. Senarai Harga Baru Kenderaan Perodua - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Senarai Harga Baru Kenderaan Perodua

at Rabu, 19 Jun 2013[11:14 PG]

Bagi menyokong langkah kerajaan untuk menawarkan kos pemilikan kenderaan yang lebih murah tanpa mengabaikan kemudahan dan aspek keselamatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah memperkenalkan kereta daripada rangkaian S-Series yang memberikan penjimatan antara RM4,500 sehingga RM5,600 kepada pengguna.

Rangkaian S-Series meliputi model kereta Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S telah dilancarkan pada 14 Mac lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehingga kini, syarikat telah menerima tempahan sebanyak 45,000 unit untuk varian berkenaan dan 32,000 unit kereta yang ditempah itu pula telah diterima pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penjimatan tersebut tidak terhad kepada harga kenderaan yang lebih murah, tetapi juga nilai tambah daripada aspek aksesori kenderaan, perkhidmatan servis dan alat ganti percuma dalam tempoh tiga tahun. Mengambil contoh model Perodua Myvi SE, Aminar Rashid menjelaskan, pihaknya telah menyelaraskan harga kepada RM2,000 lebih rendah berbanding varian yang digantikan.

“Perodua turut menawarkan servis dan alat ganti percuma seperti minyak enjin, gasket dan palam pencucuh selama tiga tahun yang kesemuanya bernilai RM1,120. Selain itu, kami turut menambah beberapa kelengkapan baharu seperti bampar, skirting sisi dan spoiler yang bernilai RM2,500. Ini memberikan pengguna nilai tambah sebanyak RM5,620 berbanding varian sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -Kosmo

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

malaysian embassy in bangkok sealed after myanmar ...

melaka has been attracting visitors for more than ...

business with limited resources 1qfqr

buasir otak tv roblox tob tobi tob tob tobi tob ob...

trouble at kl tower fahmi fadzil government and li...

blogspot migrate ke wordpress

minister be civil when posting on 3r issues

lawatan presiden cina kominis

lina nak dengar sangat suara abah anak oku ini cub...

koleksi imej sejarah penemuan mayat manusia gergas...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...