. Pajeri Terung - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Pajeri Terung

at Khamis, 2 April 2015[1:41 PTG]


Bahan-Bahan :
  • 3 biji terung panjang
  • 5 ulas bawang merah - dikisar 
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 7 cili kering - dikisar
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 sudu besar udang kering - ditumbuk
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • Santan secukupnya
  • Asam jawa
  • Garam, Gula serta Gula Melaka
  • rempah ratus - bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
Cara-cara Menyediakan:
  1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.
  5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.
  7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.
  8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

the secret language of whistles how shepherds comm...

green parks spacious homes weekend thrills laman s...

heartwarming video goes viral celebrating the cont...

capitalist system not on our side over 60 groups i...

pembantu kedai maut ditikam seorang suspek diberka...

malaysia harap pbb tenangkan ketegangan pakistan i...

perbuatan jenayah hanya kes cubaan samun di sebuah...

marble dining tables for malaysian homes choosing ...

moviepass cuba platform fantasi harian untuk pemin...

banyak kena paham

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...