Resepi Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan
1-2 bahagian paha ayam (resepi ini untuk 2 orang, kalau nak banyak lagi boleh agak sendiri)
garam
kunyit
Minyak
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 inci halia (cincang)
kicap pekat manis (agak-agak)
2-3 biji cili padi
1 batang cili hijau
Cara Membuat/ Masak Ayam Masak Kicap
- Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan kicap dan ayam. Tambah air sekiranya terlalu pekat. Gaulkan seketika sehingga ayam masak.
- Setelah ayam masak masukkan cili hijau. Gaul sekejap dan siap untuk dihidangkan.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.