Festival Belia Putrajaya 2015
Festival Belia Putrajaya kembali lagi. Kalau tahun
lepas Festival Belia Putrajaya 2014 diadakan di Presint 2 Putrajaya,
tahun ini Festival Belia Putrajaya 2015 diadakan di Dataran Gemilang,
Presint 4 Putrajaya. Festival Belia 2015 berlangsung pada 22 – 24 Mei
2015, dari 10.00 pagi – 10.00 malam. Semoga Festival Belia tahun ini
meriah macam tahun lepas. Ingat lagi tahun lepas seronok gila ke
Festival Belia Putrajaya. Banyak aktiviti menarik & booth-booth
untuk para belia.
Festival
Belia 2015 bertemakan Pameran Bakat, selaras dengan falsafah baru Rakan
Muda yang menggalakkan pembangunan bakat belia. Tahun ini menandakan
permulaan baru festival Belia yang akan dikendalikan oleh Rakan Muda.
Festival Belia kali ini juga mempunyai beberapa bakat terbaik Malaysia
yang akan ditampilkan sebagai mentor-mentor Rakan Muda di festival Belia
2015. Festival Belia Putrajaya 2015 telah dibahagikan kepada 5 zon
berdasarkan lima tema yang berlainan. Mentor-mentor Rakan Muda akan
ditempatkan di zon yang selaras dengan bakat mereka.
Jom kita tengok antara yang menarik di Festival Belia 2015.
Dan,
yang paling best, Festival Belia 2015 membawakan kepada anda penyanyi
lelaki kegilaan ramai tanah air iaitu Anuar Zain. Sila jangan meroyan ye
bila datang ke konsert Anuar Zain nanti. wahaha! Jangan lupa tick di
kalendar masing-masing pada 23 Me1 2015, 10.00 pm Anuar Zain akan
menghiburkan anda di Festival Belia 2015.
Rasanya
tak susah pun untuk korang ke tapak Festival Belia 2015 di Dataran
Gemilang, Presint 4. Betul-betul berhadapan Kementerian Komunikasi &
Multimedia Malaysia (KKMM). Dari Presint 2, pergi straight je. Nanti
jumpalah Dataran Gemilang itu. Biasa bila event gempak diadakan di
Putrajaya, mesti ada shuttle bas yang akan membawa anda terus ke Dataran
Gemilang dari Putrajaya Sentral (untuk korang yang nak naik bas).
Maklumat lanjut mengenai Festival Belia Putrajaya 2015, boleh terjah
media sosial diorang.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.