. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Antara Zaman Jahiliyah dan Kita

||Read More »

Kematian Ulama'

Mukaddimah
Kami pernah mencatat nama-nama sebahagian  besar para ulama yang masyhur di dunia kembali ke rahmatullah pada tahun 2014 yang lalu yang kami namakan buku tersebut sebagai Wada’ al-A’lam dengan maksud Selamat Tinggal Ulama dan kami slogankan dengan hilang permata Islam yang disegani pergimu tiada pengganti. Pada kali ini Bayan Linnas cuba mengupas isu para ulama yang kembali ke rahmatullah dan sikap kita sebagai umat Islam.
Kami namakan Bayan Linnas siri ini dengan “Kematian Ulama”. Semoga dengan kenyataan ini, kita mengasihi dan menghormati ulama disamping mendoakan kepada mereka sama ada yang masih hidup atau yang telah menemui Tuhan-nya.
Definisi Ulama
Sering kali kita dengar masyarakat mengelarkan seseorang sebagai ulama atau orang alim, kadang-kadang masyarakat sendiri keliru jika ditanya siapakah mereka yang dianggap ulama. Justeru dalam bab ini akan diterangkan pendapat ulama dan cerdik pandai berkenaan takrif ini.
Dinyatakan di sini dahulu pendapat Syeikh al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumait:
“Maka ilmu adalah punca dan sumber kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Ini kerana, sebesar-besar kedudukan pada hak anak Adam adalah kebahagiaan yang berkekalan di akhirat dan melihat wajah Allah serta menghuni syurga-Nya. Hal ini, tidak akan sampai kecuali dengan ilmu dan amal dan amalan tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali dengan segala kaifiyatnya berdasarkan ilmu.”
Justeru dalam bab ini akan diterangkan pendapat ulama dan cerdik pandai berkenaan takrif ini.
  • Ulama ialah yang mengenali syariat Allah, faqih dalam agama, beramal dengan ilmu, mengikut hidayah yang Allah kurniakan kepada mereka dengan hikmah.
  • Ulama ialah golongan yang Allah jadikan sebagai tiang kepada manusia untuk bersandar dan bergantung dalam permasalahan fiqh, ilmu urusan agama dan dunia, seperti kata al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan (3/327).
  • Ulama ialah ahli fiqh Islam dan fatwa berkisar daripada pendapat mereka di kalangan manusia yang mana mereka dikhususkan untuk istinbat hukum dan begitu prihatin dalam mendhabitkan qawaid halal daripada yang haram. Lihat I’lam al-Muwaqi’in (1/7).
Ulama ialah pemimpin agama yang telah mencapai kedudukan besar dengan sebab mereka berijtihad, sabar dan sempurna keyakinan, seperti firman Allah SWT:
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ 
Maksudnya: Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
 (Surah al-Sajdah: 24)
  • Ulama ialah golongan yang masyarakat dan umat ini belajar dan bertafaqquh dalam ilmu agama yang kemudian menyampaikan dakwah serta peringatan.
  • Ulama ialah petunjuk kepada manusia yang sentiasa wujud di sepanjang zaman untuk membela agamanya.
  • Ulama ialah ketua Jemaah yang diperintahkan kita beriltizam dengannya dan melarang kita daripada berpisah daripadanya.
Cukuplah mulianya para ulama berdasarkan kepada penyaksian ketauhidan bersama dengan Allah dan para malaikat adalah para ulama. Firman Allah SWT:
شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
Maksudnya: Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 (Surah Ali Imran: 18)
Persoalan seterusnya, bagaimana cara kita mengenali ulama? Antaranya ialah:
  • Dengan ilmu mereka.
  • Dengan kedalaman kaki mereka dalam bab syubhah sehingga dapat membezakan dengan jelas.
  • Mereka dapat diketahui melalui jihad dan dakwah mereka serta penggunaan masa mereka pada jalan Allah.
  • Mereka dikenali kerana kuat ibadat dan takutnya mereka kepada Allah.
  • Mereka dikenali dengan mulianya mereka daripada dikalahkan oleh dunia.
  • Ulama dikenali berdasarkan syahadah dan pengakuan guru-gurunya tentang ilmu. Dengan sebab itu, Imam Malik berkata: “Tidak sayugia seseorang merasa dirinya hebat dan berkeahlian sehingga ditanya kepada orang yang lebih alim daripadanya.”
Semoga dengan takrifan dan definisi serta pengenalan ulama ini maka sudah pasti masyarakat benar-benar akan mengenali dhawabit ulama sejati.
Tafsiran Hadis Ilmu Dicabut
Ismail bin Abi Uwais telah menceritakan kepada kami, berkata Malik, telah menceritakan kepadaku daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Abdillah bin Amru bin al-As R.Anhuma katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.” 
Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673)
Maksud mereka sesat kerana memberi fatwa kepada manusia dengan cara batil dan tanpa ilmu serta petunjuk yang sebenar. Sedangkan mereka menyesatkan manusia kerana mereka semua percayakan ulama tersebut. Justeru kesemuanya binasa
Tafsiran hadis di atas, antaranya:
  • Ilmu merupakan kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Ini menunjukkan betapa kita perlu memohon daripada-Nya supaya dikurniakan ilmu.
  • Cara ilmu dicabut ialah dengan kematian ulama. Justeru, hendaklah kita pelajari ilmu dari para ulama dengan cara bertalaqqi sebelum mereka meninggalkan kita. Ini kerana, ilmu tidak boleh diwarisi seperti mana harta, sebaliknya perlu dipelajari dan ditekuni dengan bersungguh-sungguh.
  • Kelebihan ulama dalam memberi petunjuk keimanan kepada masyarakat supaya masyarakat menjadi celik daripada sebarang kejahilan kerana kejahilan akan membawa bala kepada mereka yang jahil tanpa pegangan agama yang kukuh.
  • Seseorang itu haram mengeluarkan fatwa tanpa sebarang asas dan dalil yang kukuh jika menyalahi prinsip agama. Syarat mengeluarkan fatwa mestilah dengan berilmu, amanah, adil dan ikhlas semata-mata kerana Allah, bukan kerana yang lain daripada-Nya.
  • Keperluan mempelajari adab menuntut ilmu daripada para ulama agar ia benar-benar memberi kesan daripada yang lain. Penuntut ilmu hendaklah berakhlak dengan akhlak yang mulia dan menghindarkan sifat-sifat mazmumah.
  • Kematian ulama dianggap sebagai musibah yang besar kerana ulama adalah pewaris nabi dan pelita bagi umat ini. Untuk melahirkan ulama yang berwibawa dan mursyid ummah, memerlukan tempoh yang panjang dan tapisan yang tebal. Justeru, sedikit sahaja yang tergolong dalam golongan ulama rabbani yang berani menyatakan kebenaran dan berdakwah dengan penuh hikmah.
  • Perlu bagi kita memuliakan ulama dan mengasihi mereka. Ini kerana jalan yang ditunjuk kepada kita adalah jalan akhirat dengan cara ibadah yang sah serta iman yang benar. Justeru, amat wajar dikasihi dan dimuliakan mereka kerana ia termasuk suruhan Nabi SAW.
  • Antara tanda akhir zaman ilmu berkaitan agama dan kefahaman Islam akan berkurangan dengan kematian tokoh ulamanya, sebaliknya ilmu berkaitan teknologi dan perkembangan semasa semakin canggih dan begitu terkehadapan. Hal ini tidak pelik dengan banyak penemuan ciptaan terbaru dan terkini.
  • Ulama yang menjadi pewaris nabi amat perlu diberi penghormatan dan dimuliakan kerana peranannya yang cukup istimewa di sisi Allah. Menjadi keperluan kepada kita semua untuk mengutip seberapa banyak mutiara ilmu daripada tokoh seperti itu.
Imam al-Syafie berkata: Tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat, di samping ianya menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh.
Pujangga berkata: Ilmu pengetahuan mempunyai dua keuntungan. Pertama, kita mengetahui masalah pokok dan kedua, kita mengetahui di mana kita dapat menemui maklumat berkaitan hal itu.
Penulis menutup perbincangan ini dengan kenyataan daripada Sulaiman Rahimahullah yang berkata:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا بَقِيَ الأَوَّلُ حَتَّى يَتَعَلَّمَ الآخِرُ، فَإِذَا هَلَكَ الأَوَّلُ قَبْلَ أَنْ يَتَعَلَّمَ الآخِرُ هَلَكَ النَّاسُ
Maksudnya: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana masih kekal generasi pertama sehingga yang kemudian dapat mempelajarinya. Jika binasa generasi yang pertama sebelum dipelajari oleh generasi seterusnya, maka binasalah manusia.”
Ketika ditanya kepada Sa’id Bin Jubair Rahimahullah: “Apakah alamat binasanya manusia? Jawabnya: “Apabila para ulama mereka meninggal dunia.”
Kematian Ulama
Seperti yang dinyatakan ulama adalah pewaris para Nabi dan menjadi pelita kepada Ummah di mana ia menerangi dengan panduan taufiq dan hidayah daripada Ilahi. Ilmu dan hikmah yang dimilikinya sudah pasti amat berguna kepada Ummah agar mereka tidak terbelenggu dalam kejahilan yang menyebabkan mereka begitu jarak daripada petunjuk Ilahi.
Selepas hampir puluhan tahun para ulama mengutip mutiara ilmu dan kemudian mengajarnya kepada khalayak maka sudah pasti ia bukan semata-mata bentuk pengajaran tetapi tarbawi dan khuluqi turut disertakan sekali. Disamping itu, qudwah dan uswah yang baik dipamerkan agar benar-benar bersebati dalam masyarakat.
Kematian ulama adalah musibah besar kepada Ummah, kerana kebiasaannya manusia mampu menggantikan jawatan tetapi tidak mampu menggantikan ilmu, sikap dan nilai yang dimiliki oleh seseorang. Bacalah sejarah kita akan dapati ulama yang berpengaruh yang begitu terkesan pada jiwa orang kampungnya atau negerinya sudah pasti tidak dapat dicari ganti selepas kematiannya.
Pertama: Al-Quran
Firman Allah SWT:
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ۚ 
Maksudnya: Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya?
 (Surah al-Ra’d: 41)
Atha’ dan ramai ulama menafsirkan bumi kurang sedikit demi sedikit memberi maksud kematian para ulama dan hilangnya para fuqaha’.
Firman Allah SWT:
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ
Maksudnya: Demi bintang semasa ia menjunam.
 (Surah al-Najm: 1)
Imam al-Nasafi berkata: “Allah bersumpah dengan orang alim apabila ia meninggal dunia.”

Kedua: Hadis
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.”
Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673)

Ketiga: Athar
Dinyataka di sini beberapa hadis dan athar berkenaan dengan kematian para ulama.
Daripada al-Hasan, mereka (‘Aisyah, Ibn Mas’ud dan lain-lain) berkata:
مَوْتُ الْعَالِمِ ثُلْمَةٌ فِي الْإِسْلَامِ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ
Maksudnya: “Matinya seorang alim adalah seperti patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya sesuatu, walaupun bersilih ganti malam dan siang.”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1590), al-Bazzar (171), al-Darimi (333) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (1/317)

Daripada Abu Darda’ RA, berkata:
موتُ العالمِ مصيبةٌ لا تجبرُ، وثُلمةٌ لا تُسدُّ، ونَجمٌ طُمِسَ، موتُ قبيلةٍ أيسرُ من موتِ عالمٍ
Maksudnya: “Kematian seorang alim merupakan musibah yang tidak tertanggung dan patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya, seolah-olah bintang yang terpadam cahayanya dan mati satu qabilah atau kaum lebih ringan daripada mati seorang alim.”
Riwayat al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (1/206) dan al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis al-Dhaifah (4838)
Daripada Ali RA, berkata:
إِذَا مَاتَ العَالِمُ ثُلِّمَ فِي اَلإِسْلَامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang alim nescaya dipatahkan mercu tanda Islam yang tidak mungkin dapat ditampungnya oleh sesuatu hingga hari kiamat.”
Riwayat al-Syaukani dalam Fawaid Majmu’ah (287), al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ (1/105) dan al-Zurkani dalam Mukhtasar al-Maqasid (75)
Daripada Umar RA, katanya:
لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ
Maksudnya: “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim.”

Keempat: Pendapat Ulama
Daripada Abi Ja’far rahimahullah berkata:
مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا
Maksudnya: “Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadat.”
Riwayat al-Baihaqi (4/344) dan Abu Nu’aim (3/183)
Pernah ditanya kepada Sa’id Bin Jubair: “Apakah alamat binasanya manusia?
Jawabnya: “Dengan kematian para ulama mereka.”
Daripada nas dan kenyataan di atas, jelas menunjukkan kepada kita betapa ilmu, hikmah dan juga para ulama mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru apabila berlaku kematian ulama, maka sebenarnya cacatlah dunia ini dan umat manusia dengan terpadamnya pelita atau obor yang menyuluh kehidupan mereka.
Seperkara yang perlu diingati, kematian para ulama biasanya akan dirasai oleh generasi dan kehilangannya begitu terasa sehingga membawa kepada sebutan dan nostalgia yang indah tatkala wujudnya ulama tersebut di kalangan masyarakat. Ini kerana mereka diibaratkan seperti bintang dilangit yang mana ramai yang boleh menjadikan mereka pedoman seperti kata Abu Muslim al-Khaulani.
Semoga para ulama diberkati Allah dan ilmu mereka terlebih dahulu dapat diambil dan dikutip dari mulut mereka oleh generasi selepasnya agar kesinambungan ilmu bersilsilah.
Penutup
Sesungguhnya para ulama telah mewaqafkan kehidupannya untuk meraih ilmu sebanyak mungkin. Justeru tidak hairanlah mereka dikurniakan kedudukan yang cukup istimewa di sisi Allah SWT. Allah sendiri telah membuat satu pertanyaan:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah al-Zumar: 9)
Semoga dengan Bayan Linnas ini kita dapat menjadikan para ulama uswah dan qudwah (contoh) dalam beribadat kepada Allah dan juga menuntut ilmu serta menyebarkannya. Mereka adalah guru, murabbi, mursyid dan juga ustaziyatul ‘alam.
Pujangga pernah berkata: “Apabila seseorang guru memiliki tiga perkara sudah barang tentu akan sempurna nikmat kepada pelajarnya: Sabar, tawaddu’, dan akhlak yang baik. Apabila seseorang pelajar memiliki tiga perkara sudah barang tentu sempurna nikmat dengannya terhadap gurunya pula: Akal yang waras, adab, dan juga baik fahaman.
Inilah yang dinukilkan daripada Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin.
Harapan kami dengan kenyataan ini akan dapat melahirkan rasa cinta kita kepada para ulama Rabbani yang banyak memandu dan memimpin masyarakat dengan ilmunya yang disulami dengan taqwa dan iman yang kukuh.
Akhukum fillah,
SS. Datuk  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
13 Januari 2015 bersamaan 23 Rabiul Awal 1436

||Read More »

TGNA Dalam Kenangan (1931-2015)

Biodata Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :

1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Dengan izin Tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh Almarhum menuju penciptaNya tepat jam 9.40 malam 12hb Februari 2015.

Ya Allah, ampunilah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka. Alfatihah ... Aminnn

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/s480x480/10991370_887242144632494_7884758789760068521_n.jpg?oh=34b3fe96c5b8e5bc585209dad826ec65&oe=55607CDB&__gda__=1430996582_5d1c26e1ed09ea9bfc88f34dd410738a

||Read More »

Ciri-ciri Wanita Idaman

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri

||Read More »

Koleksi Gambar Yang Perlu Anda Lihat

Ilusi optik yang tercipta dari hasil Gambar selalu membuat kita berfikir beberapa kali sebelum akhirnya mengerti gambar sebenarnya. Mungkin sudah beberapa kali saya menghadirkan kumpulan Gambar bertema ini. Namun dengan bertambahnya koleksi baru, tak salah berkongsi kembali.

Yeh, kita akan selalu ketawa apabila menyedari Gambar yang sebenarnya. Selamat menikmati ...








||Read More »

Islam mendahului Barat konsep pengasingan kuasa


 
Sekiranya Faham Perlembagaan yang menetapkan prinsip pentadbiran atau dasar kenegaraan yang dianggap sebagai hasil atau sumbangan Barat dalam memartabatkan kemuliaan manusia, ia sebenarnya telah lama mendapat tempat dalam sistem pentadbiran Islam.


Sesungguhnya teori Faham Perlembagaan yang dikatakan diperkenal di Barat itu bukanlah suatu yang baharu dalam sistem pentadbiran Islam. Saya menyebut hal ini dalam bentuk perbandingan bukan untuk memenangkan sistem pentadbiran kenegaraan yang telah diamalkan dalam pemerintahan Islam, tetapi saya mahu menjelaskan bahawa ada prinsip yang diagungkan di Barat itu sebenarnya tidak asing daripada prinsip Islam. Ia juga bagi menolak pandangan sinis dan serong kepada sistem pentadbiran Islam. 

Minggu lepas saya telah menyentuh tentang prinsip Faham Perlembagaan dan pada minggu ini saya mahu menjuruskan perbincangan kepada elemen utama dalam konsep Faham Perlembagaan, iaitu prinsip pengasingan kuasa. 

Penghormatan kepada manusia

Walaupun tiada pengasingan kuasa pada awal permulaan pemerintahan Islam atau semasa pemerintahan Rasulullah SAW, tetapi ini tidak bermakna sistem pengasingan kuasa itu ditolak dalam sistem pentadbiran Islam. Sekiranya dirujuk kepada sistem pentadbiran Rasulullah SAW, sebagaimana juga dikehendaki dalam teori Faham Perlembagaan, tidak pernah meminggirkan kepentingan atau merendahkan maruah manusia. 

Pentadbiran Islam itu meletakkan keadilan dan penghormatan kepada semua manusia sebagaimana prinsip Islam sebagai rahmat seluruh isi alam cakerawala; Islam bukan hanya untuk orang Islam semata-mata kerana Islam adalah rahmatan lil-'Alamin. Tiadanya pengasingan kuasa ketika pemerintahan Rasulullah SAW adalah kerana kerasulan Baginda serta sifat amanah Baginda SAW yang tiada tolak bandingnya. Konsep pengasingan kuasa telah mula diperkenal ketika pemerintahan Umar Al- Khattab RA. 

Pengasingan kuasa perlu dilakukan ketika pemerintahan Khalifah Umar kerana berkembangnya geografi pemerintahan Islam dan penyeliaannya tidak mudah. Ia juga bagi memastikan pentadbiran yang licin dan sempurna serta, sebagaimana juga tujuan konsep itu diperkenal di Barat, bagi mengelak penyalahgunaan kuasa.

Sebagaimana terbukti dalam sejarah, Khalifah Umar RA banyak membuat pembaharuan pentadbiran. Ini yang dikenali sebagai Awliat-i- Umar atau permulaan, dengan erti pembaharuan yang dilakukan Khalifah Umar RA. Pemerintahan Khalifah Umar RA yang juga dikenali sebagai 'Golden Age' itu antara lain telah membuat perubahan besar kepada sistem kehakiman. Badan Kehakiman dalam struktur pengasingan kuasa menjadi satu badan yang bebas. Dan, kebebasan kehakiman boleh dikatakan sebagai inti pati kepada konsep pengasingan kuasa. 

Badan kehakiman bebas pengaruh

Dalam konteks perbincangan teori Faham Perlembagaan sebagaimana faham Barat, badan kehakiman ketika pemerintahan Umar RA telah dipisahkan daripada pihak eksekutif dan legislatif. Ini menjadikan badan kehakiman itu bebas daripada pengaruh kedua-dua pihak. 

Bukan itu sahaja, badan kehakiman semasa pemerintahan Khalifah Umar RA telah terbukti bebas dengan tindakan Umar RA sendiri yang mengarahkan hakim supaya menjalankan tugas mereka tanpa membezakan mana-mana pihak, hatta khalifah, iaitu Saidina Umar sendiri. Sering kali disebut dalam buku sejarah dan perbahasan berkaitan pentadbiran serta perundangan Islam, Khalifah Umar RA pernah menegur hakim yang memberikan perhatian istimewa kepadanya kerana statusnya sebagai khalifah. 

Walaupun adakalanya Saidina Umar sendiri bertindak sebagai hakim, garis panduan mengenai keadilan sangat jelas. Antara bukti yang paling jelas ialah surat yang telah ditulis oleh Khalifah Umar RA bagi memberi garis panduan kehakiman, termasuk juga prinsip kebebasan kehakiman, kepada Abu Musa al- Ashari ketika melaksanakan tugasnya sebagai hakim. Kebebasan badan kehakiman ketika pemerintahan Umar RA juga sangat jelas dengan sediaan gaji yang tinggi kepada hakim. Gaji yang tinggi juga antara elemen penting di bawah konsep kebebasan kehakiman dalam Faham Perlembagaan. Ini bagi mengelak penerimaan rasuah oleh kerana kedudukan tinggi dan kuasa yang besar hakim.

Sekiranya kita begitu ghairah dengan konsep Faham Perlembagaan acuan Barat, adalah amat elok untuk kita kembali meneliti dalam sejarah pemerintahan Umar al-Khattab RA, pencetus kepada sistem pemerintahan moden yang juga mengetengahkan prinsip Faham Perlembagaan. Cuma, mungkin yang membezakan sistem pemerintahan Islam dan Faham Perlembagaan ialah teori dalam nilai politik Islam yang meletakkan tiga tonggak, iaitu prinsip ketuhanan, kerasulan dan pewaziran atau khilafah.

||Read More »

Tahukah Anda? Inilah 6 Wanita Tercantik Yang Menjadi Fenomena Laman Sosial Pada Tahun 2014


Sesiapa sahaja boleh jadi terkenal kalau mereka jadi viral di media sosial. Sebagaimana yang berlaku kepada 6 wanita dibawah yang jadi cukup popular di media sosial sepanajang tahun 2014.

Memetik sumber info di blog INI, disenaraikan 6 wanita cantik yang bukan dari kalangan selebriti dalam bidang seni yang menjadi popular di internet kerana perkongsian pengguna-pengguna di media sosial sepanjang tahun lepas. Mereka adalah Sabina Altynbekova, Katya Lischina, Natalia Poklonskaya, Yan Jiajun, Noor Hafizah Mohd Idrus dan Nurul Habibah.

Kenapa mereka jadi popular? Jom baca selanjutnya info dibawah:

1 – Sabina Altynbekova



Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Women’s Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014. Sabina Altynbekova, 18, adalah seorang pemain bola tampar yang sangat jelita dari Kazkhstan. Oleh kerana wajah dan badannya yang cantik, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekovakini kini mempunyai 370 ribu pengikut di Instagram.

2 – Katya Lischina


 Walaupun gadis yang berusia 21 tahun yang berasal dari Rusia ini terkenal dengan nama Katya Lischina, ada juga yang mengatakan nama sebenarnya adalah Liraley Ketskatya. Gambar-gambar Katya Lischina mula menjadi viral di laman 9gag dan menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut. Katya Lischina mempunyai satu fanpage di Facebook yang mempunyai peminat seramai hampir 80 ribu.

3 – Natalia Poklonskaya



Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia yang menjadi terkenal kerana wajahnya yang cantik. Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014. Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime sehinggakan banyak lukisan wajahnya dalam bentuk anime timbul di internet.

4 – Yan Jiajun



Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China. Yan Jiajun adalah seorang tentera di China dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China. Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman Singapore Seen.

5 – Noor Hafizah Mohd Idrus



Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Airasia yang menjadi popular bukan sahaja kerana wajahnya yang cantik, malah kerana bidang kerjanya sebagai seorang juruterbang. Mungkin kerana bertudung, ramai yang memuji Hafizah kerana masih lagi menjaga aurat walaupun dia memiliki rupa paras yang cantik. Hafizah mula menjadi popular di Facebook apabila beberapa gambarnya yang diambil didalam dan diluar kapal terbang tersebar.

6 – Nurul Habibah



Nurul Habibah adalah seorang anggota polis jelita dari Indonesia yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi oleh orang ramai di media sosial. Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.

||Read More »

loading...