. Konspirasi REDHA. - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Konspirasi REDHA.

at Khamis, 15 Mac 2012[10:02 PG]

Pasaran Hartanah Malaysia Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!

Segalanya tipu belaka apabila helah pihak REDHA kerapkali mencanang & menghidangkan data & berita kepada orang ramai dengan harapan sektor hartanah yang dikuasai mereka akan terus akan menerima lonjakan seperti apa yang mereka rancangkan. Kononnya :

hartanah mahal = ekonomi mantap

Harga Rumah Naik : Antara Propaganda REDHA Yang Kerapkali Dimainkan :

  1. Pinjaman rumah sepatutnya dilanjutkan lagi. Sepatutnya diperbanyakkan lagi hutang melibatkan hartanah
  2. Hutang-hutang yang melibatkan hartanah perlu digalakkan lagi ( ersungguh-sungguh mereka marah kepada media yang highlight tahap hutang isi rumah di Malaysia sebelum ini)
  3. Harga rumah di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Vietnam
  4. Kerajaan dinasihati jangan buat capital gains (5% itu pun dah melatah kelompok pemaju hartanah)
  5. Mereka akan terus-menerus memuji, memuja dan hanya bercerita yang elok sahaja tentang projek terbaru mereka. Kemudian letak nama projek hartanah mereka yang mempunyai yang dirasakan mempunyai nilai komersial seperti Serene, Santuary, Nature, Relaxing, KL View dan lain-lain lagi. Kemudian jual harga juta-juta.
  6. Dan…..kata mereka lagi harga hartanah naik sebenarnya melambangkan ekonomi Malysia makin kukuh.

Property Bubble Malaysia Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!Itu kata MDC & REDHA. Tetapi laporan berita yang dikeluarkan oleh Bloomberg baru-baru menarik perhatian kami. (States Hardest Hit by Housing Collapse Lead U.S. Jobs Recovery). Diberitakann pada 5 tahun lepas, Arizona, California, Florida dan Nevada merupakan antara negeri yang mengalami kecederaan dan kerosakan teruk dalam sektor hartanah di Amerika. Itu dahulu…..Sekarang? Mereka pula yang sedang mengetuai dengan cepat pasaran tenaga buruh di Amerika.

Lihat satu lagi contoh sekarang ini, Sepanyol. Adakah kenaikan harga hartanah di sana membawa kemakmuran ekonomi Sepanyol? Selepas dalam tempoh 10 tahun, kenaikan hartanah secara keterlaluan akhirnya hari ini memakan diri sendiri. Hari ini Sepanyol “boleh berbangga” dengan  menghasilkan data seperti di bawah:

“pengangguran 21%; kadar pengangguran golongan muda 50%” (Sumber : Bloomberg)

Kalau di Malaysia, REDHA terus lepas tangan dengan masalah rumah terbengkalai yang menunjukkan lebih 50% projek yang dilancarkannya dikategorikan sebagai “bermasalah”. Rumah terbengkalai berpuluh tahun pembel masih lagi kena bayar faedah, adakah mereka ambil peduli?

“Yang kenyang kelompok pemaju hartanah, yang sengsara rakyat”

Realitinya sekarang ini, kebanyakan pemaju sedang memusnahkan landskap semulajadi Malaysia. Mereka tidak kisah samada rumah tersebut berpenghuni atau tidak. Asalkan jualan rumah 100% berjaya terjual. Itu sebablah sekarang ini kawasan yang sudah sedia maklum kepadatannya pun, pemaju hartanah masih lagi mahu “menyelit” dengan membangunkan lagi kawasan baru semata-mata mahu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda dengan segera.

Dan…tidak hairanlah sekarang kita kurang melihat rumah-rumah teres dibangunkan. Sebab kurang untung.  Sedangkan begitu banyak kawasan tanah yang boleh dibangunkan untuk membangunkan rumah-rumah seperti ini.

  • Dalam pada masa yang sama kelompok pemaju hartanah terus memerhatikan kebanjiran orang ramai berpindah ke Kuala Lumpur
  • DBKL pula “galak” dan dilihat menjadi “lemah” apabila berhadapan dengan pemaju hartanah sehingga terus meluluskan projek-projek yang diusulkan oleh pemaju tanpa memerhati & menilai dengan lebih terperinci kesembangan pembangunan di sesuatu kawasan, sehinggalah tidak berlaku pengeluaran melebihi daripada permintaan. Mereka ada kuasa. Mereka boleh meluluskan, dan meraka juga boleh menolak permohonan projek. tetapi apa yang berlaku sekarang ini?

Apa jadi kepada pemaju jika segala “perancangan mereka telah selesai di Malaysia”? Mereka senang-senang sahaja berhijrah ke tempat lain.

REDHA Property Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!Semakin ramai terbeban dengan hutang pinjaman rumah, akhirnya “pendapatan boleh guna” selepas bayar pinjaman menjadi semakin rendah. Ekonomi domestik jugak akan menerima bencana besar apabila ramai kekurangan tunai untuk berbelanja.

Dan bagi kami selagi masih ada “kelompok yang cukup berpengaruh” terus memberikan sokongan secara tersembunyi dibelakang REDHA sehingga dilihat segala perancangan REDHA “dihalalkan”, harapan untuk kita melihat sektor hartanah kembali kepada paras normal hanya impian semata-mata dan ia sukar menjadi realiti.

P/S : Apa respon anda pula dengan isu ini?

http://beritasemasa.com

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...