. 80% Tidak Percaya Skandal - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

80% Tidak Percaya Skandal

at Jumaat, 5 April 2013[12:39 PTG]

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 80 peratus rakyat di negeri pantai barat tidak mempercayai kes-kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Pengarah UMCEDEL, Amer Saifude Ghazali berkata, negeri tersebut ialah Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Jelas Amer, responden yang ditanya berkenaan fitnah terhadap Anwar, kebanyakan yang percaya hanya 20 peratus.
“80 peratus lagi tidak percaya langsung, mereka (responden) anggap ini sebagai satu perkara yang sengaja di ada-adakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai reputasi Anwar Ibrahim ketika satu Seminar PRU-13 ‘Memperkasakan Demokrasi’ anjuran Pusat Pengajian Sejarah dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bilik Senat, Dewan Canselor, UKM hari ini.
Dalam isu sama, Amer berkata, dakwaan yang mengatakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak berkaliber, tidak berpengaruh dan zamannya berakhir adalah sangat menghairankan.
“Saya hairan orang kata beliau tidak ada pengaruh, zaman beliau sudah berakhir, tidak berkaliber dan sebagainya, tapi mengapa serangan yang dilakukan kepada Anwar hampir setiap hari, dari satu kes ke satu kes.
“Tapi beliau (Anwar) tetap dapat memimpin, perkara ini yang perlu diberi perhatian disebalik serangan oleh pelbagai pihak kepada beliau,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

akhbar itali ini cipta sejarah terbit edisi yang d...

sultan pahang zahir rasa bangga empat daerah di ne...

berada di lautan hindi saintis dakwa sudah temui l...

asus malaysia lancar 3 beg rog terbaru harga dari ...

alami masalah trim luaran longgar tesla tarik bali...

yung kai do you think you could love me chord

huawei lancar pura x telefon lipat dipacu ai berem...

saya tak ingin buat sebarang kenyataan lanjut namu...

bantuan khas kewangan aidilfitri 2025 penjawat awa...

malaysia kurang bahagia jatuh 5 anak tangga di ked...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...