. Ku Li: PRU13 dijangka paling sengit - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Ku Li: PRU13 dijangka paling sengit

at Isnin, 4 Februari 2013[10:44 PG]

Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang PusatGUA MUSANG - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi disifatkan paling sengit dalam sejarah negara.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau mahu rakyat membuat keputusan bijak bagi memilih wakil rakyat mereka sama ada bagi kerusi Parlimen atau Dun.
Beliau turut menasihati rakyat jangan mudah mendengar khabar angin yang boleh mengurangkan tumpuan terhadap pengundian, kerana ia penting untuk masa depan.
“Paling penting, kita fokus kepada penilaian calon yang bertanding untuk membuat keputusan mengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Gua Musang di Dewan Bukit Chekati dekat sini, petang semalam.
Hadir sama, Adun Nenggiri, Mat Yusof Ab Ghani; Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah; Adun Galas, Ab Aziz Yusof dan Lembaga Perwakilan Sahabat AIM Cawangan Gua Musang, Zanariah Ab Rahim.
Tengku Razaleigh juga Ketua Umno bahagian berkata, sahabat AIM juga adalah dalam kalangan peniaga kecil yang bertuah kerana mudah mendapat pinjaman daripada badan berkenaan.
Katanya, sebelum ini memang sukar peniaga kecil mendapat pinjaman berikutan syarat ketat dikenakan institusi kewangan di negara ini.
“Kerajaan membuat pendekatan dengan mewujudkan cawangan AIM seluruh negara kerana menganggap ia penting bagi membantu peniaga kecil menambahkan modal.
“Hasilnya seperti yang kita lihat sekarang ini apabila bertambah ramai peniaga kecil dapat membesarkan perniagaan mereka selepas mendapat pinjaman daripada AIM,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

inilah burung paling bahaya dan di takuti di dunia

ini kelebihan lelaki memilih wanita yang tak suka ...

14 baju pengantin dodot

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...