. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Dilanggar dari BELAKANG - Apa nak buat?


1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas dan juga jenayah lain.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah.

||Read More »

Perbezaan Siaran Percuma MYTV Dengan ASTRO


Dendam para warga Malaysia yang menyampah dengan yuran pembayaran ASTRO setiap bulan seakan-akan terbalas dalam sedikit masa lagi.

Namun jangan cepat berpuas hati. Mari saya terangkan bahawa MYTV tidak akan sama sekali menjamin anda mendapat siaran daripada ASTRO secara percuma. Tidak akan dapat!

Falsafah, teknologi dan ekosistem kedua-dua stesen penyaiaran ini juga amat berbeza sama sekali.

MYTV adalah jenama dibawah konglomerat Puncak Semangat (Altel communication) yang dimiliki oleh Tan Tri Syed Bukhari yang telah dianugerahkan kontrak oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 2014 untuk membangunkan infrastuktur pancaran siaran digital atau Digital Terestrial Television di Malaysia. 

DTTV adalah suatu lembah penyiaran yang baru di Malaysia dimana, berlainan dengan ASTRO, DTTV dipancarkan melalui stesen-stesen pemancar yang terdapat diserata Malaysia dan diterima dengan menggunakan alat dekoder dirumah anda. 

Melalui kontrak kerajaan ini, MYTV telah bekerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) untuk membangunkan infrastuktur stesen-stesen pancaran untuk tahun-tahun kedepan. 

Apa itu DTTV?

Sejujurnya, benda ini sudah ada lama di dunia dan mungkin baru sekarang kita menyedarinya. DTTV adalah satu teknologi penyampaian signal televisyen menggunakan spektrum digital berbanding analog sebelum ini yang lazimnya dikhaskan kepada spektrum 300Mhz sehingga 480Mhz. 

Bermula tahun 2007 terutamanya di Amerika Syarikat, kebanyakkan stesen siaran terpaksa beralih daripada signal Analog kepada digital bukan sahaja atas alasan pembangunan teknologi HDTV, namun atas dasar kerajaan yang mahu mengosongkan spektrum analog sedia ada untuk dikhaskan kepada siaran-siaran kecemasan.

Kenapa MYTV berlainan dengan ASTRO?

Falsafah

Astro, penyedia rangkaian siaran dalam termasuk saluran "in-house" dan saluran antarabangsa berdasarkan yuran/pakej langganan yang dicaj ke atas pelanggan.

MYTV adalah stesen penyedia saluran TV Free To Air dan saluran-saluran yang dibayar oleh operator yang menyediakan kandungan (content) siaran kepada penonton. 

Teknologi pemancaran

Seperti yang telah diperkatakan tadi, MYTV menggunakan teknologi transmisi DTTV yang mana spektrum signal dipancarkan oleh menara telekomunikasi darat seperti menara telekom manakala ASTRO pula menggunakan teknologi penghantaran transmisi melalui Satelit. 

Justreru, siaran MYTV tidak akan terganggu oleh elemen-elemen alam seperti hujan, namun MYTV perlu sentiasa bergantung pada stesen pemancar bumi bagi menghantar siarannya. 

Dekoder diperlukan di rumah untuk mengubah signal digital tersebut ke TV anda sama seperti Astro yang juga memerlukan dekoder.

Kandungan Siaran

MYTV telah melaksanakan siaran percubaan (Trial Broadcast) kepada kumpulan sasaran pada suku pertama tahun ini dan kandungan siaran TV pula dipunggah naik daripada siaran Free To Air (FTA) iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, Bernama dan TVALHijrah. MYTV bercadang akan memperluaskan siarannya kepada 30 saluran pada penghujung tahun 2016 akan datang. 

Manakala disuatu sudut lain pula, Astro mempunyai saluran dan rancangan terbitan sendiri iaitu Astro RIA, PRIMA, CITRA, WARNA, MUSTIKA, WAH LAI TOI dan banyak lagi yang hak penyiarannya secara mutlak dipunyai oleh Astro. 

Ekosistem 

Ini adalah faktor ultima dimana kita dapat melihat perbezaan terbesar antara MYTV dan Astro.

Jangan lupakan bahawa MYTV juga syarikat seperti Astro yang perlu menjana keuntungan bagi meneruskan kelangsungan survivalnya dalam kancah perniagaan kini.

Bahasa senangnya adalah, MYTV bertindak sebagai tuan rumah yang akan menyewakan saluran-saluran mengikut pakej mereka kepada sesiapa sahaja, mahupun syarikat atau orang perseorangan yang mahu menceburi industri penyiaran ini dengan modal sebanyak RM12 juta untuk sewaan satu saluran anda boleh menyiarkan kandungan siaran anda.

Oleh yang demikian MYTV bermanafaat kepada orang ramai yakni penonton dan para usahawan/karyawan yang ingin meluaskan empayar penyiaran mereka melalui sewaan siaran di MYTV. 

Fokus utama MYTV dalam industri penyiaran ini bukan sahaja memajukan teknologi untuk memberikan pengalaman menonton TV berdefinisi tinggi kepada rakyat Malaysia, bahkan juga membina satu niche baru dikalangan golongan orang bisnes untuk mengetengahkan produk dan servis mereka melalui sewaan saluran di MYTV. 

MYTV juga akan menggunakan platform interaktif sama seperti Astro dengan aplikasi butang merah dan sebagainya. 

Kesimpulan awalan

Seperti yang ditekankan semenjak dari awal karangan ini digarap, MYTV tidak akan menggantikan Astro kerana model, mekanisma dan falsafah bisnes kedua-dua konglomerat ini tidak sama dan mereka juga tidak berperang dalam satu balapan yang sama.

Oleh yang demikian, persepsi orang ramai mengatakan MYTV akan menggantikan Astro itu berada pada satu garisan subjektif.

Jika anda hanya menonton siaran FTA, YA! mungkin akan menggantikan, namun jika anda menonton siaran-siaran "In-house" terbitan Astro, sila jangan potong Astro anda terlebih dahulu.

||Read More »

Hari ini atau hari esok

Dewasa ini kita sering melihat ibu bapa, anak-anak terkejar-kejar kesana kesini mengatur urusan kehidupan seharian dalam menyempurnakan kehidupan harian mereka dan merancang masa depan yang lebih senang untuk anak-anak sehinggakan ada di antara kita terlupa bahawa bukan itu sebenarnya yang diperlukan dalam kehidupan ini. Kita pada hari ini terlalu mementingkan kehidupan meterialistik(kebendaan) semata-mata hingga menekan anak-anak menjalani kehidupan seharian mereka.
Cuba fikirkan kembali, adakah kita sewaktu seusia mereka kehidupa kita dipadatkan dengan pelbagai aktiviti sehingga tiada lagi kehidupan di zaman kanak-kanak (childhood age). Pada hari ini ibu dan bapa masing-masing sibuk berlumba-lumba untuk memberikan/membuktikan bahawa anak kita adalah yang terbaik di antara kawan-kawan mereka, kita membanding-bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Lupakah kita bahawa setiap manusia itu dijadikan untuk melengkapi antara satu sama lain. Ini bermakna setiap manusia yang dijadikan oleh Allah itu tidak sama tahap pemikirannya, kecenderungannya, kemahiran yang diberikan secara natural kepadanya terhadap ilmu dunia ini. Kerana itulah ianya akan menyempurnakan kehidupan ini.
Sebagai contoh tidak semua mampu menerbangkan pesawat aka PILOT, jadi kita perlukan individu yang memiliki keupayaan dan kebolehan untuk menerbangkan pesawat. begitu juga dengan pekerjan-pekerjaan yang lain seperti pemungut sampah, pencuci tangki kumbahan. Jangan sesekali dihina pekerjaan mereka, kerana merekalah yang menjadikan kehidupan kita ini mudah kerana kita tidak perlu melakukan perkara-perkara yang kita sendiri tidak sanggup melakukannya. Pekerjaan mereka itu melengkapi kehidupan kita.
Tidak kira dimana kita berada, walau apa sekalipun pangkat yang kita sandang, jawatan apakah, dan sebanyak mana sekalipun pendapatan yang kita terima setiap bulan ingatlah bahawa mereka yang berada dibawah itulah yang menyokong kita selama ini, sebagai asas kejayaan kita. Tanpa asas yang kukuh puncah menara tidak akan dapat berada di atas, mungkin ianya akan jatuh kebawah. 
Oleh itu biarkan mereka yang di bawah itu melaksanakan tugas-tugas mereka dan kita yang berada di atas hierarki tidak seharusnya bermegah dan sombong serta bongkak dengan pangkat yang kita miliki seperti sesetengah individu yang berada dipuncak atau dilapisan lebih tinggi dalam hierarki sesebuah organisasi.
Berbalik kepada anak-anak yang kita kejarkan kesana-kesini demi memenuhi aspirasi kita supaya mereka berjaya pada hari esok sehinggakan kita lupa akan waktu kanak-kanak mereka telah kita curi tanpa kita sedari. Sedarkah kita kejayaan seseorang itu tidak dapat diukur dengan pencapaian akademik yang mereka miliki, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki kepada setiap orang itu berbeza-beza sejak dari usia mereka 120 hari dalam kandungan ibu lagi. Percayalah bahawa Allah tidak pernah menyusahkan hambaNya dalam soal rezeki.
Tanyakan kepada diri kita tentang masa yang kita luangkan untuk bersama mereka sepanjang kehidupan mereka?
  1. Bilakah kali terakhir kita berlari-lari mengejar anak-anak kita?
  2. Bilakah kali terakhir anak-anak kita memanjat belakang kita?
  3. Bilakah kali terakhir kita menyuapkan anak-anak kita?
  4. Bilakah kali terakhir kita siapkan mereka (mandi/pakai/dandan)?
  5. Bilakah kali terakhir kita mencium mereka?
  6. Bilakah kali terakhir kita tidur bersama-sama mereka?
(mungkin anda mempunyai pembantu yang membantu anda melaksanakan tanggungjawab anda terhadap anak-anak anda, tetapi tertunaikan tanggungjawab anda)
Jika jawabannya melebih sebulan yang lalu, sedarla bahawa anda telah mengabaikan anak-anak anda. Anda telah membiarkan anak-anak anda terabai dan tanggungjawab anda terhadap anak-anak anda telah terabai. Bagaimana ingin anda berani menuntut bahawa anda adalah insan/individu yang merancang/menguruskan pembangunan agama, bangsa dan negara. Kerana andalah negara ini berjaya? Persetankan dengan semua tuntutan anda kerana anda sendiri tidak mampu bertanggungjawab terhadap anak-anak anda yang anda perlu tahu pada suatu hari nanti anda akan dipersoalkan tentang hak anak-anak anda yang telah anda abaikan.

||Read More »

Shaklee Monthly Sharing

||Read More »

Ramadhan Kembali Lagi

Tinggal lebih kurang 13 hari saja lagi atau dua minggu Ramadhan akan menjelma kembali, rasanya seperti baharu saja Ramadhan meningggalkan kita begitu cepatnya masa berlalu. Ia bererti bahawa usia kita semakin singkat di alam dunia yang fana ini.  
"Marhaban Ya Ramadhan"
Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa dan tabah dalam menjalani kehidupan mendatang.
Diharapkan agar Ramadhan ini akan lebih sempurna berbanding Ramadhan yang telah lalu, meninggalkan kesan di dalam diri kita semua. Manfaatkan Ramadhan kali ini dengan aktiviti yang memberikan faedah kepada kita semua.
Disamping itu jom kita hayati beberapa peristiwa yang berlaku pada bulan yang penuh barakah ini

||Read More »

Kelebihan Kacip Fatimah dan Manjakani

kacip fatimah
Manjakani

Kehebatan herba turun temurun tidak dapat kita nafikan. Namun begitu, saya belajar sendiri melalui internet khasiat kacip fatimah, manjakani, akar serapat. Saya mula mengambil bilamana saya lihat saudara dan kawan-kawan saya mengalami ketumbuhan cyst, tumor sewaktu usia muda. Setelah membuat analisa, saya perlu mengambil herba-herba ini setiap masa untuk mengelak secara bentuk agen-agen cancer yang membahayakan kesihatan terutama di bahagian rahim.

Ini adalah beberapa khasiat herba tersebut yang saya dapat tahu.
-Dalaman yang sentiasa muda.
-Mengetat dan mengecutkan rahim.
-Meningkatkan rangsangan bersama suami.
-Memberikan kepuasan kepada isteri dan pasangan.
-Mengeratkan hubungan suami isteri.
-Mengawal senggugut.
-Mengawal kesihatan ‘tombong’ wanita
-Mengatur peredaran haid yang tidak menentu.
-Membantu mengawal ‘turun darah’ yang tidak berhenti.
-Mengelakkan rengat-sakit di peranakan selepas bersalin.
-Menghilangkan keputihan, lendir.
-Memulihkan luka-luka dalam vagina.
-Mengelak kegatalan vagina
-Menguatkan/ mengecutkan urat saraf rahim.
-Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina.
-Menghilangkan sebu-sebu dan senak perut yang tidak selesa
-Menetapkan kedudukan rahim pada tempatnya.
-Mengurangkan risiko sembelit dan buasir.  

||Read More »

4 Cara Didik Anak Dengan Teknik Psiko

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

||Read More »

loading...