. Rahsia Tayar Anda - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Rahsia Tayar Anda

at Selasa, 31 Januari 2012[12:09 PTG]

Hari Ahad (18-Mei-2008) lepas, saya dan isteri telah ke sebuah kedai di Jalan Kelang Lama untuk menukar tayar kereta (kereta kenari) yang sudah 3 tahun tidak bertukar.
Sebelum itu kami sempat singgah di beberapa kedai tayar di area Subang Perdana untuk bertanyakan ‘range’ harga yang ditawarkan di kedai mereka. Berikut ini saya senaraikan hasil soal-siasat saya.
Kedai 1
Tayar DUNLOP : RM180/sebiji
Tayar Bridgestone : RM175/sebiji
Tayar Sylverstone : RM130/Sebiji
Kedai 2
Tayar Continental : RM165/sebiji
Tayar Simex : RM125/sebiji
Tayar Sylverstone : RM135/sebiji
Kedai 3
Tayar Michelin : RM175/sebiji
Tayar Bridgestone : RM180/sebiji
Kedai 4
Tayar GoodYear : RM175/sebiji
Tayar Sylverstone : RM130/sebiji
Terus terang, saya dan isteri memang agak ‘jahil’ tentang harga dan kualiti tayar2 ni. Tapi mengikut kata tokey2 kedai kat Subang tu, mereka kata tayar yang bagus ialah DUNLOP dan Bridgestone. Lagi mahal tayar, lagi bagus kata mereka.
Tapi disebabkan budget kami agak kurang, maka kami telah membuat keputusan untuk membuat survey harga di kedai2 area Taman Datuk Harun, Jalan Kelang Lama. Maka kami pun pergi lah ke sana. Kami dapati bahawa harga yang ditawarkan agak sedikit murah berbanding harga di kawasan Subang.
Kedai 1
Tayar Falcon : RM165/sebiji
Tayar Sylverstone : RM130/sebiji
Tayar Dunlop : RM170/sebiji
Kedai 2
Tayar GoodYear : RM145/sebiji
Tayar Yokohama : RM145/sebiji
Tayar Sylverstone : RM125/sebiji
Setelah berbincang dengan isteri saya, maka kami membuat keputusan untuk menukar tayar di Kedai No2 di Jalan Kelang Lama. Kami mencapai kata sepakat untuk menukar tayar di sana kerana 3 sebab :
1. Harga yang ditawarkan murah berbanding kedai2 lain yang kami pergi
2. Tokey nya yang ‘mesra pelanggan’
3. Pekerjanya nampak professional dan berkemahiran tinggi ( tengok gaya kerja diorang )
Berkenaan dengan jenis tayar pula, kami telah memilih tayar jenis YOKOHAMA. Keputusan untuk memilih tayar jenis YOKOHAMA ini dicapai setelah mendapat nasihat daripada ‘consultant tak rasmi’ kereta kami iaitu Encik Azri Rusly dan Kapten Anuar Ehwal.
Kapten Anuar Ehwal juga telah memberitahu kepada kami satu rahsia bagaimana nak membezakan sebuah tayar itu tayar baru atau tayar lama. Saya kongsikan rahsia tersebut dengan anda.
Kalau anda perhatikan betul2, di setiap permukaan sisi tayar kereta, anda akan dapati 4 digit nombor. Haa di sinilah rahsianya. Kalau anda nak tukar tayar, sila periksa dulu 4 digit nombor ini.
2 digit yang permulaan menyatakan MINGGU KE BERAPA tayar tersebut dihasilkan. Manakala 2 digit terkahir menunjukkan TAHUN BILA tayar itu dikeluarkan.
Contohnya kalau anda dapati 4 digit nombor di tayar kereta anda ialah 2006. Maka ini membawa maksud, tayar kereta anda itu telah dihasilkan pada minggu yang ke-20 pada tahun 2006.
Setelah diperiksa tayar YOKOHAMA yang baru kami tukar Ahad lepas, kami dapati nombornya ialah 1408. Daripada nombor ini, kami faham bahawa tayar YOKOHAMA kami itu telah dihasilkan dan dikeluarkan pada minggu ke-14 dalam tahun 2008 iaitu sekitar hujung bulan Mac atau awal bulan April tahun 2008 ini. Waaa sungguh baru kan tayar kami?
( ** Kalau tayar itu dikeluarkan pada tahun sebelum 2000 contohya tahun 1999, maka nombor itu hanya ada 3 digit, contohnya kalau nombor 209 maka maknanya tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-20 tahun 1999 )
Tayar yang bagus semestinya tayar yang paling baru dikeluarkan. Maklumlah, barang baru la katakan. Dak gitu? Sekian!









Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...