Warisan... hayatilah
Warisan |
Lirik lagu ini lebih dikenali sebagai "Anak Kecil Main Api", namun sebenarnya adalah "Warisan". Lirik lagu ini merupakan satu lagu nasihat dan peringatan kepada bangsa Melayu untuk kekal di bumi bertuah ini. Tidak dinafikan bahawa Tanah Melayu ini milik Melayu yang membawa diri dari Utara dan menetap di sini sepertimana Christopher Columbus mengambil milik Red Indian di benua Amerika. Disini Melayu telah mengambil milik Orang Asli yang sememangnya berasal di sini.
Lirik lagu ini jelas mengingatkan orang Melayu untuk mempertahankan tanah ini supaya tidak dimiliki oleh bangsa lain selain Melayu. Tetapi hari ini, lihat sahaja berapa ramai bangsa lain berada di tanah ini. Ianya bermula dari zaman penjajahan bila mana penjajah menduduki dan membawa masuk buruh dari India, China dan seluruh pelusuk dunia.
Hal ini berlaku kerana persengketaan di antara kita dan kebodohan pemimpin pada masa itu. Itu dahulu kerana tiada pendedahan dan sempitnya pengetahuan kerana tiada sumber untuk mendapatkan ilmu melebihi apa yang diajarkan kepada kita. Namun kini kebodohan semakin meningkat walaupun berada di era borderless world. Mana silapnya.
Pemimpin masa kini lebih mementingkan pembangunan kebendaan (meterialistik) dalam mencorak halatuju pembangunan negara sedangkan apa yang dilaungkan adalah SEBUAH NEGARA MAJU MENGIKUT ACUAN KITA SENDIRI, adakah pembangunan kebendaan itu merupakan acuan kita, tentulah tidak bagi mereka yang tahu akan hakikat pembangunan hakiki bagi sebuah negara.
Pembangunan hakiki sebuah negara adalah bila mana hasil kekayaan diagihkan diantara rakyat yang ada dinegara ini, bukannya untuk dikongsi dengan konglomerat-konglomerat multinasional yang ada di tanah ini. Mereka sebenarnya masih menjajah kita melalui pendekatan mengikut arus perkembangan masa dan zaman.
Jika dahulu, mereka perlu menjajah secara fizikal untuk mendapatkan hasil namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian tetapi dengan menaburkan sedikit modal mereka mengaut keuntungan berganda tanpa perlu risaukan penentangan kerana mereka membayar upah kepada rakyat negara ini untuk mengaut hasil dari tanah ini. Mungkin margin keuntungan (hasil) yang mereka perolehi kurang daripada era penjajahan namun setidak-tidaknya mereka tidak perlu membelanjakan untuk menghapuskan penentangan.
Siapa pernah ke Melaka pada tahun 1511 apabila Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka dengan membawa angkatan Armada India Portugis ke-5 bersama-sama, dan memohon untuk membina kem di Melaka. Oleh kerana sifat keterbukaan Sultan Melaka ketika itu yang tidak menyedari niat sebenar Albuquerque maka Sultan telah mengizinkan Albuquerque membina kemnya di Melaka. Ini berlaku kerana, tiada maklumat(maklumat yang disampaikan tidak tepat dsbg) yang diterima oleh Sultan Melaka ketika itu.
Adakah pada hari ini, juga pemerintah masih tidak mendapat maklumat yang tepat. Mustahil kerana dengan teknologi perisikan dan sumber yang tidak terbatas.
Mungkin jarak masanya amat jauh untuk kita kaji perinciannya, namun pernahkah anda ke Melaka dalam 10 ke 15 tahun yang lalu. Ya mungkin anda pernah kesana... Lihatlah perbezaannya pada hari ini, Jika dahulu boleh dilihat deretan kedai-kedai milik melayu di beberapa bahagian yang menjadi tarikan, dimana penduduk melayu mencari makan dengan membuka kedai dan gerai-gerai. Pada hari ini pemandangan telah diubah dengan tersergam GAHnya hotel-hotel mewah yang nyata bukan milik orang Melayu. Ini bukan kerana mereka bijak tetapi kerana ketamakan peminpin seperti yang berlaku di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hal sedemikian akan terus berulang dan terus berulang seperti mana lagu NewBoys (di anggotai oleh TOMOK sebagai vokalis) sejarah mungkin berulang. Memang sejarah telah berulang tetapi dimensinya telah berubah.
Ketamakan, nafsu dan kebodohan membuatkan kita terus mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan samada oleh kita ataupun orang-orang terdahulu sebelum kita. Seperti Sabda Rasulullah saw:
"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"
Belajar dari Kesilapan
Kita selalu dengar orang bercakap “belajarlah dari kesilapan”. Tapi, berapa ramai dari kita yang sememangnya menjadikan kesilapan itu suatu benda yang perlu dipelajari. Berapa ramai yang betul-betul belajar untuk tidak mengulang kesilapan yang pernah kita buat. Berapa ramai pula yang jenis susah nak mengakui kesilapan sendiri. Berapa ramai juga yang tahu dia melakukan kesilapan tapi tak pernah cuba untuk memperbaiki dirinya. Mungkin pernah mencuba tapi tetap melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Kenapa?
Kadang-kadang kesilapan yang kita buat boleh buat kita merana seumur hidup. Mungkin itu akan merubah orang. Tapi kalau kesilapan yang kecil, yang tak mendatangkan kesan buruk, macamana kita nak pastikan kita tak ulangi lagi. Kadang-kadang ada orang suka menuding jari sesenang hati pada orang lain bila dia buat kesilapan. Alasannya, terpengaruh, terikut-ikut dan tiada siapa pun yang marah.
Kenapa mesti nak salahkan orang lain bila sendiri buat silap. Kalau baik, tentu kita tak terpengaruh kalau orang lain buat silap. Ini tidak, orang terjun gaung, kita pun nak ikut juga terjun. Bila luka parah, nak salahkan orang lain. Memang kita manusia. Tak sempurna. Tapi, kenapa kita selalu melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang walaupun kita dah tau kesan dan akibatnya di kemudian hari.
Sedar atau tidak bahawa setiap kesilapan dan setiap kemaafan akan melahirkan sifat sabar dalam diri yang memaafkan.
Kesilapan pertama; dimaafkanKesilapan kedua; dimaafkanKesilapan ketiga; dimaafkanKesilapan;..........Kesilapan;.......Kesilapan;....Kesilapan;...Kesilapan kini menguji tahap kesabaran setiap dari kita.....
Sesungguhnya amat besar nilai kemaafan dalam setiap kesilapan yang menguji sejauh mana kesabaran diri kita dalam menghadapi pada setiap kesalahan tersebut.
Berbuat kesalahan tidak menjadi aib jika dilakukan sekali sahaja lalu bertaubat setelah itu. Tetapi ia menjadi aib apabila dilakukan dua kali, apatahlagi berkali-kali. Keterlanjuran yang terjadi perlu diusahakan untuk tidak diulangi. Untuk itu mari kita salami kenapa dan bagaimana kita tidak terjebak dalam melakukan kesilapan lagi.
a) Menyedari kesempurnaan hanya milik Allah sehingga menyebabkan kita rendah hati dan tawadhu’di depan Allah. Lalu memahami hikmah mengapa manusia melakukan dosa. Rasulullah bersabda: “Seandainya kamu tidak berbuat dosa, maka aku mengkhuwatirkan akan terjadi padamu sesuatu yang lebih parah daripada dosa, iaitu bangga diri (sombong).”(As-Shahihah: 1382)
b) Dengan kesalahan yang dilakukan, menyebabkan diri kita lebih bijaksana dan santun menghadapi kesalahan orang lain.
c) Menyedari tanpa rahmat dan taufiq daripada Allah SWT, kita tidak akan dapat keluar daripada kancah kemaksiatan, sehingga dia akan sentiasa memperbaiki sikap dan perilakunya agar mendapat limpahan rahmat dan taufiq daripada Allah. “Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali .” [Q.S. Hud, 11:88]
2. Mengapa Kita Mengulang-Ulangi Kesalahan Yang Sama?
a) Seseorang akan mudah mengulang kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan sebagai satu hukuman daripada Allah SWT atas kesalahan yang pernah dilakukannya. Sebahagian ulama’ salaf berkata: “Sesungguhnya di antara hukuman atas keburukan adalah keburukan setelahnya. Sesungguhnya di antara balasan kebaikan adalah kebaikan setelahnya."(Al-Jawabul Kafi: 60) Bermakna, seseorang hamba akan dipermudahkan untuk melakukan kemaksiatan yang kedua sebagai balasan atas kemaksiatannya yang pertama, dan begitulah sebaliknya untuk kebaikan. “Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa.” [Q.S. Asy-Syuura, 42:40]
b) Antara tabiat dosa adalah adanya tarikan antara satu dosa dengan dosa yang lain. Ibnu Qayyim berkata: “Kemaksiatan akan menanamkan kemaksiatan yang sejenisnya, sebahagiannya akan melahirkan sebagian yang lain sehingga sangat sulit bagi seorang hamba untuk meninggalkannya. Apabila seorang hamba melakukan dosa, maka dosa yang akan berkata, “Lakukanlah aku juga.” Apabila ia melakukannya, dosa yang ketiga pula berkata, “Lakukanlah aku juga.” Begitulah seterusnya sehingga kerugian akan belipat kali ganda dan dosa-dosa akan semakin bertambah." (Al-Jawabul Kahfi: 61). Ingat!, Dosa bagaikan magnet yang menarik dosa yang lain untuk dilakukan
c) Dengan berlakunya keterlanjuran, maka syaitan telah mengetahui kelemahan dan celah untuk menggoda dan memperdayainya. Lalu syaitan akan lebih bersemangat untuk menggodanya agar mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali. “Dosa itu mengelilingi hati, tidak ada suatu pandangan melainkan syaitan akan bercita-cita untuk memanfaatkannya." (Ash-Shahihah: 3660)
d) Nafsu syahwat akan menuntut sesuatu yang lebih daripada seseorang yang cuba menuruti sebahagian daripada nafsunya.
e) Tidak ada balasan langsung atas kesilapan yang dilakukan sehingga dia berani untuk terus mengulanginya. Seperti yang berlaku kepada orang musyrik yang terus-menerus mengingkari Al-Quran kerana tiada azab yang diturunkan kepada mereka. Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Al Quran) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih." [Q.S. Al-Anfal, 8:32]
f) Tidak menyedari bahawa dosa yang dilakukannya adalah suatu dosa. Seseorang perlu belajar untuk mengetahui perbuatan apa yang perlu dilakukan dan yang perlu ditinggalkannya. Seorang ahli hikmah berkata, “Jika engkau tidak tahu bahawa itu dosa, maka itu adalah bencana. Jika engkau tahu bahawa itu adalah dosa namun engkau tetap melakukannya, maka itu adalah bencana yang lebih besar lagi.”
3. Mengapa Kita Tidak Boleh Mengulang-Ulangi Kesalahan Yang Sama
a) Akan menjadi kebiasaan dan sangat sukar untuk ditinggalkan. Ulama’ berkata,“Pandangan adalah awal dari segala kemaksiatan yang menimpa seseorang. Kerana pandangan akan melahirkan lintasan fikiran, lintasan fikiran akan melahirkan idea, idea akan melahirkan keinginan, keinginan akan melahirkan kehendak, kehendak akan menguat menjadi tekad, dan tekad akan menghantarkannya kepada perbuatan dosa, dan perbuatan dosa ini akan menjadikan seseorang itu terbiasa melakukannya sehingga sangat sukar untuk meninggalkannya.”
Jadi, menahan diri tatkala kemaksiatan itu baru sekali dilakukan adalah lebih mudah daripada setelah berkali-kali dilakukan, dan menahan diri akan lebih mudah jika ia masih sekadar sebuah keinginan. Seorang ulama berkata, “Bersabar untuk menundukkan pandangan jauh lebih mudah daripada bersabar atas penderitaan jiwa yang terjadi setelahnya.” (Al-Jawabul Kahfi: 153-165)
b) Menghantarkan seseorang kepada Suuh Khatimah. Seringkali seseorang mati dalam keadaan melakukan kemaksiatan yang biasa dilakukannya. Seorang ulama berkata,“Barangsiapa terbiasa melakukan sesuatu, dia akan mati di saat melakukan perbuatan tersebut.” (Al-Jawabul Kahfi: 167)
c) Menghitam-legamkan hati sehingga tidak mahu menerima kebenaran. Sabda Rasulullah, “Sesungguhnya seseorang mukmin itu apabila melakukan sesuatu dosa, maka titk hitam muncul di hatinya. Jika dia bertaubat, meninggalkan dosa dan beristighfar, maka hatinya akan kembali bergemerlapan. Jika ia melakukan dosa lagi, maka titik hitam itu bertambah lagi sehingga hatinya tetutup oleh noda hitam yang disebutkan Allah SWT dalam firman-Nya: Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” [Al-Muthaffifin, 83:14]
d) Dosa-dosa kecil yang berulang-ulang menjadi dosa besar. Dosa besar yang berulang-ulang akan mengakibatkan pelakunya terjerumus kepada kekafiran, kerana telah terbiasa melakukannya dan akhirnya beriktikad bahawa dosa-dosanya itu sesuatu yang halal.
4. Bagaimana Agar Tidak Mengulang-Ulangi Kesalahan Yang Sama?
a) Segera bertaubat untuk memotong mata rantai dosa dan mengiringi perbuatan dosa dengan kebaikan yang akan menghapuskannya. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu berbuat dosa, maka lakukanlah kebaikan (untuk menghapuskannya)”[H.R. Baihaqi]
b) Memperkuat azam untuk memperbaiki diri. Penyebab utama seseorang menjadi lemah di hadapan dosa-dosa adalah ketiadaan atau kelemahan tekad untuk menghindarinya sehingga dengan mudah dia mengulanginya. “Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.”[Q.S. Thaha, 20:115]
c) Mencari lingkungan kodusif untuk memperbaiki diri. Seseorang yang berada dalam lingkungan yang baik akan malu untuk melakukan dosa. Itulah hikimah mengapa seorang yang telah membunuh 100 orang lalu ingin bertaubat dianjurkan untuk berpindah daripada kampung halamannya.
Berusahalah memperbaiki diri kita dengan apa sekali pun kerana kita pun tidak mahu menjadi penghuni neraka. Mungkin cara yang terbaik setiap kali kita nak berbuat dosa letakkan hujung jari kita dipemetik api yang bernyala. Kalau kita masih terasa panasnya maka ada peluang untuk kita tidak meneruskannya.
Beza kepanasan api neraka dan api didunia;
(Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam AS dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan unttk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaituZabaniah.
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?Jibril: sebesar kurma.Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.
Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.)
Kepentingan bermuhasabah
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Marilah kita fikirkan dan renungkan apakah kita masih mahu mengulangi kesilapan dan kesalahan. Muga kita dijauh dari godaan syaitan dan nafsu disamping mendekati diri kepada Allah SWT dengan bersujud sekerap yang mungkin, berdoalah agar kita menjadi hambaNya yang taat.
Sudah tiba masanya kita memilih pemimpin yang benar-benar berpengetahuan dalam menguruskan pentadbiran negara kita ini khususnya untuk mengelakkan apa yang dinyanyikan seperti lirik lagu Warisan itu tidak berlaku.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.