. Mitsubishi Pajero 2015 - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Mitsubishi Pajero 2015

at Jumaat, 12 Disember 2014[11:19 PG]

Mitsubishi Pajero
MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM), Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia memperkenalkan model peningkatan Mitsubishi Pajero ke pasaran negara.

Perubahan yang dilakukan pada bahagian luar ialah rekaan baharu pada bahagian bampar dan gril hadapan dan pemasangan lampu nyalaan siang hari (DRL) bersama lampu kabus dengan perumah krom. Bahagian belakang turut menerima penambahbaikan pada bahagian penutup tayar gantian dan tempat nombor plat yang direka semula.

Untuk kelihatan lebih segar, pihak Mitsubishi melakukan peningkatan pada kabin dengan rekaan kunci fob, papan pemuka juga kini didatangkan dengan kemasan metalik premium dan material cetakan kayu untuk lebih eksklusif.
Turut tersedia sistem hiburan penumpang belakang merangkumi paparan skrin bersaiz 9 inci dengan sambungan fon kepala tanpa wayar sebagai standard serta kerusi kemasan kulit, kerusi pemandu dengan pelarasan kuasa elektrik, kawalan pendingin hawa automatik dan corong pendingin hawa penumpang belakang.
Di bawah hud hadapan, Pajero dikuasakan unit enjin V6 bersesaran 3.8 liter yang mampu menghasilkan kuasa 250PS dan tork 329Nm bersama kotak gear automatik INVECS-II 5-kelajuan.
Model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu bukan sahaja menerima perubahan penampilan tetapi juga penambahan ciri keselamatan.

Justeru, Pajero turut menerima Mitsubishi Super Select 4WD yang bertanggungjawab memberikan kuasa cengkaman lebih baik. Selain itu, ia juga dilengkapi Mitsubishi Active Stability dan Traction Control (M-ASTC) yang berfungsi melaraskan kuasa enjin dan brek secara automatik untuk menstabilkan kenderaan sekiranya berada pada laluan sukar.

Harga jualan bagi Mitsubishi Pajero ialah RM291,177.50 (tanpa insurans) dengan tiga pilihan warna putih, kelabu dan perak. Pemilik juga bakal menikmati waranti tiga tahun atau 100,000 kilometer. Maklumat lanjut layari www.mitsubishi-motors.com.my.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...