. Archive Untuk Januari 2012

Perkhidmatan Awam Perlukan Anjakan Paradigma

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi titik hitam kepada JPA sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab merancang dan menguruskan sumber manusia perkhidmatan awam Malaysia. SBPA sejak dari pelancarannya penuh dengan kerahsiaan dan ketidak seimbangan dalam pelarasan gaji, kekananan (senioriti).

Sejak dari pendedahannya secara rasmi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2011. Banyak persoalan dan harapan beransur musnah. JPA yang bertanggungjawab terhadapnya tidak lagi dilihat mampu bertindak sebagai sebuah agensi yang profesional dari segi pelarasan gaji, susunan kekananan oleh Kesatuan-kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam yang bernaung di bawah CUEPACS. Cuepacs dari awal lagi membantah penerimaan SBPA atas pelbagai sebab dan alasan mungkin ada sesetengahnya bersifat peribadi dan sesetengahnya bersifat komuniti. Namun apa jua sebabnya, SBPA sememangnya satu penipuan dan penganiayaan terhadap Penjawat Awam seluruh negara.

Alhamdulillah, kerana krisis dan pertelingkahan dan mungkin jua atas sebab kepentingan politik dan jua Pilihanraya Umum ke-13, Perdana Menteri Malaysia sebagai Ketua Eksekutif persekutuan Malaysia melalui kabinet menangguhkan pelaksanaan SBPA sehingga semua isu dan ketidak puas hati Penjawat Awam dapat diselesaikan. Ketua Setiausaha Negara telah diarahkan untuk membentuk pasukan petugas untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul dan isu yang perlukan penyelesaian. Pasukan ini diberikan masa selam dua bulan untuk mengumpulkan isu yang berbangkit serta menyelesaikannya (sebelum Pilihanraya).

Untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan, maka pasukan ini perlu meninggalkan budaya kerja perkhidmatan awam yang sedia ada dimana mereka ini perlu melihat permasalahan ini dari pelbagai sudut (point of view) bukan hanya melihat dimana mereka ini berada dalam perkhidmatan awam. Selalunya apabila kita melihat sesuatu subjek atau objek dari satu sudut pandangan, kita tidak akan dapat melihat beberapa titik yang dinamakan titik buta kerana keselesaan yang diperolehi daripada kedudukan iaitu sudut pandangan.

Sudah masanya perkhidmatan awam, di Malaysia mempunyai pemimpin yang mampu melihat sesuatu objek dan subjek dari pelbagai pandangan dan harus diingat bahawa, sekiranya mereka yang dilantik untuk melihat perkara ini terdiri daripada satu kumpulan perkhidmatan, maka sudut pandangannya agak sama cuma mungkin bentuknya, saiz dan dimensinya yang berbeza. Sekiranya objek itu dilihat oleh kumpulan perkhidmatan berbeza maka objek itu sendiri akan kelihatan berbeza. Sebagai contoh gaji, bagi kumpulan P&P, memang wajar kumpulan pelaksana diberikan gaji yang sedikit setimpal dengan tanggungjawab yang mereka tanggung. Namun sekiranya dilihat oleh kumpulan sokongan maka, akan difikirkan bagaimana untuk membesarkan anak, menyara keluarga. Sedangkan dalam sesebuah organisasi, sesuatu projek yang dilaksanakan tidak akan menghasilkan keputusan dan kejayaan yang dirancang sekiranya tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada kesemua ahli dalam organisasi berkenaan.

Hal ini pernah berlaku dalam sebuah konglomerat Negara yang gah dimana pekerja bawahan tidak diiktiraf atas pencapaian organisasi berkenaan sedangkan mereka juga menyumbangkan tenaga, idea dan masa ki atas kejayaan organisasi berkenaan. Kerana hal ini jugalah, mereka yang berada didalam organisasi berkenaan merasakan mereka tidak diperlukan dan segala usaha, idea mereka tidak diendahkan. Mereka ini akhirnya menjualkan idea mereka ke organisasi luar yang memperolehi manfaat daripada idea yang dikemukakan.

Kita bersusah payah untuk mengundang dan menjemput pakar-pakar tempatan yang ada diluar negara untuk kembali ke Malaysia dan memberikan perkhidmatan di Malaysia melalui penubuhan Talent CORP dengan kos yang tinggi. Namun sedangkan dalam perkhidmatan awam kita melupakan mereka yang berpengalaman bertahun-tahun malahan kita tidak pernah menilai mereka ini sebagai sebuah super komputer yang selayaknya mendapat sedikit perhatian dalam pentadbiran negara.

||Read More »

Rahsia Tayar Anda

Hari Ahad (18-Mei-2008) lepas, saya dan isteri telah ke sebuah kedai di Jalan Kelang Lama untuk menukar tayar kereta (kereta kenari) yang sudah 3 tahun tidak bertukar. Sebelum itu...

||Read More »

SARA 1 Malaysia

Tinjauan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping...

||Read More »

SBPA - Satu Konspirasi

SBPA – satu sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, satu sistem yang diperkenalkan kepada umum oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan Tahun 2012. Sejak dari itu SBPA mendapat pelbagai tanggapan dan merupakan satu harapan menggunung penjawat awam di seluruh negara dan yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Dalam pembentangan Belajawan 2012 oleh YAB PM itu mengatakan

“FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM

Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus…”

Walaubagaimanapun, setelah SBPA secara rasmi di beritahu kepada umum melalui Pekeling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011, semua tanggapn dan harapan menggunung para penjawat awam jauh meleset daripada apa yang pernah diimpikan dan dimimpikan oleh penjawat awam di seluruh negara.

Setelah SBPA menjadi satu kegagalan yang amat memalukan kepada JPA sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab merangka dasar pembangunan dan pengurusan sumber manusia. SBPA merupakan satu titik hitam kepada sebuah agenti pusat yang berprestij. SBPA ditolak, dikritik dan pelbagai lagi penentangan terhadapnya berlaku. Dan disaat-saat akhir pelaksanaannya Perdana Menteri menjadi penyelamat kepada satu keadaan yang genting dengan menangguhkan pelaksanaan SBPA dengan mengkebelakangkan tarikh kuat kuasa dan KSN diarahkan untuk menubuhkan satu mekanisma untuk mengkaji semula SBPA dalam masa 3 bulan sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah penerimaan SBPA dan memuaskan hati penjawat awam.

Dari pembentangan SBPA dalam pembentangan Belanjawan 2012, umumnya telah tahu atau tidak tahu bahawa PM sememangnya telah tahu akan gaji yang bakal diterima oleh penjawat awam di Malaysia…

... Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;…

Menurut perlembagaan Malaysia, pentadbiran Malaysia merangkumi tiga badan yang diketuai oleh YDP Agong iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman. Oleh itu sebagai ketua kepada Badan Eksekutif beliau merupakan ketua kepada perkhidmatan awam Malaysia.

Dalam suasana politik negara yang tidak begitu stabil, dimana sokongan pengundi secara keseluruhannya terbahagi kepada satu titik keseimbangan iaitu, bilamasa sahaja kerajaan yang memerintah boleh bertukar. Mustahil kepada Perdana Menteri tidak mengetahui akan perancangan dan maklumat sebenar mengenai SBPA, namun begitu SBPA tetap dilaksanakan oleh JPA. Namun setelah mendapat tentangan dari penjawat awam PM menjadi hero dengan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan dikaji semula sehingga memuaskan hati penjawat awam.

Ini akan meningkatkan populariti PM sebagai seorang yang mendengar dan berupaya untuk mendapat sokongan di atas apa yang telah dilakukannya.

Jelas bahawa, SBPA merupakan satu conspirasi untuk menaikan nama DS Najib dimata penjawat awam seluruh negara. Kita semuanya tahu bahawa, penjawat awam adalah pengundi dan ia merupakan satu cagaran kepada mana-mana pemimpin dunia untuk mengadakan pilihanraya terutamanya Malaysia yang bakal mengadakan Pilihanraya Umum ke-13 dalam masa terdekat. Dengan ujudnya dan terciptanya keadaan ini, sokongan penjawat awam tang telah terbahagi dan meragui kepemimpinan PM menjadi semakin kuat dan ini akan menambahkan keyakinan PM untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya.

Janganlah kita tertipu dengan keadaan ini, sesungguhnya dengarlah kata hati anda.. usahlah dilihat dan dipandang apa yang dilakukan oleh PM ini sebagai satu usaha murni untuk menolong dan membantu menjernihkan suasana, fikirkanlah ini dari aspek DS Najib sebagai ahli politik…

Setiap usaha yang dilakukannya merupakan satu tanggungjawab yang perlu dan mesti dipikul olehnya, bukannya menjadi kelebihan bagi dirinya sebagai seseorang yang menyelamatkan keadaan bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air, tatapi penyelaman beliau adalah penyelaman yang terancang dan dirancang untuk meningkatkan tahap sokongan terhadapnya.

Tanamkan kefahaman ini juga dalam minda anda semua, seseorang jeneral atau panglima tidak akan mengistiharkan perang sekiranya keadaan dan situasi tidak menyebelahinya. Pelbagai persediaan dijalankan untuk memenangi peperangan. Strategi perang dibentuk, angkatan disusun, dan semua ini persediaan tidak akan lengkap tanpa propaganda dan penipuan untuk mengelirukan musuh dan rakyat sesebuah negara yang akan terlibat dalam peperangan. Inilah yang dipanggil sebagi pengalih tumpuan. Seperti mana yang dilakukan oleh angkatan bersekutu pada perang dunia ke 2 untuk mengalahkan Jerman. Dan juga perang teluk 1990.

Teknik ini dikenali sebagai serangan tepi, dimana musuh diumpan ketitik yang dicipta sebagai titik serangan sedangkan itu hanyalah umpan, musuh diumpan ketitik pembohongan dan pergerakan ketitik serangan sebenarnya dilakukan secara rahsia dan penuh berhemat untuk mengelakkan kebocoran teknik dan titik serangan sebenarnya. Setelah titik serangan ditumpaskan, serangan dilakukan secara asakan dari belakang dimana musuh akan kehilangan bantuan dan titik tumpuan perang kerana diserang dari pelbagai arah.

Syabas diucapkan kepada PM kerana berjaya memperbodohkan semua demi untuk memenuhi matlamat perjuangan karier politiknya. Inilah hakikat yang perlu difahami oleh semua.

Oleh kerana PRU adalah begitu hampir maka persediaan perlu dilakukan, dan inilah antaranya yang dilakukan untuk meraih sokongan pengundi.

||Read More »

Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam - Atas dasar politik

SHAH ALAM -  Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.
Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.
Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.
Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.
"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.
Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.
Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.
SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.
Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.
Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."
Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.
"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.
Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.
Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.
Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.
Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.
Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.
Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.
Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.
Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.
Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.
“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.
Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

||Read More »

Penjawat Awam Akan Menerima Gaji SBPA Januari 2012

KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)....

||Read More »

Superb Best GPS 4GB Camera Vin Wireless BT opt FM GPS 3D Notebook

Now at ONLY RM 450.00.General Specifications:Performance High sensitivity engine acquires at -160 dBm and tracks to -163 dBm High performance on-chip LNA with 1.6 dB noise figure 6~8 dB...

||Read More »

SBPA–PP 13/2011

Tahniah kepada guru-guru Malaysia selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 13 tahun 2011. Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) telah menyepadukan 2 skim perkhidmatan iaitu skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD).
Dengan pelaksanaan SBPA yang menyediakan laluan kemajuan kerjaya PPP yang lebih baik berbanding dengan PPPS dan PPPLD. Skim perkhidmatan PPP ini merupakan satu penambahbaikan kepada Perkhidmatan Pendidikan yang sedia ada bagi menjayakan satu daripada agenda pembangunan negara melalui salah satu daripada NKRA dalam GTP. Melalui program ini, para pendidik diberi pengiktirafan oleh Kerajaan ke atas kepentingan peranan dan tanggungjawab dengan memperkenalkan Bayaran Insentif Tawaran Baru dan Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi Tinggi.
Justeru itu, dalam SBPA perkhidmatan pendidikan ditambah baik lagi dalam usaha melonjakkan martabat profesion keguruan dan kualiti guru selaku tonggak dalam membina dan memupuk modal insan yang mampu mendepani cabaran mendatang.
Walaupun dengan penambahbaikan yang begitu baik berbanding perkhidmatan lain yang ada, masih ada ketidakpuas hati dikalangan penjawat awam dalam skim perkhidmatan PPP. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Berbalik kepada isu utama yang ingin di ketengahkan disini, layakkah mereka ini mendapat penambahbaikan yang sedemikian rupa? Berbaloikah dengan setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada mereka? Adakah mereka ini seorang pendidik atau cuma selayaknya digelar pengajar? Tentunya anda semua bertanya-tanya apakah perbezaan antara pengajar dan pendidik? Itulah permasalahan yang cuba dikupas. Pengajar dan pendidik mempunyai makna yang hampir sama tetapi maksud yang perlu difahami adalah jauh lebih daripada itu, dimana perbezaannya begitu jauh umpama langit dan bumi.
Rata-rata pada hari ini, semua guru yang ada tidak kira disekolah menengah ataupun rendah semuanya hanya boleh diklasifikasikan sebagai pengajar. Dimana, setiap hari mereka datang kesekolah mengajarkan beberapa subjek (matapelajaran) kepada murid dan dan mereka dibiarkan seperti layang-layang yang terputus talinya. Mungkin ilmu yang disampaikan boleh membawa mereka ke menara gading dengan pencapaian yang gilang gemilang, namun pengisiannya kosong. Itulah yang berlaku sekarang. Rujuk beberapa kes dan kejadian yang melibatkan genius yang pernah ada yang pernah mendapat keputusan flying colours di peringkat SPM, PMR namun apabila berdepan dengan dunia yang lebih luas dengan cabaran yang lebih besar mereka ini tersungkur kerana tiada pengisian iaitu mereka tidak dididik dengan sempurna.
Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan bukannya pengukur kepada didikan yang mereka terima, ukuran tahap pendidikan mereka adalah cabaran yang bakal dan akan mereka tempohi dalam kehidupan mereka. Pada hari ini banyak kita dengar individu yang berpendidikan tinggi yang tinggi statusnya dalam pendidikan terlibat dengan Rasuah, Penyalah Gunaan Dadah dan Gejala Sosial yang lain. Mereka ini tidak didik dengan sempurna tetapi mendapat pengajaran dari ilmu yang menreka pelajari.
Maka perlu difahami bahawa Pendidik dan Pengajar adalah dua perkara yang sama dengan maksud yang begitu jauh perbezaannya. Selaras dengan itu, adakah mereka ini layak untuk mempertikaikan akan penambahbaikan yang diperolehi oleh mereka dengan pelaksanaan SBPA ini sedangkan apa yang terkandung dalam SBPA adalah jauh lebih baik daripada apa yang patut mereka perolehi dengan kelas mereka sebagai pengajar.
Oleh kerana itu jugalah Kementerian Pendidikan ditukar kepada Kementerian Pelajaran kerana memandangkan kepada hasil yang tercipta adalah mereka yang tidak berpendidikan tetapi berpelajaran.

||Read More »

PRU13

Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) is just around the corner. Are You Ready? Pilihanraya adalah satu medium untuk meluahkan kuasa rakyat iaitu pengundi untuk memilih pemimpin yang akan menerajui pemerintahan atau sekurang-kurangnya mewakili rakyat dalam perbahasan undang-undang di Parlimen. Di Malaysia, terbahagi kepada dua kerusi yang dipertandingkan dalam setiap PRU iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen

Kerusi dun dipertandingkan untuk mengetahui pihak manakah yang akan mentadbir sesebuah negeri di Malaysia, manakala kerusi Parlimen adalah untuk menentukan pentadbiran Malaysia. Tahukah kamu kamu boleh memilih untuk mengundi pada satu pihak atau membahagikan undi kepada dua iaitu satu untuk kerusi dun dan satu untuk kerusi parlimen. Ini bermakna anda boleh mengundi satu pihak untuk dun dan satu pihak lagi untuk parlimen. Sekiranya kedua-dua pihak boleh menguntungkan anda dan anda tersepit untuk membuat pilihan lakukanlah seperti di atas.

Parlimen Malaysia terbahagi kepada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Dewan Rakyat diwakili oleh ahli parlimen iaitu individu yang memenangi kerusi parlimen yang dipertandingkan, manakala Dewan Negara diwakili oleh senator yang dilantik. 

Seorang menteri dalam kerajaan Malaysia boleh diperolehi melalui dua cara iaitu Pilihanraya (ahli parlimen) dan Senator (jalan belakang).

Abaikan sebarang maklumat mengenai Badan Perundangan di Malaysia iaitu parlimen. Jom kita lihat skop yang lebih luas apa itu PRU. PRU akan menentukan siapakah yang akan mewakili kita tidak kira dun ataupun parlimen kerana kedua-duanya adalah penting demi masa depan negara yang kita cintai. Tapi sebelum kita boleh bercakap mengenai PRU, adakah anda telah mendaftar sebagai Pemilih melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) badan induk yang menguruskan semua pilihanraya di Malaysia. Sekiranya anda berusia 21 tahun atau ke atas pada tarikh semasa, segeralah mendaftar sebagai pemilih dengan membawa kad pengenalan ke mana-mana pejabat SPR terdekat.

||Read More »

Ahmad Albab

Tentunya kita semua amat familiar dengan tajuk ini. Siapa yang tak tahu tentunya bukan dari Malaysia, Tanah Melayu dan Serantau. Sebuah cerita komedi yang dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee, seorang seniman agong yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau bukan sahaja meninggalkan legasinya sebagai seorang penghibur yang versatile (serba boleh) tetapi melalui karyanya juga diselitkan pengajaran agar kita dapat dijadikan panduan kepada kita semua. Hidup Beliau begitu dhaif dan dikatakan beliau amat suka bersedekah sehinggakan tidak tinggal sesenpun duit untuk kegunaan dirinya sendiri. Beliau pergi meninggalkan kita tanpa harta, yang ada cuma kenangan-kenangan yang boleh mengingatkan kita kepada beliau. Beliau mampu membuatkan kita ketawa tanpa henti dengan bersahaja. Setiap karyanya diselitkan unsur-unsur pendidikan untuk mendidik penonton melalui komedinya, Kehilangannya adalah satu kerugian kepada industri perfileman negara.

Berbalik kepada tajuk di atas. Kenapa saya memilih untuk membincangkan tentang cerita komedi ini? Dalam keseluruhan cerita ini begitu banyak pengajaran yang boleh diperolehi darinya, dari sekecil-kecil perkara yang remeh sehingga sebesar-besar perkara dalam kehidupan ada diselitkan didalamnya.

Antaranya adalah seperti watak penghulu yang menerima komisen diatas setiap apa yang dilakukannya untuk membantu orang kampung. Apa yang anda dapat fahami dalam watak berkenaan. Ianya melibatkan pemimpin yang sentiasa mendapat faedah walaupun ianya merupakan tanggungjawabnya untuk membantu rakyat begitulah dengan kehidupan kita sehingga ke hari ini, perasankah anda?

First Impression adalah satu lagi unsur yang cuba diselitkan dalam komedi ini. Kita tidak harus menilai dan menghina seseorang melalui pemakaian dan rupa yang ditampilkan olehnya. Mungkin orang yang dihina dan buruk penampilannya lebih mulia dan berharta dari kita sendiri cuma dirinya yang tidak suka bermegah kerana sedar semuanya dari Allah.

Mari kita renungkan dialog ini dalam komedi tersebut;

“Kekayaan, kebahagian rumah tangga semuanya datang dari Allah bukannya dari Ayahanda”

Fahamilah maksud yang tersirat didalamnya, tidak kira siapapun dalam dunia ini kita harus yakin bahawa segalanya adalah dari Allah dan berlaku dengan pengetahuan dan izinnya.

||Read More »


insurance premium hike in line with bnm s interim ...

allahuakbar baru baru ni ada laporan matahari terb...

nasib ahli perniagaan didakwa pukul pengawal perib...

pmx maklum mahb diserang penggodam tuntut wang teb...

ap centro club a modern clubhouse redefining commu...

ustazah asma denies abandoning mcd s boycott claim...

aktif libatkan diri sertai ngo

here s how we re helping developers build safer an...

nike ardilla sandiwara cinta chord

torpedo found on east coast beach raises concern s...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...