengenali umatnya di akhirat nanti.
Insya-ALLAH, kita akan cukup cantik di mata penduduk langit dan sebahagian yang lain mampu menilai kecantikan dengan menggunakan mata hati. Ingatlah bahawa tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali dihiasi dengan iman kepada ALLAH S.W.T. Apabila tertegaknya di atas jalan ini, maka kitalah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan di sisi Rabb-NYA.
Namun, jika dilepaskan jalan kebenaran tersebut, menafi dan mengingkari tuntutan agama, maka kitalah cermin kepada wanita yang murahan dan jahil dalam mengenal maksud sebenar kecantikan. Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung bintang, meskipun bermahkota bintang dan matahari terbit di ufuk timur, akan tenggelam jua kecantikan yang dimiliki.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mukminah yang selalu ingin kembali kepada ALLAH... ambillah nasihat ini juga sebagai makanan kecantikan tambahan. Semoga diri yang cantik akan bertambah cantik hingga memiliki kecantikan kekal abadi:
· Jadikan diri seperti sepohon kurma. Iaitu apabila dilempar dengan batu ia menjatuhkan buahnya. Tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberi manfaat kepada sekalian manusia.
· Basahkan bibir dengan ucapan zikir, bentuklah pandangan sebagai satu pengajaran dan berdiam diri adalah untuk berfi kir pada sesuatu yang baik sahaja.Berdiam diri bukan bermaksud sombong atau meninggi diri tetapi kerana melatih lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati pendengar lantas men- cipta dosa yang tidak disedari.
· Ketika berdiam diri, saat itulah kita mendapat ke- tenangan dan kedamaian. Tercurah segala pujian yang baik-baik dari hati yang ikhlas. Juga ALLAH S.W.T akan menjauhkan kita daripada kesempitan, bayangan ketakutan dan gumpalan kekeruhan.
· Tidurlah berbantalkan curahan doa, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepada kita. Saat itulah kita mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada harta, kad kredit, kereta, rumah mahupun kepada kasihnya seorang manusia, namun kepada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, tetapi kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
· Jadilah seorang wanita yang bermaruah dan punya kedudukan tinggi di sisi TUHANnya. Nama nya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat dan berjaya memperoleh cinta yang teragung, iaitu cinta Ya Rabb lantas jadilah wanita paling bahagia di dunia.
Kepada mereka yang tidak pernah yakin dengan kecantikan yang dimiliki,renungkanlah kisah ini. Semoga keyakinan menjadi milik kita semula. Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang satu lagi masih elok dan dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.
Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun. Maka, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana hanya mampu membawa separuh sahaja air daripada sepatutnya. Setelah dua tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak itu berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.
“Aku sangat berasa malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu.”
Wanita tua itu tersenyum dan berkata, “Sedarkah kamu akan bunga di batas laluan kamu tetapi tidak di batas laluan yang lagi satu? Kerana menyedari kekuranganmu, aku telah menyemai benih-benih bunga di batasan itu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa disedari kamu telah menyiram benih-benih itu. Selama dua tahun aku berpeluang mencantas bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi mejaku. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”
Yakinlah... setiap daripada kita mempunyai kekurangan. Ketahuilah bahawa kekurangan yang dirasakan itu adakalanya merupakan kekuatan buat mereka yang melihat melalui mata hati. Semoga mereka yang merasakan kekurangan atau keretakan terus hidup dan menghidu haruman kebahagiaan di sisa kehidupan yang tinggal..

||Read More »

Pembuka Rezeki

I nak share kepada u all yang busy dalam mencari rezeki. Jangan lupa amalkan doa ini:

Semoga kita bersama-sama dipermudahkan oleh-Nya dalam mencari rezeki. :)

Have a nice day guys...

||Read More »

Profession Pilihan Wanita

Berikut adalah enam profesion yang menjadi pilihan wanita seperti yang dipetik  dari Mag for Women
1. Pereka fesyen
Ramai wanita yang 'gila' dengan fashion. Supaya sentiasa dekat dengan apa yang diminati tersebut, maka ramai wanita yang memilih kerjaya sebagai pereka fesyen. memiliki minat yang besar terhadap fashion merupakan suatu kemestian.
2. Setiausaha
Setiausaha selalu dianggap dan dipandang sebagai salah satu profesion yang bersifat feminin. Tak hairan bila profesion tersebut diminati oleh wanita kerana mereka lebih mampu multitasking berbanding lelaki.
3. Interior designer
kebanyakan wanita memiliki selera estetika yang jauh lebih baik berbanding lelaki. Maka dari itu banyak wanita yang menceburi bidang ini.
4. Doktor
Majoriti wanita memilih belajar mengenai ilmu kedoktoran. Sebab itulah kebanyakan doktor didominasi wanita. Manakala lelaki memilih untuk menceburi dunia engineering.
5. Human Resources
Gerak hati dan persepsi wanita dikatakan lebih kuat daripada lelaki. Mereka lebih mampu mengenal pasti mana di antara calon pekerja yang akan menjadi aset bagi syarikat. Bukan itu saja, mereka juga mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik kerana pandai berinteraksi dengan orang ramai. Pekerjaan ini sudah jelas tepat untuk kaum wanita.
6. Guru
Wanita memiliki naluri keibuan yang membuat mereka boleh rapat dengan kanak-kanak. Oleh kerana itu, kerjaya sebagai guru sebahagian besar dikuasai oleh wanita.

||Read More »

loading...