2013 Crossover SUVs: New and Updated
With so many 2013 crossover SUVs to choose from, picking the right one can be hard. To help you stay in tune with the latest updates, we've listed...
Posted on |Filed under Automotif,Permotoran|Read More »
Microsoft launches Office 2013 software suite
Microsoft has launched a new version of its Office software suite. Word, Excel, Powerpoint and Outlook have been redesigned to work better with touch-screen-controlled computers. They also integrate the...
Posted on |Filed under Teknologi|Read More »
Bila dah banyak DUIT

Assalamualaikum...Manusia ni bila terlalu banyak sangt duit mesti dia sampai tak tahu nak buat apa.. bila tak tahu nak buat apa dia mula la buat benda2 yang tak penting.....
Posted on |Filed under Just Sharing|Read More »
Soo Wincci dari Ratu ke Pereka
Kegilaannya terhadap kerja memberi lebih ruang buat bekas Ratu Cantik Malaysia 2008, Soo Wincci untuk berkarya, bukan setakat menyanyi, menari dan berlakon, wanita jelita ini turut berjinak-jinak dalam...
Posted on |Filed under Hiburan|Read More »
Ayah berhati setan
Kangar: Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan...
Posted on |Filed under Sosial|Read More »
Baca al-Quran bantu lebih fokus
Kota Bharu: “Amalan membaca al-Quran, berpuasa sunat dan solat hajat membantu saya lebih fokus serta tenang menghadapi peperiksaan,” kata pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Wardah Mat Ali,...
Posted on |Filed under Tips & Petua|Read More »
Malu payudara terlalu kecil
SAYA berumur 23 tahun dan haid saya datang tepat setiap bulan.Saya berbadan kurus dengan berat 43 kilogram. Masalahnya, payudara saya terlalu kecil (rata) sehinggakan saya sangat malu. Saya ada...
Posted on |Filed under Kesihatan|Read More »
Peluang hamil 5 kali ganda
Saya berkahwin pada pertengahan 2010 dan kini berumur 27 tahun. Saya sudah menjalani semua ujian kesuburan termasuk ujian darah, ujian tiub follopio dan rahim termasuk air mani. Alhamdulillah, doktor...
Posted on |Filed under Kesihatan,Pregnancy|Read More »
Hidup Penuh Pilihan
"Aku memanggil langit dan bumi menjadi saksi terhadap kamu pada hari ini: kepadamu kuperhadapkan kehidupan dan kematian, berkat dan kutuk. Pilihlah kehidupan, supaya engkau hidup, baik engkau maupun keturunanmu"...
Posted on |Filed under Just Sharing|Read More »
Awalan ‘Ter’
Awalan ter- ialah awalan asli bahasa Melayu. Awalan ter- ini dapat digabungkan dengan kata dasar daripada pelbagai golongan kata utama (kata nama, kata kerja dan kata adjektif) bagi membentuk kata kerja terbitan.
Misalnya, daripada kata nama buku, dayung, nama, paku dan pelajar terbitlah kata kerja terbuku, terdayung, ternama, terpaku, dan terpelajar. Daripada kata kerja transitif ambil, beli, makan, pukul dan suruh lahir kata kerja terambil, terbeli, termakan, terpukul, dan tersuruh. Kemudian, daripada golongan kata kerja tak transitif baring, duduk, diam, jatuh dan sandar, terbit kata kerja terbaring, terduduk, terdiam, terjatuh dan tersandar.
Daripada kata adjektif baik, cantik, masyhur, pandai dan tinggi, terbit kata kerja terbaik, tercantik, termasyhur, terpandai, dan tertinggi.
Kata kerja (KK) dengan awalan ter- terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif itu pula terbahagi kepada dua bentuk lagi, iaitu kata kerja transitif aktif, dan kata kerja transitif pasif.
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek atau penyambut, dan objek atau penyambut itu hendaklah terdiri daripada frasa nama.
Peraturan ini samalah seperti objek yang mengikuti kata kerja transitif aktif berawalan me-. Perhatikan ayat-ayat yang berikut ini:
1. Ruslan terbaca buku yang tebal itu.
2. Adik termakan lauk yang pedas ini.
3. Ramlah membaca majalah Dewan Siswa.
4. Pembinaan pangsapuri itu telah memakan masa dua tahun.
Kata-kata buku dan lauk dalam ayat 1 dan 2 ialah objek kata kerja terbaca dan termakan, sementara Dewan Siswa dan masa satu tahun dalam ayat 3 dan 4 ialah objek kata kerja berawalan me-, iaitu memakan dan membaca. Semua objek yang berkenaan terdiri daripada frasa nama belaka.
Demikianlah persamaan yang terdapat antara kata kerja transitif aktif berawalan ter- dengan kata kerja transitif aktif berawalan me-.
Dalam bahasa Melayu juga, ada kata kerja yang terhasil daripada gabungan kata dasar dengan imbuhan ter- berfungsi sebagai kata kerja ayat pasif.
Contoh:
5. Kulit pisang itu terpijak oleh Razid.
6. Pasukan bola baling sekolah tertewas oleh pasukan pelawat.
Dalam ayat-ayat di atas, unsur pasif dinyatakan melalui struktur kata kerja berawalan tertewas oleh pasukan pelawat.
Dalam ayat pasif ini, struktur oleh + frasa nama membawa maksud pelengkap pelaku, iaitu yang menerima akibat sesuatu perbuatan.
Kadang-kadang seluruh struktur oleh + frasa nama digugurkan, meninggalkan susunan ayat dengan kata kerja berawalan ter- sahaja, tetapi disedari bermaksud pasifnya kerana makna yang tergambar, iaitu yang sedia dan telah sempurna jadinya. Contoh:
7. Pakaian seragam itu terpakai di sekolah kami.
Berasal daripada ayat “Pakaian seragam itu terpakai oleh kami di sekolah kami."
Kata kerja tak transitif dengan awalan ter- pula ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, tetapi dapat diikuti oleh pelengkap. Contoh:
8. Mohamad terduduk setelah mendengar berita itu.
9. Pekerja kontrak itu tersandar di tiang bangunan.
10. Murid-murid terdiam apabila dimarahi pengetua.
Ungkapan setelah mendengar berita itu (ayat 8), di tiang bangunan (ayat 9), dan apabila dimarahi pengetua (ayat 10) ialah pelengkap kepada kata kerja terduduk, tersandar dan terdiam.
Demikianlah huraian tentang awalan ter- dalam bahasa Melayu yang membentuk kata kerja terbitan. Anda harus berhati-hati sewaktu menggunakan ayat yang berawalan ter- kerana adakalanya ayat itu berbentuk aktif, dan ada ketikanya pula berbentuk pasif.
Posted on Rabu, 30 Januari 2013|Filed under Bahasa Melayu|Read More »
Lamb Chop
BAHAN-BAHAN:1kg daging kambing6 sudu makan kicap manis1 sudu makan garam2 sudu makan serbuk lada hitamSos Lada Hitam:6 sudu makan mayonis3 sudu makan kicap manis2 sudu makan serbuk lada hitamCARA...
Posted on |Filed under Daging,Resepi,Western|Read More »
Mahu Cantik atau Sakit?
MEMANG benar, kasut bertumit tinggi pelengkap gaya seseorang wanita. Selain rekaannya yang cantik, kasut tumit tinggi membuatkan wanita berdiri dengan gaya menawan berbanding berkasut rendah. Malah ia menambah sentimeter...
Posted on |Filed under Kecantikan,Kesihatan|Read More »
Bersanding

HUKUM NYA : HARAM JIKA PENGANTIN TIDAK TUTUP AURAT, TAK SEMBAHYANG (SEBAB BERSANDING), KEBANYAKAN DI MALAYSIA PERSANDINGAN ADALAH HARAM KERANA MELANGGAR HUKUM SYARAK. Persandingan mungkin suatu yang biasa kita...
Posted on |Filed under Islam,Sosial|Read More »
Mesir isytihar perintah darurat
Penentang Presiden Mohamed Mursi bertempur dengan pasukan polis (tidak kelihatan) semasa mengadakan tunjuk perasaan di Port SaidKAHERAH 28 Jan. - Perintah berkurung dikuatkuasa di tiga wilayah di Terusan Suez,...
Posted on |Filed under Dunia|Read More »
Adab Makan

Islam sangat lengkap mengatur aspek kehidupan manusia, termasuk dalam cara makan. Mencuci tangan sebelum makan, makan dengan tangan kanan, tidak makan sampai kekenyangan, dan tidak makan sambil berdiri-adalah beberapa...
Posted on |Filed under Tips & Petua|Read More »
‘Kami ada perancangan’
Selain bakat, pakej juga menjadi taruhan untuk seseorang artis mencipta nama di persada seni tanah air. Pun begitu, tidak semua mereka bertuah dianugerahkan dengan pakej lengkap yang dianggap...
Posted on Selasa, 29 Januari 2013|Filed under Hiburan|Read More »
Pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’
Apa? Sungguh berani ingin mencoretkan cerita demikian untuk tatapan minda semua yang mengikuti dan membaca. Sekiranya anda berada dalam situasi “pakcik” apakah reaksi anda sekiranya mendengar permohonan yang sungguh kurang asam dan keji sedemikian. Namun begitu fikirkan apa, mengapa, bila, dimana, bagaimana dan siapa yang berani bertindak sedemikian.
Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”
“petang ni takde mood nak keluar, Sory.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.
Posted on |Filed under Islam|Read More »
-
Adelaide menawarkan gabungan gaya hidup dan keindahan semulajadi yang amat menakjubkan. Selain menjadi tuan rumah kepada ladang anggur dan h...
-
Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa pe...
-
Bahan-bahannya 15-20 ekor udang 3 biji telur 1 bungkus butter (guna marjerin pun boleh) 3 helai daun kari 1 batang ...
-
Berapa pasang baju sekolah yang anda ada? Berapa Pasang Kasut yang anda ada? Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kual...
-
Wahai semua para isteri! Tahukah anda bahawa mentaati serta menjaga hati suamimu itu lebih penting dari menjaga makan dan minumnya. Disampin...
-
Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa pe...
-
Bahan-bahannya 15-20 ekor udang 3 biji telur 1 bungkus butter (guna marjerin pun boleh) 3 helai daun kari 1 batang ...
-
Syukur alhamdulillah, tahun ini Mia dapat lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0. Suratnya telah pun sampai tengahari tadi mengatakan p...
-
Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah ta...
-
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi titik hitam kepada JPA sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab merancang dan menguruskan su...
-
Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa pe...
-
Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah ta...
-
" 186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khi...
-
186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat...
-
i&i popcorn pembekal homemade popcorn Assalamualaikum dan Selam Sejahtera... Kami di I&I Popcorn.. merupakan pembeka...
Sepanjang Minggu
Sepanjang Bulan
Sepanjang Masa
-
▼
2013
(1360)
-
▼
Januari
(78)
- 2013 Jaguar XF: New Car Review
- 2013 Crossover SUVs: New and Updated
- Microsoft launches Office 2013 software suite
- Bila dah banyak DUIT
- Soo Wincci dari Ratu ke Pereka
- Ayah berhati setan
- Baca al-Quran bantu lebih fokus
- Malu payudara terlalu kecil
- Peluang hamil 5 kali ganda
- Hidup Penuh Pilihan
- Awalan ‘Ter’
- Lamb Chop
- Mahu Cantik atau Sakit?
- Bersanding
- Mesir isytihar perintah darurat
- Adab Makan
- ‘Kami ada perancangan’
- Pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’
- Hikmah berpoligami
- Sambuatan Maulidurrasul…
- Berkuda tajamkan fokus minda
- Penetapan gaji mati staf awam diumum Februari ini
- Hitler yang perlu anda tahu
- REMAJA
- Remaja Dirogol Bawah Meja Ketika Guru Mengajar
- Pendapatan Programmer
- tabik spring kat Nik Aziz....
- Pavlova
- Oysters Kilpatrick
- Nuh
- Membuka Perniagaan Sendiri
- Apple Pie
- Rahsia L’ORÉAL
- Amalkan 5S - Kekal Segar Sepanjang Hari
- Perempuan Melayu Paling Kuat Bersetubuh Selepas India
- Penipuan yang seharusnya kita tahu
- 10 Produk Yang Dilarang Diedar di Seluruh Negara
- Pelajar perempuan dinoda ayah dan tujuh rakan sekelas
- Keperawanan gadis direnggut sepupu warak dan alim
- Projek hartanah kediaman bertanah catat prestasi baik
- Tarikh PRU13
- Semakan Keputusan BR1M 2.0
- Mendidik Anak
- Awas tiroid antara sebab keguguran
- PM - Tekad majukan Kelantan
- Kelebihan Senyum
- BAGAIMANA MEMILIKI KEINDAHAN HATI YANG BERSIH DAN ...
- WANITA YANG PERTAMA MASUK SURGA
- Sebaik baik perhiasan
- 20 Larangan ketika melakukan hubungan seks di dala...
- Evamatic Mat
- Sejarah Sudoku
- Perbankan internet miliki 12.8 juta orang
- Adi cium, peluk Rita
- Kandungan ibu tanpa rahim
- Periksa label makanan boleh kurus
- Stereng Myvi - Defect
- Mahkamah Agong arah tangkap Perdana Menteri
- Usah Berniaga
- Pilihan Di Tangan Anda - Kos Perkahwinan
- Jangan pandang remeh sakit tonsil
- Drama 'Adam & Hawa' Akan Difilemkan
- ‘Kahwin 5’, Filem Komedi Tiada Lucunya
- Peranan Penguatkuasaan Syariah Dalam Membendung Ge...
- Hyundai Veloster Tampil Lebih Canggih
- Kalau kita mahukan lanun, kita akan dapat lanun
- Promosi SMO
- ‘Inilah fasa paling menyeronokkan’
- Dosa Jahil 15 Tahun
- Keseronokan Bekerja
- F16
- Promosi Tahun Baru
- Walimatulurus
- Page Rank
- BENCI BERTUKAR SAYANG
- Nuffnang - Bila nak kaya.
- Bulu
- Ilmu Allah
-
▼
Januari
(78)
Teman
