. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Biografi Rasulullah

||Read More »

Adoii!!..masalah ni nak buat hubungan seks pun nak kena lapor polis dulu

Adoii!!..masalah ni nak buat hubungan seks pun nak kena lapor polis dulu
Adoii!!..masalah ni nak buat hubungan seks pun nak kena lapor polis dulu 
YORKSHIRE: Seorang lelaki di Briton, dibebaskan dari tuduhan merogol seorang wanita, tetapi diarahkan memaklumkan kepada polis 24 jam sebelum mengadakan hubungan seks.

Adoii!!..masalah ni nak buat hubungan seks pun nak kena lapor polis dulu
Lelaki tersebut perlu  lapor  polis 24 jam sebelum buat hubungan seks

Lelaki 40-an itu dibebaskan pada 2015 selepas dibicarakan semula apabila mendakwa mangsa bersetuju. Arahan risiko seksual sementara yang ditetapkan pada Disember lalu itu dilanjutkan selama empat bulan oleh majistret di York.

Ia memerlukan lelaki terbabit untuk mendedahkan sebarang aktiviti seksual yang dirancang kepada pihak polis atau berdepan sehingga lima tahun penjara.

Menurut laporan, arahan disediakan majistret di Northallerton, North Yorkshire itu menyebut: "Anda perlu mendedahkan butiran mana-mana wanita, termasuk namanya, alamat dan tarikh lahir. Ia mesti dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sebarang aktiviti seks dilakukan."

Lelaki itu juga dilarang menggunakan telefon bimbit dan Internet serta perlu memaklumkan kepada polis jika ada perubahan pada alamat tempat tinggalnya.

Mahkamah pada Mei akan memutuskan sama ada arahan itu akan dilanjutkan. Arahan risiko seksual diperkenalkan di England dan Wales pada Mac tahun lalu dan boleh digunakan ke atas mana-mana individu yang dipercayai polis boleh menimbulkan risiko bahaya seksual walaupun mereka tidak pernah disabitkan dengan jenayah. - AGENSI/bharian

||Read More »

Cara betul bancuh susu

susu 
SUSU ibu sememangnya diakui susu yang paling terbaik untuk diberikan kepada bayi.

Namun dewasa ini tidak semua wanita yang bergelar 'mama' dapat melakukannya.

Atas faktor-faktor tertentu susu formula terpaksa menjadi pengganti. Sudah tentu khasiatnya tidak setanding susu ibu, dan menjadi lebih malang lagi, apabila ramai ibu bapa yang salah membancuh susu formula hingga menyebabkan zat atau nutrisi dalam susu hilang.

Seperti kezaliman bagaimana anda membacuh susu formula? Selalunya cara di bawah ini bukan?

  1. Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
  2. Tuang air panas.
  3. Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
  4. Goncang sehingga sebati
  5. Rasa suhu sebelum diberi minum.
Memetik laporan portal Vanilla Kismis menyatakan bahawa sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!

Kenapa?
Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.

Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana  pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.

Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.

Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-

  1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
  2. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.
  3. Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
  4. Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
  5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Info tambahan

Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul, tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.

Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur.

||Read More »

Hampir 200,000 syarikat tidak perbaharui pendaftaran perniagaan tahun lepas - SSM

Hampir 200,000 syarikat tidak perbaharui pendaftaran perniagaan tahun lepas - SSMKUALA LUMPUR: Sebanyak 195,170 syarikat dan premis perniagaan didapati tidak memperbaharui sijil perakuan pendaftaran perniagaan sepanjang tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, pihaknya mengenal pasti perkara itu menerusi pemeriksaan ke atas 1.05 juta (1,047,936) syarikat dan premis perniagaan sepanjang 2015.

"Selain tidak memperbaharui pendaftaran perniagaan, terdapat syarikat melanggar sembilan jenis kesalahan, antaranya tidak mempamerkan Sijil Perakuan Perniagaan, tidak mempamerkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran serta tidak mencetakkan nama dan nombor pendaftaran syarikat pada resit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai operasi pemeriksaan ke atas 100 premis di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Katanya, sebanyak 211 pemeriksaan dijalankan ke atas syarikat dan premis perniagaan yang melibatkan warga asing di seluruh negara sepanjang bulan ini.

"Daripada jumlah itu, 87 kesalahan dikenal pasti di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 1965," katanya.

Menurut Zahrah, pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi menjalankan operasi lebih kerap pada masa depan.

"Kebiasaannya kami akan menjalankan operasi biasa setiap hari dengan mengunjungi premis perniagaan dan syarikat bagi memastikan mereka mematuhi piawaian yang ditetapkan," katanya.

Mengenai perniagaan dalam talian, Zahrah mengesa mana-mana pihak yang ingin menjalankan perniagaan seumpama itu supaya mendaftar dengan SSM walaupun berskala kecil kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka dikenakan tindakan di bawah Akta Syarikat 1965.

"Kami bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memantau perniagaan dalam talian," katanya.
Justeru, Zahrah berkata, SSM menganjurkan Karnival Usahawan Atas Talian SSM sebagai platform menggalakkan peniaga untuk mendaftar.

"Mereka yang ingin membuat permohonan pendaftaran perniagaan dalam talian, boleh melayari laman sesawang www.ssm.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya.

||Read More »

Android Wars 2016: Google surrenders to Oracle as Microsoft allies with Cyanogen

In a surprise development, Google has abandoned its own Java standard libraries for those of Oracle. The move might be the first step in settling an ongoing lawsuit, but the implications for the Android community are profound. And it offers a possible opening for Microsoft.
For a company that regularly brags about its commitment to open source, Google is remarkably closed about how it develops Android.
The result is occasional shock at a sudden change in direction. The latest example emerged last week, when the Android community stumbled across a major change that appeared in the Android code base last November.
Google confirmed to several sources, including VentureBeat, where I first saw the story, that it is dropping its own implementation of the standard Java libraries that are at the heart of Java, in favor of Oracle's OpenJDK libraries.
That would be ho-hum software-plumbing news, except for the fact that Google and Oracle have been locked in a years-long copyright lawsuit over Google's alleged copyright infringement in those same libraries. Replacing the packages that Oracle claims were copied with open source alternatives minimizes the potential damages to Google if they end up losing the case.
Google (mostly) won round 1 of those trials, but a U.S. appeals court reversed those decisions emphatically, and last summer Oracle confidently expanded its lawsuit to cover 40 major and minor releases over six versions. The timing of the commit suggests that the shift to using Oracle's libraries is at least partially a response to the lawsuit.
The news might have been a surprise to the Android community, but Google has apparently been planning the contingency for almost a year.
Google is, not surprisingly, spinning this development as routine, but former Mozilla CTO Andreas Gal, who competed with Google while developing the Firefox OS, calls it "a huge change [that] will have far-reaching implications for Android and the Android ecosystem."
As Gal explains, Google's competitive advantage with Android stems from its "deep strategic understanding of different classes of open source licenses, their strength, and their weaknesses."

Google's Java implementation -- the one at risk in the Oracle lawsuit -- was licensed under the Apache 2 license, which allows chipset vendors and OEMs to modify library code without having to publicly share those changes.
By contrast, the Oracle-managed OpenJDK library uses the GPL2 license, which requires publishing the source code for any changes a licensee makes. That's bad news for Google and its partners, Gal argues:


Because Oracle has means to control Java beyond source code, OpenJDK is about as open as a prison. You can vote on how high the walls are, and you can even help build the walls, but if you are ever forced to walk into it, Oracle alone will [decide] when and whether you can leave. Oracle owns much of the roadmap of OpenJDK, and via compatibility requirements, trademarks, existing agreements, and API copyright lawsuits (Oracle vs Google) Oracle is pretty much in full control where OpenJDK is headed.
[...]
Oracle can easily force Google to include pretty much any other code or service that pleases Oracle. How about Java Push Notifications, specified and operated by Oracle? All Oracle has to do is add it to OpenJDK, and it will make its way into Android. Google is now on Oracle's Hamster wheel.
The implications for the Android app ecosystem are profound. OpenJDK behaves differently from Google's code, which was based on the now-defunct Apache Harmonyopen-source project. That means extensive (and potentially expensive) testing for app developers, as well as new licensing agreements.
The bottom line, Gal suggests, is that Android N, the next version, is likely to hit serious delays and compatibility problems. "Google is changing engines mid-flight," he argues. "The top priority will be to not crash. They won't have much time to worry about arriving on schedule."
All that uncertainty offers a major opening for Google's main rivals. That includes Apple, obviously, whose late CEO Steve Jobs called Android a "stolen product" and threatened to "go thermonuclear" to destroy the rival OS.
But more intriguing is the prospect that Microsoft could finally get the wedge it needs to build its own version of Android.
Speculation has run rampant for years that Microsoft has plans to build its own Android version. The problem has always been that doing so required that Redmond follow far behind Google's lead. Indeed, that edge is part of Google's business model, as a leaked slide from the 2011 Oracle trial revealed.


google-oracle-depo-slide.png
"Do not develop in the open," Android boss Andy Rubin told his executive team. "Instead, make source code available after innovation is complete." It's certain that Microsoft would never have been allowed early access to that software.
But in the new world, Oracle is in the driver's seat. As Gal notes, "Silicon vendors will be still allowed to do proprietary enhancements if they obtain the same library code under a difference (non-viral, non-GPL2) license from Oracle -- for a fee."
Microsoft signed a wide-ranging partnership with Oracle in 2013 that both companies are probably willing to extend to include Android. And Microsoft already collects substantial royalty payments from Android handset makers to avoid legal troubles over Microsoft patents. Put those two factors together and you have an incentive for mobile OEMs to willingly drop Google if an alternative appears.
In April 2015, Microsoft announced a partnership with Cyanogen, the scrappy independent that reportedly turned down a buyout offer from Google in 2014 and whose CEO later declared, "We're attempting to take Android away from Google."
It's probably just a happy coincidence that the Cyanogen-Microsoft joint venture delivered its first substantial results a few days ago, with owners of the Cyanogen-powered OnePlus One phone starting to see a new update that contains "deeply integrated features for Cortana."
The Cortana virtual assistant, which is also built into the desktop and mobile versions of Windows 10, is Microsoft's alternative to Google Now and Apple's Siri.
Microsoft can probably never hope to win over Android loyalists, but having its own Android-based OS might appeal to enterprise customers who need to run Exchange, Office, and Azure-based services without the baggage of Google services. And having Cyanogen firmly in the pro-Microsoft, anti-Google camp offers a way to bring the large community of Android developers back to Redmond.
Jadi untuk memahami Androids Wars, kita perlu memahami akan senibina android itu sendiri. Berikut adalah senibina android yang perlu difahami untuk mengekstrak sistem itu sendiri.

||Read More »

Pasangan Ini Kini Mewah & Murah Rezeki Selepas Amalkan Tips Ini...

kadang 

Jika hidup kita dilanda kesusahan, jangan lah putus asa dan tak buat apa-apa. Kita haruslah bersabar dan cari jalan supaya hidup akan lebih senang. Salah satunya adalah dengan berniaga. Tapi tak semestinya bila pertama kali kita menceburi bidang perniagaan kita akan berjaya.

Macam kisah yang kami nak kongsikan ni, pasangan ini dulu memang tiada apa-apa. Selepas mereka berkahwin pun hidup susah. Tapi berkat doa dan usaha gigih akhirnya Allah S.W.T memberi berkat hidup dan rezeki lebih kepada mereka. Nak tahu apa rahsianya?

‘Ini cerita betul.. Bukan mitos..’

Screen Shot 2016-01-21 at 3.36.40 AM

‘Dulu orang gelak kami niaga online, tapi sekarang..’

Screen Shot 2016-01-21 at 3.37.39 AM

Sila amalkan ini..

Screen Shot 2016-01-21 at 3.37.50 AM

Jangan lambatkan solat..

Screen Shot 2016-01-21 at 3.38.07 AM

‘Minta semua pada Allah..’

Screen Shot 2016-01-21 at 3.38.17 AM

‘Redha dengan masalah & ujian dari Allah..’

Screen Shot 2016-01-21 at 3.38.36 AM

Kena YAKIN!

Screen Shot 2016-01-21 at 3.38.55 AM

‘Jaga wuduk setiap hari’

Screen Shot 2016-01-21 at 3.39.07 AM

Tanamkan sifat tak kedekut..

Screen Shot 2016-01-21 at 3.39.18 AM

Buat selama 7 hari.. tunggu perubahan luar biasa..

Screen Shot 2016-01-21 at 3.39.28 AM 
AJAL, MAUT, JODOH, PERTEMUAN SEMUA DITANGAN ALLAH... Jangan kita LUPA..
malah ALLAH jugalah yang memberikan REZEKI kepada kita dari SUMBER-SUMBER yang tidak kita DUGA

||Read More »

Akademik bukan ukuran kecerdikan.

PhD, Master, First Degree, Diploma etc... Ianya cuma sijil untuk membuktikan tahap pencapaian akademik seseorang individu. Ianya tidak mencerminkan tahap kebijaksanaan/kecerdikan walaupun sesetengah pekerjaan di salute dengan Yang Arif (YA), Yang Amat Arif(YAA).

Ini dibuktikan dengan keputusan dan pertimbangan yang dibuat oleh mereka yang tidak mencerminkan kecerdikan mereka.
bukan salah ibu mengandung... salah pengundi yang membuang undi
Oleh itu sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menentukan kepimpinan dan hala tuju negara agar terjamin kelestarian sebuah negara yang bernama Malaysia ini, rakyat mMalaysia yang mendaftar sebagai pengundi adalah berpeluang untuk menentukan tampok kepimpinan negara. Pilihan yang anda buat merupakan ukuran tahap kecerdikan yang anda miliki.

Pemimpin yang anda pilih melambangkan taraf pemikiran anda juga, bukan sekadar taraf kecerdikan pemimpin yang anda pilih sahaja. Apa tidak nya sekiranya pemimpin yang anda pilih itu adalah diklasifikasikan sebagai pemimpin yang cerdi dan bijak maka secara langsung individuu atau kumpulan uyang menyokong dan membuat pilihan adalah bijak dan cerdik sebagaimana pemimpin yang dipilih begitulah sebaliknya.

Fikir dan renungkan, nilaikan diri anda dimanakah kedudukan anda (cerdik dan bijak ataupun sebaliknya)

||Read More »

loading...