. Kempen pemeriksaan dan servis Proton Inspira - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Kempen pemeriksaan dan servis Proton Inspira

at Jumaat, 27 Februari 2015[8:26 PG]

 
Pada Januari 6 lepas, pihak Mitsubishi Motors Malaysia telah mengumumkan bahawa komponen ‘brake booster’ dan ‘V-ribbed belt’ bagi model-model CBU Lancer, Lancer Sportback, Lancer Evolution dan ASX perlu diperiksa. Jika perlu, ia kemudiannya akan diganti.

Perkembangan terbaharu pula datang daripada Proton, yang menyatakan bahawa unit ‘Drive Belt Pulley’ untuk model Inspira dipercayai mungkin mengalami kerosakkan selepas jarak atau keadaan pemanduan tertentu. Kenderaan Inspira yang dimaksudkan khusus bagi yang dihasilkan diantara September 2010 sehingga Mei 2011.

Kelusuhan komponen ‘Drive Belt Pulley’ ini kemudiannya dipercayai akan mengakibatkan kehilangan kemampuan bateri dan kenaikan suhu enjin. Bantuan daripada sistem stereng kuasa juga mungkin akan berkurangan.

Mengikut Proton, sebanyak 5,280 unit Inspira terbabit di dalam isu ini. Oleh itu, pemilik-pemilik Inspira berdasarkan masa pengeluaran yang dinyatakan tadi digesa untuk menghubungi mana-mana pusat servis Proton sah untuk menetapkan temujanji bagi memperbaiki komponen berkaitan. Tiada kos untuk servis yang diperlukan. Surat juga telah dihantar kepada pemilik-pemilik terbabit.

Proton Ispira adalah model sedan segmen-C yang berasaskan model Lancer daripada Mitsubishi. Ia diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada November 2010.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

barang kemas rm300 00 hilang warga emas terkejut b...

bila mata anak mula merah ini mungkin sebabnya

strict terms for paya mengkuang pig farms to resum...

had baharu pembelian beras putih tempatan bernama ...

pusat latihan kenegaraan pasir mas

remaja lelaki hampir diculik dua individu ketika b...

mata wang mata wang dunia tempat pertukaran murah

moment yang wajib kalau naik flight

explore the world s first lego flower garden minil...

apple cider vinegar dalam bentuk gummy

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...