. PRU-13: 7 Langkah Membuang Undi - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

PRU-13: 7 Langkah Membuang Undi

at Ahad, 7 April 2013[8:04 PTG]


Berikut adalah panduan cara mengundi pada PRU 13 Pilihan Raya Umum 2013 oleh SPR. Langkah ini sangat penting buat individu yang buat pertama kali mengundi pada pilihanraya kali ini. Dibawah ini, turut dipaparkan imej grafik yang sebenar supaya ianya dapat dijadikan panduan lebih jelas kepada semua pengundi. Pada tahun ini, cara undi adalah diperbaharui dengan penggunaan dakwat kekal di hujung jari anda.

Sila Klik Imej Dibawah Untuk Paparan Lebih Jelas



Proses Pengundian

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat Mengundi.

p/s: tunaikan tanggungjawab anda jika sudah layak untuk mengundi=)

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

the art of baking unleashing your creativity and m...

antara dua alam yang berbeza permandangan unik di ...

malaysian bar cautions against oversight body for ...

cikyan decor kesibukan dari penghujung tahun lepas...

google pixel 9a dilancarkan dilengkapi macro focus...

syed saddiq forced to back government or face pros...

raya tido berlonggok vs tido hotel

whatsapp bangunkan ciri kongsi lagu spotify dalam ...

lelaki kelar leher selepas gaduh dengan isteri

anabolic cooking unleashing the power of nutrient ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...