. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Tip Menjimatkan Petrol

Tips-tips penjimatan minyak adalah penting untuk kita semua. Tambah-tambah lagi sekarang ni, paling kurang 2 biji kereta untuk sebuah rumah. Walaupun tips-tips di bawah ni mungkin hanya mengurangkan penggunaan minyak 10-20% (maybe more or less), sekurang-kurangnya kita dapat juga menjimatkan petrol dan juga duit poket masing-masing. Now let's look at top gear top tips!

Sebelum memulakan perjalanan :
1) Perancangan perjalanan perlulah bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak  
2) Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak  
3) Kurangkan perjalanan jarak dekat. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta  
4) Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.  
5) Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung  
6) Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Semasa sedang memandu :      
1) Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.   
2) Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhent   
3) Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.   
4) Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara.   
5) Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.   
6) Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.   
7) Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Sebagai kesimpulan, kawal nafsu untuk menekan pedal, memandu dalam keadaan tenang ( marah-marah kawan syaitoon ) and kereta perlu dalam keadaan tip-top! that's it for Top gear top-tip!

||Read More »

Toyota Vios 2013

Gambar Model Terbaru Toyota Vios 2013 lebih gempak !!

inilah gambar model tebaru toyota vios 2013, bila kita lihat pada gambar terdapat banyak perubahan kosmetik pada Toyota Vios 2013 ini,.lebih ekstrem dan elegan berbanding 2 keluaran sebelumnya, keluaran vios baru ini adalah sebagai persaingan kepada pengeluar jenama lain seperti Honda City,Kia Forte,Mazda 3 dan Proton Preve..

Lihat saja design depan. Lampu dan bumper kemasan model terbaru, membuatkan model Vios 2013 ini sangan berbeza dengan model Vios sebelumnya. Rekaan bumper belakang, tak jauh beza tetapi masih ada ciri-ciri baru terutama pada rekaan lampu.

Ruang interior dalaman tak da pulak dikongsi dan masih belum ada gambaran sebenar. Yang pasti ciri-ciri terbaru semestinya ada pada Toyota Vios 2013 ini.

Sesiapa yang bercadang nak tukar kereta dengan anggaran budget harga sekitar RM70,000 sehingga RM90,000, apa kata tunggu pihak Toyota umumkan perlancaran model kereta Toyota Vios 2013 ini. Yang pasti, ia akan menjadi salah satu model yang cantik dengan harga Toyota Vios yang mampu milik :).

 

||Read More »

Najib Nazak Rayu Lagi 5 Tahun

najib razak pilihanraya

Berdasarkan sejarah pasca Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) gagal hanya mendapatkan 2/3 majoriti pun dipaksa undur daripada menjawat jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) sekaligus melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Itu baru hilang 2/3 majoriti. Inikan pula…..

najib razakInikan pula andaikata Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13. Walaupun, pelbagai program sudah pun diumumkan dan diagihkan termausklah KR1M, LR1M, BR1M, DR1M dan pelbagai lagi produk 1Malaysia adan agenda Transformasi sepanjang Datuk Najib Razak memimpin kerajaan Malaysia sepanjang tempoh 5 tahun lamanya. Ya…. pertama kali dalam sejarah politik Malaysia….

Terbaru Datuk Seri Najib merayu anda semua, rakyat Malaysia supaya memilih parti Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak :

“Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah,” katanya.

Jikalau kerja dengan syarikat swasta contohnya di syarikat yang pernah antara kami bertugas bertugas sebelum ini, cukup 3 bulan tidak menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi, siap sedia untuk dibuang kerja.

najib razakDalam kes ini, ia melibatkan adalah tempoh selang masa 5 tahun yang mana berkisar mengenai landskap politik Malaysia sekarang ini bagi memilih kepimpinan yang boleh mencorakkan Malaysia untuk tempoh 5 tahun seterusnya, samada daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

“Pilihan di tangan anda”

Anda, anda semua di sini ibarat seperti adalah lembaga pengarah syarikat bagi syarikat yang bernama “Malaysia Tercinta” dan pemimpin politik yang ada sekarang ini hanya seorang pengarah syarikat sahaja. Jadi tempat dan kedudukan rakyat Malaysia sebenarnya sangat tinggi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 untuk menentukan nasib anda dan halatuju syarikat anda selepas ini. Samada pengarah yang sedia ada dikekalkan atau disingkirkan…..

Undi ditangan anda….

Cuma harapan kami, dan mungkin juga harapan sebahagian rakyat Malaysia sebenarnya. Tindakan berdiam diri mengenai tarikh pembubaran parlimen yang sehingga kini masih lagi tidak diumumkan sejak “semboyan” Pilihanraya Umum ke 13 sudah mula dipukul sejak pertengahan tahun 2012 lagi telah menyebabkan segala perancangan rakyat Malaysia tergendala & tidak lupa juga kepada sektor perniagaan. Pelabur-pelabur luar pula terpaksa tunggu dan lihat apabila suasana politik Malaysia yang tidak menentu dek kerana Pilihanraya Umum ke 13 terus menjadi tanda-tanya.

najib razakApatah lagi “mood” rakyat Malaysia untuk mengundi kali ini, cukup-cukup tinggi. Tetapi malangnya tarikh pilihanraya Umum ke 13 masih tidak kunjung tiba”

Samada mandat dan undi adalah perkara kedua, yang penting sekarang ini diharap Datuk Seri Najib Razak umumkan sesegera mungkin tarikh Pilihanraya Umum ke 13

Bagi menghangatkan suasana pilihanraya Umum ke 13, Berita Semasa membuka ruang dan peluang kepada, adakah anda akan memberikan mandat 5 tahun lagi kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihanraya Umum ke 13? Mengapa pilihan anda sebegitu rupa?

||Read More »

Mencari Solehah

Wanita sholehah itu aurat dijaga
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali ...

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai ....

Wahai wanita

jangan dibangga dengan kecantikan luaran
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi

Wahai wanita

jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu

Wahai wanita

jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu

Wahai wanita sholehah

jangan dirisau akan jodohmu
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya

Bersyukurlah Diatas Apa Yang Ada ......

||Read More »

Adab Buang Air

Segala amal perbuatan tanpa didasari ilmu, maka semuanya menjadi tidak ada faedahnya, begitu pula sebaliknya. Nah, Islam mengajarkan banyak adab-adab penting untuk umatnya, semuany demi kebahagiaan manusia itu sendiri.

Islam adalah agama yang mengatur semua aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali, sehingga seorang akan merasa kagum dan bergemah dalam hatinya ketika melihat keindahan dan kerapian yang diajarkan oleh Islam. Islam mengajarkan kaum muslimin hidup di atas kesucian, tidak seperti opini yang dituduhkan oleh orang-orang kafir dan munafik di zaman sekarang, bahwa Islam itu jorok, kotor dan tidak menjaga kebersihan. Untuk menyangga tuduhan miring tentang adab-adab Buang Air. 

Betapa indahnya Syari’ah Islam yang maha lengkap ini.

Inilah 9 adab buang air yang sesuai Sunnah Rasul:

1. Menjauh Dan Menutup Aurat Dari Manusia

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا ذَهَبَ الْمَذْهَبَ أَبْعَدَ

Dari Al-Mughirah bin Syu’bah berkata bahwasanya,
"Nabi saw apabila pergi ke tempat pembuangan air, maka beliau menjauh."

[HR. Abu Dawud: 1/3,An-Nasa’iy: 1/34, dan Ibnu Majah: 1/397. Dishohihkan Al-Albaniy dalam Shohih Al-Jami’: 4724]

2. Tidak Buang Air Pada Genangan Air (tempat air bertakung)

وَعَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { أَنَّهُ نَهَى أَنْ يُبَالَ فِي الْمَاءِ الرَّاكِدِ } . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَمُسْلِمٌ وَالنَّسَائِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ

Dan dari Jabir dari Nabi Muhammad SAW,
"Bahwasanya beliau melarang kencing pada air yang tergenang."

[HR. Ahmad, Muslim, Nasa’ie dan Ibnu Majah]

3. Berdo’a Sebelum Masuk ke Tempat Pembuangan Air

عَنْ أَنَسِ بْن مَالِكٍ قَالَ : { كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ قَالَ : اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ } رَوَاهُ الْجَمَاعَةُ

Anas ra berkata,
"Dulu Rasulullah saw jika hendak masuk ke tempat pembuangan air, maka beliau berkata (berdo’a): "Allahumma inniy audzubika minal khubtsi wal khobaaits"
Artinya:(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari para setan laki-laki, dan perempuan).

[HR Jama’ah]

Doa ini dibaca ketika hendak masuk khola’ (tempat buang air, kamar mandi/WC) sebagaimana yang dijelaskan oleh Bukhori dalam kitab Adabul Mufrod, dia berdalil dengan hadits Anas bahwa:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا أَرَادَ أَنْ يَدْخُلَ الْخَلَاءَ قَالَ

"Adalah Nabi saw apabila hendak masuk khola’ (tempat buang air) beliau berdoa (doa diatas)"

Dan pendapat ini yang dipakai oleh kebanyakan ulama.

[Nailul Author:1/183]

4. Tidak Menghadap Ke Arah Kiblat Atau Membelakanginya

وَعَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ عَنْ النَّبِيِّ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلَا تَسْتَدْبِرُوهَا وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا. رواه البخاري

Dan dari Abu Ayub al-Anshori, dari Nabi saw beliau bersabda :
"Jika kalian mendatangi tempat pembuangan air (untuk buang air), maka janganlah menghadap kiblat, dan jangan pula membelakanginya saat kencing, maupun berak."

[HR. Bukhori: 380]

Namun hadits ini berlaku apabila tempat buang air itu tidak ada satrah atau tabir untuk pelindung diri dari manusia, apabila ada tabir atau tutup untuk melindungi diri dari manusia maka tidak mengapa menghadap kiblat, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra:

رَقِيتُ يَوْمًا عَلَى بَيْتِ حَفْصَةَ فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حَاجَتِهِ مُسْتَقْبِلَ الشَّامِ مُسْتَدْبِرَ الْكَعْبَةِ .رَوَاهُ الْجَمَاعَة

"Aku menginap semalam di rumah Khafsho, maka aku melihat Nabi saw pada hajatnya menghadap ke arah Syam dan membelakangi Ka’bah".

[telah meriwayatkannya Jama’ah: 1/204]

5. Menjaga Badan Dan Pakaian Dari Najis Tinja Dan Kencing

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ

Dari Ibnu Abbas dia berkata, Rasulullah saw pernah melewati dua kuburan seraya bersabda: "Sesungguhnya kedua (penghuni)nya disiksa, sedang ia tak disiksa karena perkara besar (menurut sangkaanya). Bahkan itu (sebenarnya) adalah perkara besar. Adapun salah satu diantaranya, ia melakukan adu domba. Adapun yang kedua, ia tidak berlindung dari (percikan) kencingnya."

[HR. Muslim: 2/147/439]

Oleh karena itu jangan sampai perkara yang kelihatannya sepele ini bisa menyebabkan kita mendapat siksa kubur, namun sangat menyedihkan hingga pada hari ini masih banyak saudara-saudara kita yang menyepelekan hal ini.

6. Tidak Istinja’ (Cebok) Dengan Tangan Kanan

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْيُمْنَى لِطُهُورِهِ وَطَعَامِهِ وَكَانَتْ يَدُهُ الْيُسْرَى لِخَلَائِهِ وَمَا كَانَ مِنْ أَذًى

Dari ‘Aisyah dia berkata:
"Adalah tangan kanan Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- untuk wudhunya dan makannya; tangan kirinya untuk cebok, dan sesuatu yang kotor."

[HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya: 1/50]

Jadi tangan kanan digunakan untuk sesuatu yang baik seperti makan dan minum dan tangan kiri untuk cebok dan sesuatu yang bersifat kotor. Tidak seperti orang yang jahil, mereka makan dan minum dengan tangan kiri dan bercebok dengan tangan kanan.

7. Beristinja’ (Cebok) Dengan Air

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ الْخَلَاءَ فَأَحْمِلُ أَنَا وَغُلَامٌ نَحْوِي إدَاوَةً مِنْ مَاءٍ وَعَنَزَةً فَيَسْتَنْجِي بِالْمَاءِ . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Anas bin Malik dia berkata,
"Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- pernah memasuki tempat pembuangan air. Maka aku pun dan seorang bocah sebaya denganku datang membawa seember air dan tombak kecil, lalu beliau pun ber-istinja’ (cebok) dengan air."

[HR Bukhori dan Muslim]

Akan tetapi jika tidak mendapati air maka diperbolehkan menggunakan tiga buah batu atau yang lainnya sebagaimana hadits dari ‘Aisyah:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إذَا ذَهَبَ أَحَدُكُمْ إلَى الْغَائِطِ فَلْيَسْتَطِبْ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ فَإِنَّهَا تَجْزِي عَنْهُ .رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ وَأَبُو دَاوُد وَالدَّارَقُطْنِيّ وَقَالَ : إسْنَادُهُ صَحِيحٌ حَسَنٌ

Bahwasanya Rasulullah saw bersabda:
"Jika seorang diantara kalian pergi buang air, maka hendaknya ia membawa tiga batu yang dipakai untuk istinja’, karena (tiga) batu tersebut mencukupi baginya (untuk cebok)."

[HR. Ahmad, Nasa’ie, Abu Dawud, Ad-Daraqutniy dan dia mengatakan hadits ini shohih hasan]

Namun ada benda-benda yang dilarang oleh Rasulullah saw untuk digunakan bercebok yaitu tulang dan kotoran binatang.

لَا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ وَلَا بِالْعِظَامِ فَإِنَّهُ زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنْ الْجِنِّ

"Janganlah beristinja’ (cebok) dengan menggunakan kotoran binatang, dan tulang-belulang, karena itu adalah makanan saudara-saudara kalian dari kalangan jin."

[HR. At-Tirmidzi]

8. Membersihkan Tangan Seusai Istinja’ (bercebok)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى الْخَلَاءَ أَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فِي تَوْرٍ أَوْ رَكْوَةٍ فَاسْتَنْجَى قَالَ أَبُو دَاوُد فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى الْأَرْضِ ثُمَّ أَتَيْتُهُ بِإِنَاءٍ آخَرَ فَتَوَضَّأَ

Dan dari Abu Hurairah, "adalah Nabi saw jika mau buang air, maka aku bawakan air dalam bejana atau timba kecil. Lalu beliau beristinja’, kemudian menggosokkan tangannya pada tanah. Lalu aku bawakan bejana lain, kemudian beliau berwudhu’."

[HR. Abu Dawud : 41]

Membersihkan tangan seusai istinjak (bercebok) ini tidak harus dengan tanah, apabila ada sesuatu yang bisa untuk penggantinya sebagai penghilang bau seperti sabun atau semisalnya maka tidak mengapa.

9. Berdoa Ketika Keluar Dari WC

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا خَرَجَ مِنْ الْخَلَاءِ قَالَ :” غُفْرَانَكَ” . رَوَاهُ الْخَمْسَةُ إلَّا النَّسَائِيّ

Dan dari ‘Aisyah ra berkata:
"Adalah Nabi saw Jika keluar dari WC, maka beliau berdo'a, GHUFROONAKA (Aku memohon ampunan-Mu)."

[HR. Imam Lima kecuali Nasa’ie, Nailul Author: 1/185]

Demikian aturan-aturan dalam Islam dalam masalah buang air, semoga buletin ini bermanfaat bagi para pembaca dan semoga dalam penulisan ini hanya semata-mata diniatkan untuk mencari ridho Allah Ta’lah. Amien

||Read More »

Min Spec–Isteri

Seorang gadis itu adalah layak dinikahi sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQnaVfoPF1-4Tpj3Sjxctlq0xFpZVv0_B0OcMI5ZfqVi8yNEIK4WcoS1a94jXIsXNpsWaDu3L6TKVK3WLzPCJdbPVGFcrbtBJ-C3ugw0J_xNaNRf5KyuUg1xoWVhxHYZaVDMyJvi-jD7U/s1600/gadisayufg7.jpgSolat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.
  2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.
  3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly.
  4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.
  5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.
  6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.
  7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.
  8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.
  9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.
  10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.
  11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.
  12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah.
  13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.
  14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.
  15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.
  16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.
  17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang.
  18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.
  19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.
  20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.
  21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.
  22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.
  23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.
  24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.
  25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.
  26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.
  27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.
  28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)
  29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.
  30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, Dia sanggup bermadu…. (tiada lelaki diluar sana jika diberi peluang menolak untuk bermadu)… kerana ini lebih baik daripada menduakan isteri….

||Read More »

Manifesto Pakatan Rakyat [sambungan…]

Laporan berita kali ini adalah sambungan daripada Manifesto PR Pakatan Rakyat 2013 Bahagian I. Untuk laporan berita kali ini dikhususnya kepada pembentangan Manifesto PR Pakatan Rakyat (PRU 13) yang memfokuskan usaha mereka untuk membendung lonjakan kos sara hidup yang dihadapi kalangan rakyat Malaysia ketika ini.
Bagaimana mekanisme dan langkah yang bakal dilakukan Pakatan Rakyat? Antaranya….

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga Minyak Turun

  • Negara Malaysia adalah pengeluar petroleum dan pengeksport minyak.
  • Harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dari hasil minyak.
  • Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minyak ini wajar dikongsi dengan rakyat
  • Oleh itu, Pakatan Rakyat merancang mengurangkan sedikit pendapatan minyak negara Malaysia setiap tahun dengan cara menurunkan harga petrol dan diesel untuk kegunaan & kemudahan bersama majoriti rakyat Malaysia
  • Berapa harga petrol dan disesel yang bakal turun oleh Pakatan Rakyat? Kami tidak pasti…..

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah

  • Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.
  • Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedang caj elektrik semakin naik.
  • Taikun IPP untung besar, rakyat terpaksa tanggung tarif elektrik yang tinggi
  • Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menyalurkan semula subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat sekaligus bakal membantu usaha untuk menurunkan bebanan tarif elektrik yang ditanggung rakyat Malaysia sekarang

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Air Turun

  • Ketika ini, konsesi air dikendalikan oleh syarikat swasta yang telah mengakitbatkan tarif air tinggi. Oleh sebab itu, konsesi air seperti ini akan dihentikan terus.
  • Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.
  • Kawal selia ke atas caj air yang rendah akan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Tol

  • Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.
  • Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi.
  • Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Monopoli

  • Monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan penguasa menyebabkan harga barang-barang dikawal mereka.
  • Oleh sebab itu, monopoli merupakan faktor utama yang menyebabkan harga barang naik di negara ini.
  • Monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula.
  • Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan di dalam ekonomi yang seterusnya boleh menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga kereta Turun Serendah RM25,000

  • Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian.
  • Akibatnya, hutang kereta menjadi bebanan kewangan utama yang ditanggung setiap keluarga. Setiap bulan, sejumlah besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang kereta.
Untuk mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, Pakatan Rakyat akan merombak dasar automotif seperti berikut:
  • Cukai eksais kereta yang dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70% ke atas melonjakkan harga kereta.
  • Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebihberdaya saing.
  • Liberalisasi industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat.
  • Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Saman AES, Batal Saman AES

  • Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan.
  • Langkah keselamatan jalan raya akan menitikberatkan infrastruktur jalan yang lebih selamat, pendekatan pendidikan dan amaran, bukannya pendekatan menghukum seperti sedia ada.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Pendidkan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN

Pendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.
  • Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.
  • Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.
  • Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan
  • pengangkutan kecuali bagi mereka yang benarbenar kaya.
  • Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.
  • PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
  • PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.
  • Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar
  • dijaga.

Manifesto PR (Pakaran Rakyat) PRU 13 : 150,000 Rumah Mampu Milik

manifesto prHarga rumah yang melambung terutamanya di kawasan bandar-bandar utama menyebabkan semakin ramai rakyat dari pelbagai golongan tidak lagi mampu memiliki rumah.
Ini disebabkan manipulasi pasaran hartanah akibat undang-undangyang berpihak kepada pihak pemaju. Pakatan Rakyat akan menggerakkan program perumahan selesa dan mampu milik secara besar-besaran untuk mencapai matlamat satu rumah setiap satu keluarga
  • 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
  • Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat.
  • PPN akan memikul tanggungjawab membina rumah rakyat bertujuan mengimbangi harga rumah sektor swasta yang melonjak tinggi . Ia juga akan berfungsi memastikan kemampanan industri perumahan negara dengan menjamin keadilan kepada pembeli dan pengusaha, termasuk melaksanakan konsep “bina dan jual” dengan lebih meluas.
  • Pakatan Rakyat akan melabur RM5 bilion dalam tahun pertama untuk membina rumah mampu milik, diikuti dengan peruntukan RM2 bilion setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima.

||Read More »

loading...