. Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

at Rabu, 12 Disember 2012[9:19 PG]

BESUT – Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. - Bernama

sapa yang tak kenal Allahyarham yang selalu muncul di kaca tv tatkala ramai yang menunggu pengumuman untuk berpuasa dan juga untuk hari raya,

Allahyarham juga sudahpun bersara pada tahun 2011 setelah memegang jawatan sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun, kini Allahyarham telahpun pergi meninggalkan kita.

sama-samalah kita doakan agar Allahyarham tenang dan ditempatkan di tempat-tempat orang beriman insyaallah..salam takziah kepada keluarga Allahyarham

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...