. Microsoft umum konsol Xbox One baru RM1,547 - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Microsoft umum konsol Xbox One baru RM1,547

at Jumaat, 28 Jun 2013[3:24 PTG]

Microsoft umum konsol Xbox One baru RM1,547 Xbox One

Los Angeles: Microsoft Corp mengumumkan konsol Xbox One barunya yang akan dilancarkan November ini di Amerika Syarikat (AS) akan dijual pada harga AS$499 (RM1,547), lebih tinggi daripada yang dijangkakan peminat konsol permainan video.
Harga itu adalah lebih mahal daripada konsol sekarang, Xbox 360, tetapi peranti baru datang bersama pengimbas gerakan permainan, Kinect untuk permainan bebas tangan.

Microsoft mengumumkan mengenai Xbox One awal bulan lalu sebagai langkah terbaru dalam persaingan dengan Nintendo Co Ltd dan Sony Corp dalam perniagaan permainan video di AS yang bernilai AS$65 bilion (RM202 bilion) setahun.

Ketika membuat pengumuman itu di Ekspo Hiburan Elektronik (E3) di sini, Microsoft berkata, konsol itu akan dijual di 21 negara, termasuk United Kingdom pada harga £429 (RM2,016).
Pengumuman harga itu mendapat rungutan majoriti penonton, yang sebahagian besarnya adalah peminat tegar permainan video yang mengharapkan tanda harganya yang lebih murah.
Xbox One dengan kapasiti 8GB itu lebih mahal daripada permainan baru Nintendo, Wii U dengan kapasiti 8GB pada harga AS$300 (RM933). - Reuters

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

the rise of haptic feedback technology in virtual ...

harga telur masih berkuat kuasa hingga keputusan k...

undi popular phbn menurun pn meningkat analisa prk...

isyarat protes rafizi sedia undur diri dari parti ...

saham2u unveils upgraded platform to simplify shar...

pm anwar salur sumbangan kepada kanak kanak menghi...

5 artis bercerai setelah menikah lama realita kela...

bekas pemimpin mca ti lian ker salahkan umno jadi ...

10 organic shampoo untuk rambut gugur jadi lebat b...

kerajaan terengganu didakwa menindas pengusaha keb...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...