. Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus

at Rabu, 19 Jun 2013[12:15 PTG]

Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus | Kerajaan Indonesia yang mungkin menaikkan harga petrol sebanyak 33 peratus iaitu daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.42) kepada 6,500 rupiah (RM2.03), mencetuskan kemarahan beribu-ribu penduduk awam Indonesia. Mereka mengadakan bantahan besar-besaran di luar bangunan Parlimen di sini hari ini bagi membantah keputusan kerajaan. Menteri Kewangan, Chatib Basri berkata, harga petrol dan diesel akan naik tidak lama lagi sebaik-baik sahaja kerajaan selesai meneliti beberapa perkara sebelum kenaikan itu diumumkan.

"Kenaikan harga minyak amat penting disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya yang merujuk kepada nilai mata wang rupiah yang merudum. Selain petrol, harga diesel turut meningkat daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.40) kepada 5,500 rupiah (RM1.72). Dalam pada itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah kira-kira lapan ribu penunjuk perasaan yang bertindak melontar bom Molotov, mercun dan botol.

Polis yang ditempatkan di luar bangunan Parlimen juga terpaksa berdepan beratus-ratus penunjuk perasaan yang cuba menceroboh masuk selepas mengadakan bantahan untuk hari kedua berturut-turut. Keganasan terbaharu itu berlaku buat kali pertama sejak demonstrasi besar-besaran membantah kenaikan harga bahan api pada 2008. Sementara itu, Timbalan Presiden Indonesia, Boediono menggesa orang awam supaya bertenang dan tidak mencetuskan kekecohan. – AFP

Walaupun kenaikan itu 33% daripada harga sedia ada namun ianya jauh lebih rendah dibandingkan dengan Malaysia… Please check apa yang sebenarnya yang berlaku, kenapa harga petrol di Malaysia begitu tinggi sedangkan kita tersenarai sebagai salah satu negara pengeluar petrolium terbesar dunia.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

kotak pizza custom solusi ideal untuk bisnes makan...

senarai universiti yang menawarkan bidang sains ko...

7 cara mudah meningkatkan pendapatan dari rumah se...

adakah emas dikenakan cukai di malaysia ini jawapa...

asal boleh buat duit tular jual baju bertemakan in...

cikbunga menunaikan umrah

your next airbnb may include room service and tama...

pasu kosong

10 amalan berpahala haji dan umrah

nahas trak fru pemandu lori direman empat hari

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...