. Alternatif rawatan slipped disc - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Alternatif rawatan slipped disc

at Khamis, 14 Februari 2013[10:08 PG]

Pesakit slipped disc yang menjalani suntukan pengecutan disccara radiofrequency.Assalamualaikum doktor,
Saya Erni, berumur 26 tahun dan mengalami kebas tangan kiri sejak enam tahun lalu. Saya tidak pernah terjatuh atau kemalangan. Sakit ini semakin teruk apabila saya melanjutkan pelajaran dan bekerja. Pada Jun 2011, saya telah dirujuk ke Hospital Serdang.
Diagnosis doktor menunjukkan cakera servikal C5, C6 dan C7 telah menghimpit saraf saya menyebabkan tangan kiri kerap berasa lenguh, kebas dan berat. Selain itu, otot-otot pada bahu saya juga selalu lenguh dan amat sakit bila dipicit atau diurut.
Saya diberi mecobalamine 500 mg dan menjalani fisioterapi. Akhir Disember tahun lalu, rasa sakit telah beransur hilang.
Tetapi, bulan lalu, sakit ini menyerang semula. Pada kali ini, kesakitan adalah dua kali ganda daripada sebelumnya. Leher juga terasa amat tegang. Ia terjadi selepas saya melakukan kerja berat iaitu ketika menyusun pasu bunga. Dalam tempoh ini, saya sudah berikhtiar daripada perubatan tradisional hingga moden. Sudah mencuba akupressure, homeopati dan macam-macam lagi.
Semalam saya terbaca artikel tentang rawatan radiofrequency? Mohon penjelasan daripada doktor. Bolehkah doktor membantu saya dalam hal ini?

Waalaikumussalam Cik Erni,
Sakit pada tangan bercampur kebas dan lemah berkemungkinan anda mengalami cakera tergelincir (slipped disc) pada tengkuk anda. Jadi tidak hairanlah doktor sebelum ini mengatakan bahawa anda mengalami himpitan pada saraf pada leher anda.
Bila saraf dikepit dengan cakera yang tergelincir, saraf akan memberi reaksi “sakit saraf” (mencucuk, renjatan elektrik, panas, kejang) pada peringkat awalnya. Biasanya rasa sakit ini akan dirasai sepanjang tangan hingga ke jari. Kemudian jika berlarutan, sakit akan bercampur kebas dan sekiranya dibiarkan berlarutan lagi tanpa tindakan, ia akan menyebabkan lumpuh.
Anda perlu bertindak mengambil rawatan segera sejak ia bermula dengan rasa sakit lagi kerana kemungkinan untuk sembuh jauh lebih tinggi jika dibandingkan bila keadaan sudah menjadi kebas dan lumpuh.
Tetapi rasa berat/lemah pada tangan tidak semestinya bermakna anda mengalami kelumpuhan terutama jika anda hanya rasa sakit dan “lenguh-lenguh” pada bahu dan tangan. Ini kerana sakit lenguh bukannya sakit saraf. Sakit lenguh biasanya berpunca daripada sakit otot yang kejang.
Jadi jangan terburu-buru untuk bersetuju menjalani pembedahan tulang belakang jika anda diberitahu mengalami slipped disc. Ada kemungkinan anda tidak perlu pembedahan tersebut.
Jangan jadi keliru dengan kenyataan saya di atas. Ada beberapa sebab untuk anda perlu tahu dan perkara ini amat penting untuk difahami oleh semua orang. Di sini saya sertakan penjelasan;
Kebanyakan (>50%) sakit tengkuk berpunca dari sakit sendi facet (arthritis). Gejala klinikal paling utama ialah sakit otot pada tengkuk dan bahu yang menjalar turun ke tangan di samping simptom sampingan lain seperti pening dan hanyut. Dengan kata lain sakit sendi facet tengkuk boleh mimik sakit slipped disc. Rawatan sendi facet ialah suntikan radiofrequency yang dapat memberi kejayaan lebih daripada 80 peratus. Fisioterapi dan ubat makan tidak berkesan jika penyakit sudah terlalu lama.
Kebanyakan sakit slipped disc (>50%) akan mempunyai sakit sendi facet pada masa yang sama. Jadi gejala klinikal bercampur gaul dan susah untuk doktor membezakan. Jika gejala sendi facet yang dominan sudah tentu pembedahan tulang tengkuk bukan satu pilihan yang
bijak. Hanya doktor yang berpengalaman boleh membezakan. Jadi, anda perlu dapatkan pandangan kedua mengenai masalah tengkuk anda. Saya telah merawat ramai pesakit yang mengalami slipped disc di tengkuk dan kebanyakan mereka mengalami sakit sendi facet
pada masa yang sama. Dalam kebanyakan kes, sakit pain generator daripada sendi facet adalah dominan.
Jika betul anda mengalami slipped disc dan disahkan melalui pemeriksaan dan MRI, rawatan pertama masih bukannya pembedahan. Rawatan di peringkat awal ialah suntikan epidural steroid dan juga beberapa ubat saraf yang perlu anda makan. Rawatan ini akan memberi kejayaan dalam 30 hingga 40 peratus daripada kes. Jika gejala sakit saraf tidak sembuh selepas tiga bulan rawatan ini, anda boleh memilih sama ada ingin melakukan pembedahan atau suntikan radifrequency atau nucleoplasty untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.
Saya tidak melakukan pembedahan. Rawatan yang saya syorkan kepada pesakit slipped disc saya ialah rawatan suntikan pengecutan disc kaedah radiofrequency. Kejayaannya mencapai 80 peratus dan berbaloi untuk mencuba. Setidaknya anda berikhtiar untuk mengelakkan pembedahan.

 

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...