. Bila Harga Naik... - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Bila Harga Naik...

at Jumaat, 3 Januari 2014[11:11 PG]

Tahun 2014 yang begitu mencabar dan penuh rintihan. Semua harga naik. Lepas satu... satu naik. Sampai terasa apa lagi yang naik. Kalau difikirkan turun, entah bilalah akan turun. Memang mustahil.
Mana tidak sedihnya kalau harga petrol naik, elektrik naik, tol naik, gula naik, tambang bas sekolah naik, cukai pintu naik, tambang LRT naik, air naik, astro naik dan ditambah pula dengan GST. Yang paling terkesan harga ais pun naik juga. Jika dilihat semuanya ini, adalah keperluan asas kita setiap hari. Rutin yang memang sukar diubah tetapi harus juga buat perubahan untuk mengurangkan perbelanjaan, terpaksa pentingkan dahulu keperluan dari kehendak.
Bayangkan dengan hutang pinjaman peribadi, rumah, kereta, kad kredit dan PTPTN lagi. Belum ditambah dengan perbelanjaan anak sekolah. Agak-agaklah rakyat Malaysia nanti jadi apa ya... Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja? atau kerja sampai mati?
Betul-betul kena jimat tahun ini, kalau tak... nanti duit gaji yang ada tidak dapat menampung perbelanjaan. Mulalah buat perancangan bajet yang teliti. Semoga kita semua sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

inilah burung paling bahaya dan di takuti di dunia

ini kelebihan lelaki memilih wanita yang tak suka ...

14 baju pengantin dodot

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...