Cair ditangan Bapa Tiri
Saya berumur 16 tahun dan mempunyai hubungan rapat dengan ayah tiri berusia 34 tahun. Ibu saya enam tahun lebih tua daripada ayah tiri. Ibu mengahwini ayah tiri tiga tahun lalu.
Ibu ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk saya. Kebanyakan masa lapang saya dihabiskan dengan bapa tiri. Layanan bapa tiri yang memanjakan saya menyebabkan saya suka kepadanya. Namun, saya khuatir saya ‘jatuh cinta’ kepadanya. Dia tahu apa saya sukai dan pandai memujuk apabila saya bergaduh dengan ibu. Ini menambah lagi sayang saya kepada bapa tiri, apatah lagi dia kerap menuturkan kata sayangkan saya. Sedangkan ayah kandung pun jarang menjenguk saya sejak berpisah dengan ibu 10 tahun lalu.
Saya keliru, adakah perasaan saya kepadanya adalah sayang seorang anak atau cinta seorang kekasih? SORAYA
Setiawangsa,
Kuala Lumpur
Setiawangsa,
Kuala Lumpur
Jangan terlanjur cinta mahupun menaruh perasaan berahi kepada bapa tiri kerana hukumnya haram. Ini disebabkan hakikat hubungan saudari serta bapa tiri tidak mungkin diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Firman Allah dalam Surah An-Nisa’, ayat 23, melarang seorang lelaki mengahwini anak tiri setelah bersama dengan ibu gadis berkenaan.
“Dan diharamkan ibu isteri kamu dan anak tiri yang di dalam pemeliharaan kamu jika ibunya kamu setubuhi, maka jika ibunya belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengahwini anak tiri itu, dan begitu juga haram mengahwini isteri anak kamu yang sejati.”
Tetapkan perasaan dan rasionalkan fikiran bahawa hubungan rapat saudari dengan bapa tiri berdasarkan kekeluargaan. Mungkin disebabkan saudari dahagakan kasih seorang ayah membuatkan perhatian yang diberikan bapa tiri mengisi ruang kosong itu. Berbanding mengisi masa lapang hanya berdua dengan bapa tiri, selepas ini galakkan ibu sama-sama ikut serta. Sekurang-kurangnya ia dapat memberi keseimbangan kasih sayang kekeluargaan yang saudari diperlukan.
Saudari juga perlu sedar batas pergaulan meskipun dia bapa tiri yang juga suami kepada ibu saudari. Ia mengelak berlaku kes sumbang mahram antara bapa tiri serta saudari.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.