. Fizz Fairuz dinasihatkan ber"UBAT" – Almy Nadia - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Fizz Fairuz dinasihatkan ber"UBAT" – Almy Nadia

at Khamis, 21 Februari 2013[10:12 PG]

Almy Nadia yang pernah bercinta dengan Fizz Fairuz selama tujuh tahun memberitahu Harian Metro hari ini yang dia pernah menyuruh bekas kekasihnya itu pergi berubat kerana berkelakuan pelik. Menurut Almy, sepanjang percintaan mereka, Fizz tidak pernah berkelakuan sedemikian.
almy nadia
Almy Nadia juga enggan masuk campur urusan mereka selepas mengetahu yang tunang Fizz Fairuz ialah isteri orang. Kata Almy:-
fizz fairuzalmy nadiaSaya baru dapat tahu Fizz bertunang dengan isteri orang tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka. Sebelum ini Fizz tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa sudah terjadi. Saya pernah menyuruhnya berubat tetapi entahlah…
Untuk makluman anda, sehari sebelum majlis pertunangan berlangsung, Fizz Fairuz dilanda musibah apabila tangan kirinya melecur terkena air panas dan dalam perjalanan ke Kuantan, kenderaannya turut rosak. Adakah kemungkinan Fizz Fairuz sememangnya terkena buatan orang atau dikaburi cinta sehingga tidak dapat berfikir secara rasional?

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...