"186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:
Kedua: Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;"
Ya, 252 adalah jumlah skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa. Ini bermakna kesemua skim perkhidmatan akan ditambahbaik. Apakah penambahbaikan yang akan JPA lakukan demi memanfaatkan 406K penjawat awam.
Adakah ianya cuma indah di atas kertas sahaja. Rata-rata kita tahu bahawa kebanyakan skim perkhidmatan yang berkuatkuasa sememangnya telah bagus di atas kertas, tidak kira dari segi lapisan gred, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya. Tetapi dari segi pelaksanaannya, ruang dan peluang kemajuan kerjaya yang terhad untuk ke gred yang lebih tinggi kerana kekurangan jawatan di gred yang lebih tinggi ditambah lagi dengan syarat tambahan tempoh perkhidmatan untuk ke gred yang lebih tinggi, ratio gred kenaikan pangkat dan sebagainya yang tidak seperti skim perkhidmatan.
Bagaimana dengan isu tukar lantik ke skim perkhidmatan bukan bersifat teknikal dan profesional yang berkelayakan pendidikan am sebagai contoh Penolong Pegawai Tadbir yang cuma perlukan kelayakan STPM/STAM/Diploma biasa dan Pegawai Tadbir cuma memerlukan ijazah sarjana muda pelbagai bidang, serta beberapa skim perkhidmatan yang tidak memerlukan pemohon/calon memiliki kemahiran/ilmu tertentu seperti Doktor/Jurutera/Akauntan yang mensyaratkan mereka berdaftar dengan badan-badan profesional yang melindungi dan melayakkan mereka untuk mengamalkan dan melaksanakan tugasan mereka.
Sepatutnya skim-skim perkhidmatan sebegini dibuka ruang dan peluang kemajuan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi tanpa mengira kelulusan akademik kerana ianya melibatkan pengalaman yang diperolehi melalui perkhidmatan sebelumnya.
Posted on Rabu, 28 Oktober 2015|Filed under Belanjawan,Kerjaya,Semasa|Read More »
Bahannya:
4 keping ayam (
whole leg)
Bahan untuk perap ayam: (dimesin) 1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 in halia
4sb sos lada hitam
3sb sos tiram (pilihan)
2sb lada hitam
2sb madu
1 ketul kiub ayam
2sb gula perang/ gula pasir
3sb herba campuran
sedikit garam
sedikit air untuk mesen semua bahan
sedikit butter
Caranya:
1. Campur semua bahan dengan sedikit air, mesin.
2. Ayam dikelar sedikit supaya bahan rempah meresap.
3. Lumurkan semua bahan pada ayam, perap semalaman (saya perap 5 jam je).
4. Sapu sedikit butter pada ayam, panggang selama 1 jam atau sehingga masak.
5. Untuk ayam tidak terlalu kering, sering sapukan ayam dengan minyak dan rempah yang menitis.
6. Sedap dimakan panas dengan sos lada hitam, closlaw dll.
Posted on |Filed under Ayam,Baked & Grill,Resepi|Read More »
Posted on Isnin, 26 Oktober 2015|Filed under Belanjawan,Infografik|Read More »
Posted on |Filed under Infografik|Read More »

186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:
Pertama: Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit;
- kenaikan ini adalah bagi mengimbangi penetapan gaji minimum RM1200 bagi penjawat awam, ini adalah strategi bagi mendiamkan 60k penjawat awam yang bergaji dibawah RM1200 supaya mereka yang telah 2-3 tahun berkhidmat tidak membantah pelaksanaan gaji Minimum RM1200.
Kedua: Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;
- betulkah ianya akan melibatkan 252 skim perkhidmatan kerana beberapa skim perkhidmatan baharu sahaja ditambahbaik pada tahun 2013 dan 2014 yang lalu, adakah ianya penambahbaikan utama atau sekadar DOMINO EFFECT yang mana hanya beberapa skim perkhidmatan baharu sahaja menikmati penambahbaikan menyeluruh dan kebanyakkan skim-skim perkhidmatan yang lain hanya terkena tempias penambahbaikan terumata skim-skim perkhidmatan yang berada dibawah Ketua Pengarah Perkhidatan Awam, Malaysia (KPPA) sebagai Ketua Perkhidmatan yang mana diketahui bahawa KPPA adalah dari skim perkhidmatan PTD, manakala skim perkhidmatan yang lain diibarat sebagai anak tiri.
Ketiga: Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;
- Alhamdulillah syukur, kerana gaji RM1200 tidak cukup bagi menampung perbelanjaan harian bagi mereka yang berada di bandar-bandar utama, khususnya Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bharu. Bagi mengimbangi keadaan ini kerajaan seharusnya menyebar ibu pejabat agensi/kementerian diseluruh negara dan tidak hanya tertumpu di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sekiranya ini dilaksanakan ianya diibarat serampang dua mata kerana akan memajukan lagi kawasan-kawasan lain di Malaysia yang terdiri dari 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan.
Keempat: Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan
Kelima : Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak.
- Pelantikan ini seharusnya brdasarkan kepada keperluan dan merit pegawai, kerana tidak dinafikan bahawa memang ramai dikalangan mereka ini berdedikasi dan cekap dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, namun ada segelintir diantara mereka ini juga bermasalah.
Tidak cukup dengan itu juga:
202. Tidak cukup sekadar itu,… bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam.
203. Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016.
Posted on Sabtu, 24 Oktober 2015|Filed under Belanjawan,Politik,Semasa|Read More »
Berikut adalah kupasan dari pembentangan Belanjawan 2016 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2015 (Jumaat) di Dewan Rakyat:
- Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dijangka berjumlah RM39 bilion
pada 2016 (3.1 peratus KDNK) (2015: dianggarkan berjumlah RM27 bilion
mulai April.
- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal kukuh
dengan pertumbuhan teguh pada 2016, berkembang antara 4.0 peratus hingga
5.0 peratus (2015:4.5-5.5 peratus)
- Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dipacu oleh permintaan domestik dengan perbelanjaan swasta terus menjadi pemacu utama
- Defisit fiskal Malaysia diunjur susut kepada RM38.8 bilion atau 3.1 peratus daripada KDNK pada 2016 (2015: 3.2 peratus)
- Kutipan hasil kerajaan persekutuan tahun depan dijangka berkembang
sebanyak 1.4 peratus kepada RM225.7 bilion, diterutamanya disebabkan
oleh kutipan tinggi dalam hasil cukai
- Hasil berkaitan minyak dijangka turun 14.1 peratus pada 2016
disebabkan oleh harga minyak mentah dunia yang lebih rendah (2015: 19.7
peratus)
- Perbelanjaan kerajaan pesekutuan dijangka meningkat 1.7 peratus kepada RM265.2 bilion pada 2016 (2015: RM260.7 bilion)
- Daripada RM265.2 bilion perbelanjaan kerajaan persekutuan, 81.1
peratus diperuntuk untuk perbelanjaan mengurus manakala 18.9 peratus
untuk perbelanjaan pembangunan
- Perbelanjaan mengurus pada 2016 dijangka meningkat sebanyak 0.9
peratus berikutan usaha berterusan untuk merasionalisasi dan
mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan
- Perbelanjaan pembangunan dijangka naik 5.4 peratus tahun depan dengan RM30.3 bilion untuk sektor ekonomi
- Sektor keselamatan akan disediakan RM5 bilion pada 2016 untuk meningkatkan keupayaan angkatan tentera dan polis
- Sebanyak RM1.6 bilion akan diperuntukkan tahun depan untuk sektor
pentadbiran awam bagi menaik taraf kemudahan kerajaan di seluruh negara
- Permintaan domestik dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus tahun ini dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta
- Pelaburan swasta diunjur meningkat 6.7 peratus pada 2016 dengan
sejumlah besar pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan
- Penggunaan swasta dijangka bertambah 6.4 peratus pada 2016,
mendapat faedah daripada prospek pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan
gaji yang baik
- Pelaburan awam dijangka mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi
sebanyak 2.3 peratus pada 2016 berbanding 1.6 peratus diunjur tahun ini
disokong oleh projek-projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi
dan Rancangan Malaysia Kesebelas serta projek-projek yang sedang
dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
- Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.4 peratus pada 2016 dan
meningkatkan bahagiannya kepada 54 peratus daripada KDNK daripada 53.8
peratus tahun ini dengan semua subsektor terus berkembang
- Inflasi kekal stabil pada dua hingga tiga peratus pada 2016 (2015:2.0- 2.5 peratus)
- PNK nominal per kapita diunjur naik 5.6 peratus kepada RM38,438
tahun depan berbanding 4.2 peratus pertumbuhan yang dijangka kepada
RM36,397 tahun ini
- Akaun semasa Malaysia dijangka mencatatkan lebihan yang lebih kecil
dalam lingkungan 1.5 peratus hingga 2.5 peratus daripada Pendapatan
Negara Kasar (PNK) pada 2015
- Eksport kasar dijangka meningkat 1.4 peratus pada 2016 berbanding
penguncupan 0.7 peratus tahun ini, disokong oleh pelaburan awam tinggi
dan perbelanjaan modal dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan
- Kedudukan luar Malaysia pada 2016 kekal terus menggalakkkan sejajar
dengan prospek pertumbuhan lebih baik bagi ekonomi serantau dan maju
melalui pengembangan ekonomi domestik
- Prospek perdagangan dunia diunjur bertambah baik tahun depan
- Defisit dalam akaun perkhidmatan tahun depan dijangka meningkat kepada RM11.4 bilion daripada RM14.7 bilion tahun ini
- Hutang kerajaan persekutuan kekal dalam had berhemat dan terkawal
pada paras 55 peratus KDNK, menjadikan Malaysia antara negara berhutang
sederhana
- Pinjaman luar pesisir kekal terurus pada 1.6 peratus KDNK, walaupun peningkatan dolar AS
- Sistem kewangan Malaysia kekal kukuh tahun ini meskipun pelbagai
cabaran seperti kejatuhan harga komoditi dan kelemahan ringgit
- Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menarik pelaburan berjumlah
RM78 bilion sejak dimulakan pada 2007, menyumbang 71 peratus daripada
jumlah sasaran sebanyak RM110 bilion menjelang 2020
- Industri insurans kekal berdaya tahan dengan permodalan kukuh dan keuntungan bertambah baik
- Lebihan dagangan dijangka lebih tinggi pada RM85.3 bilion atau 7.3
peratus daripada KDNK pada 2015 (2014:RM82.5 bilion; 7.5 peratus)
- Kerajaan komited untuk meningkatkan dan mengukuhkan pasaran
kewangan Islam, sebagai sebahagian daripada strategi untuk memaju dan
memakmurkan negara
- Pertanian dijangka meningkat pada separuh kedua 2015 dengan pengeluaran minyak sawit, getah yang lebih tinggi
- Asean akan menubuhkan jawatankuasa kerja untuk meningkatkan inklusif kewangan.
- BERNAMA -
Posted on Jumaat, 23 Oktober 2015|Filed under Belanjawan,Ekonomi,Pemimpin,Politik,Semasa|Read More »