. Sekitar Hari Pertama Persekolahan - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Sekitar Hari Pertama Persekolahan

at Jumaat, 3 Januari 2014[9:12 PG]

3 Pengsan Pada Perhimpuna Pertama
SEREMBAN: Perhimpunan hari pertama persekolahan 2014 yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Wawasan, Seremban 2, di sini, pagi tadi menggemparkan kakitangan sekolah berkenaan apabila tiga murid tahun dua, tiga dan empat tiba-tiba pitam dipercayai kerana tidak bersarapan.

Guru besar sekolah itu Zakaria Abd Hamid dalam kejadian jam 8 pagi itu tiga murid terbabit pitam berikutan tidak bersarapan pagi tambahan pula berhimpit bersama 1,000 murid lain di dewan berkenaan ketika perhimpunan diadakan.

Katanya, bagaimanapun keadaan tiga murid terbabit kembali stabil selepas ditenangkan guru dan mereka dibawa ke kantin sekolah untuk bersarapan.

Muhyiddin tinjau hari pertama sekolah 

2 JAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis meninjau suasana hari pertama sesi persekolahan 2014 di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1), Putrajaya bermesra dan bertanya khabar dengan murid-murid serta ibu bapa di sekolah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meluangkan masa setengah jam meninjau suasana di kelas yang menempatkan murid Tahun Satu dan bilik terapi pendidikan khas di sekolah berkenaan.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Madinah Mohamad dan Guru Besar SK Presint 14 (1) Norihan Karim.

Tan Sri Muhyiddin berbual dengan murid orang kelainan upaya (OKU) Tahun Dua, Muhammad Irfan Fakhri Rosazman, ketika melawat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1), Khamis.

Sekolah berkenaan mempunyai 1,350 murid biasaa, 45 murid di lima kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran serta empat lagi murid di prasekolah pendidikan khas.

Norihan menyifatkan kunjungan Muhyiddin pada hari pertama persekolahan adalah satu sejarah di sekolah itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada timbalan perdana menteri…ini juga merupakan satu sejarah kepada saya sebagai guru besar di sekolah ini,” katanya kepada pemberita. 

Norihan berkata dalam perjumpaan dengan Muhyiddin, beberapa masalah di sekolah berkenaan turut dibincangkan termasuk mengenai akses capaian Internet dan pelaksanaan kokurikulum pada waktu pagi.

Menurut Norihan lagi, hari pertama persekolahan di sekolah itu berjalan lancar dengan 260 murid Tahun Satu mula menjalani program transisi selama tujuh hari bermula hari ini.

Muhyiddin kemudiannya turut melawat sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau pada 9.40 pagi disambut pengetua sekolah, Tan Loo Kee, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kapt Sam Abdul Mutalib Hassan dan Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 40 minit meninjau sekitar bilik darjah sekolah berkenaan. Beliau memasuki tiga buah kelas dan dilihat berinteraksi dengan pelajar serta guru yang sedang mengajar.

Tan selaku pengetua berkata kedatangan Muhyiddin memberi peluang kepada tenaga pengajar serta pelajar mengenali pemimpin yang disifatkan mesra murid itu dengan lebih dekat selain membangkitkan beberapa perkara berkaitan sekolah.

“Pada kesempatan ini, pihak sekolah melalui PIBG menyerahkan surat bagi memohon bantuan RM3 juta untuk membina bangunan baharu setinggi tiga tingkat serta menggantikan bumbung yang bermasalah ketika hujan,” katanya.

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel dibuka pada tahun 1946 dan beroperasi secara dua sesi. Ia mempunyai 44 orang guru dan 560 murid, 70 peratus daripadanya pelajar berbangsa Cina.-bnbbc.my
 
Baca juga entri berkaitan. Perbelanjaan Persekolahan.

Screen reader users, click here to turn off Google Instant.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...