. Perkhidmatan Awam Perlukan Anjakan Paradigma - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Perkhidmatan Awam Perlukan Anjakan Paradigma

at Selasa, 31 Januari 2012[3:35 PTG]

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi titik hitam kepada JPA sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab merancang dan menguruskan sumber manusia perkhidmatan awam Malaysia. SBPA sejak dari pelancarannya penuh dengan kerahsiaan dan ketidak seimbangan dalam pelarasan gaji, kekananan (senioriti).

Sejak dari pendedahannya secara rasmi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2011. Banyak persoalan dan harapan beransur musnah. JPA yang bertanggungjawab terhadapnya tidak lagi dilihat mampu bertindak sebagai sebuah agensi yang profesional dari segi pelarasan gaji, susunan kekananan oleh Kesatuan-kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam yang bernaung di bawah CUEPACS. Cuepacs dari awal lagi membantah penerimaan SBPA atas pelbagai sebab dan alasan mungkin ada sesetengahnya bersifat peribadi dan sesetengahnya bersifat komuniti. Namun apa jua sebabnya, SBPA sememangnya satu penipuan dan penganiayaan terhadap Penjawat Awam seluruh negara.

Alhamdulillah, kerana krisis dan pertelingkahan dan mungkin jua atas sebab kepentingan politik dan jua Pilihanraya Umum ke-13, Perdana Menteri Malaysia sebagai Ketua Eksekutif persekutuan Malaysia melalui kabinet menangguhkan pelaksanaan SBPA sehingga semua isu dan ketidak puas hati Penjawat Awam dapat diselesaikan. Ketua Setiausaha Negara telah diarahkan untuk membentuk pasukan petugas untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul dan isu yang perlukan penyelesaian. Pasukan ini diberikan masa selam dua bulan untuk mengumpulkan isu yang berbangkit serta menyelesaikannya (sebelum Pilihanraya).

Untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan, maka pasukan ini perlu meninggalkan budaya kerja perkhidmatan awam yang sedia ada dimana mereka ini perlu melihat permasalahan ini dari pelbagai sudut (point of view) bukan hanya melihat dimana mereka ini berada dalam perkhidmatan awam. Selalunya apabila kita melihat sesuatu subjek atau objek dari satu sudut pandangan, kita tidak akan dapat melihat beberapa titik yang dinamakan titik buta kerana keselesaan yang diperolehi daripada kedudukan iaitu sudut pandangan.

Sudah masanya perkhidmatan awam, di Malaysia mempunyai pemimpin yang mampu melihat sesuatu objek dan subjek dari pelbagai pandangan dan harus diingat bahawa, sekiranya mereka yang dilantik untuk melihat perkara ini terdiri daripada satu kumpulan perkhidmatan, maka sudut pandangannya agak sama cuma mungkin bentuknya, saiz dan dimensinya yang berbeza. Sekiranya objek itu dilihat oleh kumpulan perkhidmatan berbeza maka objek itu sendiri akan kelihatan berbeza. Sebagai contoh gaji, bagi kumpulan P&P, memang wajar kumpulan pelaksana diberikan gaji yang sedikit setimpal dengan tanggungjawab yang mereka tanggung. Namun sekiranya dilihat oleh kumpulan sokongan maka, akan difikirkan bagaimana untuk membesarkan anak, menyara keluarga. Sedangkan dalam sesebuah organisasi, sesuatu projek yang dilaksanakan tidak akan menghasilkan keputusan dan kejayaan yang dirancang sekiranya tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada kesemua ahli dalam organisasi berkenaan.

Hal ini pernah berlaku dalam sebuah konglomerat Negara yang gah dimana pekerja bawahan tidak diiktiraf atas pencapaian organisasi berkenaan sedangkan mereka juga menyumbangkan tenaga, idea dan masa ki atas kejayaan organisasi berkenaan. Kerana hal ini jugalah, mereka yang berada didalam organisasi berkenaan merasakan mereka tidak diperlukan dan segala usaha, idea mereka tidak diendahkan. Mereka ini akhirnya menjualkan idea mereka ke organisasi luar yang memperolehi manfaat daripada idea yang dikemukakan.

Kita bersusah payah untuk mengundang dan menjemput pakar-pakar tempatan yang ada diluar negara untuk kembali ke Malaysia dan memberikan perkhidmatan di Malaysia melalui penubuhan Talent CORP dengan kos yang tinggi. Namun sedangkan dalam perkhidmatan awam kita melupakan mereka yang berpengalaman bertahun-tahun malahan kita tidak pernah menilai mereka ini sebagai sebuah super komputer yang selayaknya mendapat sedikit perhatian dalam pentadbiran negara.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...